Wednesday, June 29, 2011

Speechless



KENAPA BUAT AKU MACAM NI?APA SALAH AKU?AKU TAK PERNAH KENAL KAU.THANK YOU VERY MUCH PEREMPUAN.YOU MAKE MY LIFE MISERABLE!!!

Monday, June 27, 2011

R.I.S.A.U

Berita tu buat aku risau.Kenapa jadi sampai macam tu?Kenapa buat aku risau?Aku tak suka betul kalau muncul perasaan ni.Rimas dibuatnya.Nak buat tak tahu,kakak dengan abang ipar tanya.Bila aku tanya tuan punya badan,tak balas pula mesej aku.Penat!! Everyday aku tunggu dia balas mesej sebab aku nak sangat tahu apa yang dah jadi.Nak call aku takut dia kerja,busy.Aku tak naklah ganggu dia.Apa aku nak buat ni?adeh...

"Tiba-tiba rindu itu datang tanpa diduga.Ya,aku rindukan dia.Aku tak mampu nak tipu hati sendiri."

Friday, June 24, 2011

Baju Kurung

"ske tgk bby pkai bju kurung.cantik."

Ok,fullstop.Kamo baru saja buat saya tersenyum,tersengih,terkembang.haha.Thanks untuk pujian kamo.Saya hargai sangat-sangat.Semuanya bermula waktu kenduri kahwin tu kan.Sekian lama tak jumpa kamo.Even tak dapat sembang lama,but saya dapat jumpa kamo.♥♥♥


Dah banyak kali nak keluar bersama tapi tak ada jodoh kan.Maybe one day we will meet and create a beautiful memory.It's hard for me to say those 3 words because I still trying to know you better.Walaupun jarang mesej,kamo tetap tunggu saya kan.Saya terharu dengan segala kata-kata kamo.But,AWAS!! Baby,jangan percayakan kata-kata orang.Nanti kecewa sendiri (ayat untuk diri sendiri) Saya masih cuba dan cuba menyayangi kamo.Beri saya masa untuk saya melupakan si dia dan cuba perbaiki kelemahan saya.Dah lama perasaan tu tak muncul.Saya yakin perasaan tu akan muncul tanpa dipinta.Thanks a lot.

-->Jangan menyayangi seseorang hanya untuk kita melupakan yang telah pergi.Ambillah masa untuk melupakan.Takut nanti merana diri akibat tersalah tafsir isi hati.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 24,2011)

Tuesday, June 21, 2011

S.A.H.A.B.A.T

♥Mereka buah hati pengarang jantungku♥

♥KAMI ada di mana-mana♥

♥You all the best.Sayang korang♥

♥Rindu nak konvo dengan mereka lagi♥

♥Lost World mengajar KAMI menjerit sekuat hati.haha♥

♥KAMI yang terbaik♥

♥Rindu 2 orang budak ni♥


♥Student Night♥

Aku rindu mereka semua.Ada lagi gambar,tapi cukuplah setakat ni.

-->Kenangan itu hanya untuk diingati bukan untuk dicipta kembali.Cukuplah mencipta kenangan bersama mereka yang kita sayang.Sekurang-kurangnya kita pernah bahagia suatu ketika dahulu.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 21,2011)

Saturday, June 18, 2011

Teman Setia


Suka lagu ni.Happy saja.Buat aku teringat kembali kenangan bersama sahabat-sahabat yang lain.Suka duka,tangis tawa,pahit manis,semuanya di lalui bersama.Rindu sangat-sangat.Rasa nak ulang balik ke masa lalu.

"Sesaat mula bersua.Mengapa kau senyap saja ia.Mari bersama.Kita teroka mana hidup penuh ceria."

Lirik ni buat aku teringat masa mula-mula kenal budak kecik a.k.a adik.Masa tu keluar ramai-ramai pergi makan.Aku tak rapat lagi dengan adik.Rasanya dekat FB pun tak jadi friend lagi.huhu.Lawak pula bila ingat balik.Adik kena bahan teruk juga dengan aku.Mana taknya,diam memanjang.Ajak sembang,dia senyum-senyum pula.Memang kena bahanlah.hehe.Rindu sangat waktu tu.Thanks budak kecik sebab banyak buat saya tersenyum.Saya bahagia dengan kehadiran kamo di sisi.Thanks a lot.IMYSM budak kecik!!

Rindu sahabat-sahabat yang lain.Nak kembali ke zaman sekolah.Nak enjoy petang-petang dekat padang sekolah.Berkawad,berlatih bola jaring,ada hari sukan,hari kantin.Rindu semua tu.I wish I could turn back time.Rindu semuanya!!

MAAR stands for?haha.Only I know the answer.I miss you dear.Rindu nak dengar suara kamo.Rindu nak sembang sampai pagi buta dengan kamo.Rindu segala-galanya tentang kamo.Rindu masa dulu-dulu.Rempit sama-sama.Redah hujan,panas,siang,malam.Just both of us.Tak ada orang lain.Saya nak rasa semula apa yang pernah saya rasa dulu.Perasaan sayang,kasih,rindu terhadap kamo.Sampai sekarang saya tak dapat lupakan kamo.It's hard for me to throw you away from my heart.I just need you.Miss you teddy boy!!

-->Kebahagiaan itu tidak akan kekal lama.Kenangan yang pernah dicipta itulah yang akan kekal selamanya.Hanya kenangan itu yang dapat membuat kita tersenyum kembali bila mengenangkannya.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 18,2011)

Monday, June 13, 2011

H.U.B

Apa maksud H.U.B?haha.Happy Upcoming Birthday to Norazamah Bt. Noor,Nurul Jannah Bt. Mohamed and Puteri Noraini Bt. Megat Ibrahim.Maaf sebab tak dapat nak join celebrate sekali.Maklumlah,dah janji dengan mak nak balik awal.At least,ia berbaloi.Sorry sangat-sangat.Love to see your smile.Semua nampak happy masa tengah webcam.haha.Imah,jangan makan banyak,nanti debab.Nurul,nanti buncit.Putri,nanti gemok.haha.Maaf kalau hadiah tu tak seperti yang kamo harapkan.Just simple.Bunga tu idea dari Kak Yus.Kek idea dari akak.Kami nak sangat celebrate tepat pada hari jadi kamo semua tapi masa tak mengizinkan.So,kami prepare awal-awal.Seronok tengok kamo semua happy.Kami juga happy.Thanks.Tak lupa juga thanks kepada Yus sebab wakilkan diri saya.hehe.Thanks sangat-sangat.Lots of love...(^,^)

-->Tak semua yang dirancang akan berjaya.Namun,perancangan di saat akhir nyata memberikan sejuta makna kepada semua.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 13,2011)

Sunday, June 12, 2011

Lagu Dan Hati

Buat masa ni,tempoh untuk bersedih.Entah kenapa perasaan sedih ini menyelubungi hari-hariku dari awal tahun lagi.Tahun ni dalam sejarah kerana selama 6 bulan,tiada bulan yang aku tak sedih,menangis.Aku tak tahu kenapa aku jadi lemah begini.Dulu aku kuat.Segalanya aku tempuh dengan tenang dan sabar.Entah kenapa tahun ni aku terasa sangat lemah.Segala kekuatan aku direntap oleh perasaan sedih itu.Aku kelu.Aku buntu.Aku RINDU.Suatu ketika dulu,aku pernah ditinggalkan.Kini,biarlah aku yang pergi meninggalkannya.Aku sayang padanya.Tapi aku harus pergi.Aku tak mahu mengganggu kehidupannya lagi.Aku nak sangat tahu apa masalahnya tapi aku diamkan saja.Takut nanti bergaduh pula.Biarlah aku bawa diri aku jauh-jauh.Sejauh yang mungkin.Biar tiada siapa nampak bayangku lagi.Menyendiri.Itu saja yang aku mahu buat.

"Lagu-lagu itu ada kaitan dengan diriku.Dan lagu-lagu itu umpama memahami apa yang aku rasakan.Hanya melalui lagu aku dapat luahkan segala isi hati aku."

-->I know it's me who said goodbye.And that's the hardest thing to do.Cause you mean so much to me.And guide the truth from me to you.(Nur Jannah Alia - You)

Thursday, June 9, 2011

If You Still Remember

Genap 4 bulan.Mungkin dia anggap ini perkara remeh but for me,any important date,I'll always remember and never forget.Asal tiba tarikh itu,akulah orang yang paling gembira.Entah dia tahu atau tak tentang tarikh ini.Kalau dia tahu,Alhamdulillah.Kalau tak tahu,it's ok.Aku amat mementingkan tarikh yang banyak memberi makna dalam hidup aku.Dari hari jadi sampailah anniversary.haha.Mungkin ada yang kata tak penting.Different people,different perception.Saya sayang kamo BUDAK KECIK.

"Sayang saya tak pernah kurang walaupun kamo sering menjauhkan diri dari saya.Sekali saya sayang,selamanya saya sayang.Please don't ask me why because I don't have answer for that."

Hari ini,Mak & Abah selamat sampai setelah 4 hari ber'honeymoon' di Medan,Indonesia bersama rakan-rakan yang lain.I love to see her smile.Mak tersenyum sepanjang perbualan kami.Dia bercerita tentang tempat yang mereka lawati sepanjang mereka di sana.Seronok tengok Mak tersenyum.Sejuk hati.I love you Mak,Abah.Thanks for ole-ole juga.hee.

"No matter what happen,I always put my family on top.Keluargalah hartaku dunia akhirat."

Mak & Abah (sayang kalian berdua)


Happy family (sayang kalian semua)

-->Tidak mudah untuk aku menyayangi orang lain yang baru aku kenali.Tetapi bukan mudah juga untuk aku meninggalkan orang-orang yang aku sayang.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 9,2011)

Disakiti Lagi

Kalau tak suka,just let me know.Tak perlulah menipu saya sampai macam ni.Saya tahu bila kamo jujur dan bila kamo tipu.Dulu kamo tak macam ni.Kenapa sekarang kamo berubah sampai macam ni sekali?Kadang-kadang kamo ok dengan saya.Bila dah ok,ok sangat.Tapi tiba-tiba kamo akan berubah.Kamo akan menjauhkan diri dari saya.Sampai saya sendiri tak tahu apa salah saya.Kenapa mesti layan saya begini?Kalau saya ada buat salah,beritahulah.Saya minta maaf kalau kehadiran saya hanya membuat hidup kamo terganggu.Maafkan saya.Saya tak mampu nak jadi yang terbaik untuk kamo.

"Menangis lagi dan lagi dan lagi.Entah bila air mata ini akan berhenti mengalir.Aku sayangkan dia Ya Allah."

Tuesday, June 7, 2011

Melangkah Pergi

Kaki ini penat.Hari-hari melangkah tanpa henti & tiada arah tuju.Terasa seperti sia-sia saja.Diri pula terasa seperti hilang semangat,sokongan & dorongan daripada yang lain.Mereka seperti melarikan diri dari diri ini.Biarlah aku melangkah pergi dari mereka yang aku sayang.Biar aku membawa diri ini jauh dari mereka.Hati ini perlukan ketenangan.Ketenangan yang sukar untuk aku perolehi.Biarpun sukar,aku tetap jua melangkah kaki ini ke arah matlamat yang aku ingin kecapi.

"Aku bahagia begini.Aku bahagia jika mereka bahagia.Aku tidak kisah jika mereka mengabaikan aku.Namun,aku takkan sekali-kali mengabaikan mereka.Aku diam tapi tidak bermakna aku tidak mengambil berat tentang mereka.Aku sayang mereka semua."

-->Masih cuba meneruskan perjalanan meskipun sukar untuk melangkah seorang diri.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 7,2011)

Kenal Hanya Pada Nama

Aku suka jika orang hanya kenal aku pada nama saja.Biarlah mereka tidak kenal rupaku.Aku bahagia begini.Aku di sini hanya ingin berkongsi bukan mencari publisiti.Segala yang aku kongsi di sini semuanya dari pengalaman aku yang lalu sama ada suka atau duka,tangis atau tawa,bahagia atau derita.Tidak semua aku kongsikan di sini.Aku seorang yang tidak mudah meluah perasaan melalui percakapan.Aku selesa meluah perasaan aku melalui penulisan.Pedulikan apa orang kata.Semua itu kita yang rasa.Dosa atau pahala,Allah yang tentukan.Aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesalahan.Namun aku bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan aku yang lalu.

-->Orang yang gagal sentiasa bangun berusaha untuk mencapai kejayaan.Tetapi orang yang lulus hanya lulus pada nama.Mereka tidak pernah berusaha untuk lebih berjaya kerana mereka anggap mereka sudah cukup hebat dan pandai dalam segala hal.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 7,2011)

Sunday, June 5, 2011

Setahun Yang Padat,Setengah Tahun Yang Penat

Habis sudah setahun belajar.Lagi setahun untuk ditempuh untuk menamatkan ijazah.InsyaAllah.Jadual yang lengang tapi kerja yang bertimbun.Setahun itu sangat panjang & padat.Tapi setengah tahun terakhir sangat penat.Mengejar masa untuk menyiapkan assignments,courseworks,presentations.Heh.Penat tahu.Sampaikan 24 jam tak tidur.Huh.Setengah tahun pertama belajar dalam keselesaan,ketenangan,keseronokan.Hidup sangat teratur sehingga makan tak henti.Itu hal setengah tahun pertama.Bagi setengah tahun terakhir buat hidup aku sengsara,merana,kecewa.Belajar pun tak menentu.Makan sehari sekali.Tidur tak cukup,kadang-kadang tak tidur.Fuh,sangat penat.Penat berperang dengan hati.Memikirkan soal yang hanya buang masa.Memikirkan hal yang tak akan jumpa jalan penyelesaiannya.Setengah tahun terakhir itulah sangat-sangat menguji keimanan,ketabahan & kesungguhan aku.Sehingga sampai di satu tahap aku ingin berhenti dari melakukan semua ini.Aku ingin pergi jauh meninggalkan semua orang yang aku sayang.Setengah tahun terakhir jugalah yang membawa aku ke alam kemurungan tahap maksima.Hampir setiap malam menangisi pemergian dia.Dia hilang terus tanpa dikesan.Berat sungguh dugaan setengah tahun terakhir.

Di saat aku hilang semangat,muncul bintang yang menyinari malam-malam kemurungan aku.Bintang itu datang tanpa di duga.Kehadirannya memberi aku semangat yang entah dari mana datangnya.Membuat aku berusaha sehabis mungkin untuk mengejar masa depan aku.Impian aku.Cita-cita aku.Bintang itu juga memberi sinar harapan untuk aku agar melupakan kisah pahitku.Tetapi bintang itu sendiri sedang berperang untuk melupakan kisah pahitnya.Tidak mengapa.Kerana kami masing-masing sedang berusaha untuk melupakan kisah pahit itu.Sekurang-kurangnya aku dapat merasa bahagia walau seketika.Kebahagiaan itu membuat aku lupa akan kisah pahit aku sendiri.Aku bahagia begitu.Tidaklah aku asyik murung & menyendiri.Terima kasih bintang.

"Masih ada baki setahun lagi.Mampukah aku harunginya tanpa bintang di sisi aku?Dia yang selama ini sentiasa di sisi,kini dia akan pergi meninggalkan aku sendiri.Harap aku tabah & dia juga begitu.Setiap yang datang akan pergi.Hanya masa yang menentukannya."

Saturday, June 4, 2011

Selamat Pengantin Baru Ain & Faiz

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan sahabat aku hari ini.Semuanya berjalan dengan lancar.Saat aku sampai,pengantin lelaki pun sampai disertai konvoi motor besar.Meriahnya.Aku tak dapat tangkap banyak gambar.Cukuplah sekadar menjamu mata dengan gambar-gambar yang ada ni.Cuaca pula sangat terik.Fuh.Panas dunia.Kebetulan pula abang si pengantin turut bersanding sekali.Alhamdulillah kedua-duanya berjalan lancar.Tahniah Ain dan Faiz serta abangnya,err...tak tahu nama penuh tapi yang pasti nama abangnya juga sama dengan nama pengantin lelaki,Faiz.Semoga kedua-dua pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.InsyaAllah.Amin...=)

"Seronok melihat mereka bersanding.Aku bila lagi?"

Ain bersama pasangannya

Abang kepada Ain bersama pasangannya

Kedua-dua pasangan (pengapit di sebelah kanan sekali nampak segak.tidak berkelip mataku memandangnya.hehe)


Selamat Pengantin Baru

-->Tak semua hubungan akan berakhir dengan perpisahan.Tetapi akan ada satu perkara yang akan memisahkan kita selamanya iaitu mati.Itulah perpisahan yang kita tidak dapat elak.Kerana janji Allah itu pasti.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 5,2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...