.::GaDiS KaCa MaTa::.
Gambar itu memaparkan segala memori. Lagu itu meluahkan apa yang dirasai. Ayat itu ucapan dari hati. Dan semuanya bersatu menjadi cerita yang kekal abadi.
Saturday, November 14, 2015
Diracik Realiti
Gagah malam menghirup mimpi
Esok masih belum pasti
Mungkin sedang teguh berdiri
Mungkin sedang dikebumi.
Wednesday, August 12, 2015
Ogos 11, 2015
Bahagia tak perlu di sorak
Tangis tak perlu diteriak
Lelah tak perlu diselak
Semua rasa sudah berselerak
Luahan tidak perlu
Kerana tiada lagi tempat mengadu
Pasrah dalam sendu
Rasa bercampur yang rasa hanya aku
Mau saja aku teriakkan tangis
Mau saja aku huraikan lelah
Mau saja aku adukan semuanya
Tapi, pada siapa?
Semuanya aku kunyah
Aku telan
Aku hadam
Seorang.
Ah celaka !
Selamat Hari Lahir, diri yang celaka. Bukan ucapan mereka yang aku tunggu hingga detik 2359. Tapi, dari kedua orang tuaku. Itu, paling menyedihkan. Dan aku menutup mata dalam sendu tangis. Tak guna ! Apa lagi salah aku? Palat !
Wednesday, August 5, 2015
Day 217 - Hari Konvokesyen
Maaf tidak dapat hadirkan diri pada hari bahagia kalian. Maaf tiada teddy bear, ros dan cadbury sebagai kenangan. Hanya doa dipohon-panjat kepada Tuhan. Mudahan doa-doa kita dimakbulkan.
Diringkaskan. Dimudahkan. Jika terlalu panjang, bimbang tak terhabiskan. Kasih insan kepada insan kerana Tuhan. Kasih sayang saya kepada kalian--Lillahi Ta'ala. Moga kita kekal gila bila berjumpa semula. Tahniah dan selamat berjaya, adik-adik.
Kalian bertiga hadiah terindah buat saya--kesayangan.
Tuesday, July 28, 2015
Day 209
Jika kematian itu mendekatkan kamu pada diriku, mencium aku, menangis di sisiku, aku rela membunuh diri.
Tapi, aku sedar. Semua itu takkan merapatkan kita seperti dulu. Kerana yang tinggal hanya sekujur tubuh kaku. Tiada senyum. Tiada tawa. Tiada lagi kita. Yang tinggal hanya kisah silam. Sejarah yang tak terulangkan.
Jaga diri. Jangan makan hati. Kawal emosi.
Insan seperti oksigen dan karbon dioksida. Mereka datang dan pergi. Hadiahnya lumayan. Nyawa dan kebahagiaan. (Gadis Kaca Mata - Julai 28, 2015)
Monday, June 29, 2015
Day 180 - Nurul
Tentang kamu, banyak tersurat dan tersirat. Mengenali kamu, itu sudah cukup hebat.
Saya plan seminggu awal untuk naik Cameron Highlands semata nak carikan bunga lavender dan kek Resipi Rahsia. Dalam keadaan terketar menahan sakit, saya gagahi jua ride ke atas sana. Malangnya, terlalu lewat untuk ke atas. Segala niat terkubur sepi. Maaf. Tiada kejutan buat kamu di tahun ini.
Kamu antara hadiah terindah buat saya. Buah hati pengarang jantung. Semoga diperluaskan pencarian rezeki buatmu. Semoga doa-doamu diangkat ke langit, dimakbulkan Tuhan sekalian alam. Dan semoga saya menjadi punca senyuman manismu terukir di bibir.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NURUL JANNAH MOHAMED.
Biar yang lain berpusu menuju mengucap dahulu. Saya selesa menjadi yang terakhir buat kamu.
Dalam doaku sentiasa inginkan kamu bahagia. Allah selamatkan kamu.