Gambar itu memaparkan segala memori. Lagu itu meluahkan apa yang dirasai. Ayat itu ucapan dari hati. Dan semuanya bersatu menjadi cerita yang kekal abadi.
Saturday, November 14, 2015
Diracik Realiti
Gagah malam menghirup mimpi
Esok masih belum pasti
Mungkin sedang teguh berdiri
Mungkin sedang dikebumi.
Wednesday, August 12, 2015
Ogos 11, 2015
Bahagia tak perlu di sorak
Tangis tak perlu diteriak
Lelah tak perlu diselak
Semua rasa sudah berselerak
Luahan tidak perlu
Kerana tiada lagi tempat mengadu
Pasrah dalam sendu
Rasa bercampur yang rasa hanya aku
Mau saja aku teriakkan tangis
Mau saja aku huraikan lelah
Mau saja aku adukan semuanya
Tapi, pada siapa?
Semuanya aku kunyah
Aku telan
Aku hadam
Seorang.
Ah celaka !
Selamat Hari Lahir, diri yang celaka. Bukan ucapan mereka yang aku tunggu hingga detik 2359. Tapi, dari kedua orang tuaku. Itu, paling menyedihkan. Dan aku menutup mata dalam sendu tangis. Tak guna ! Apa lagi salah aku? Palat !
Wednesday, August 5, 2015
Day 217 - Hari Konvokesyen
Maaf tidak dapat hadirkan diri pada hari bahagia kalian. Maaf tiada teddy bear, ros dan cadbury sebagai kenangan. Hanya doa dipohon-panjat kepada Tuhan. Mudahan doa-doa kita dimakbulkan.
Diringkaskan. Dimudahkan. Jika terlalu panjang, bimbang tak terhabiskan. Kasih insan kepada insan kerana Tuhan. Kasih sayang saya kepada kalian--Lillahi Ta'ala. Moga kita kekal gila bila berjumpa semula. Tahniah dan selamat berjaya, adik-adik.
Kalian bertiga hadiah terindah buat saya--kesayangan.
Tuesday, July 28, 2015
Day 209
Jika kematian itu mendekatkan kamu pada diriku, mencium aku, menangis di sisiku, aku rela membunuh diri.
Tapi, aku sedar. Semua itu takkan merapatkan kita seperti dulu. Kerana yang tinggal hanya sekujur tubuh kaku. Tiada senyum. Tiada tawa. Tiada lagi kita. Yang tinggal hanya kisah silam. Sejarah yang tak terulangkan.
Jaga diri. Jangan makan hati. Kawal emosi.
Insan seperti oksigen dan karbon dioksida. Mereka datang dan pergi. Hadiahnya lumayan. Nyawa dan kebahagiaan. (Gadis Kaca Mata - Julai 28, 2015)
Monday, June 29, 2015
Day 180 - Nurul
Tentang kamu, banyak tersurat dan tersirat. Mengenali kamu, itu sudah cukup hebat.
Saya plan seminggu awal untuk naik Cameron Highlands semata nak carikan bunga lavender dan kek Resipi Rahsia. Dalam keadaan terketar menahan sakit, saya gagahi jua ride ke atas sana. Malangnya, terlalu lewat untuk ke atas. Segala niat terkubur sepi. Maaf. Tiada kejutan buat kamu di tahun ini.
Kamu antara hadiah terindah buat saya. Buah hati pengarang jantung. Semoga diperluaskan pencarian rezeki buatmu. Semoga doa-doamu diangkat ke langit, dimakbulkan Tuhan sekalian alam. Dan semoga saya menjadi punca senyuman manismu terukir di bibir.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NURUL JANNAH MOHAMED.
Biar yang lain berpusu menuju mengucap dahulu. Saya selesa menjadi yang terakhir buat kamu.
Dalam doaku sentiasa inginkan kamu bahagia. Allah selamatkan kamu.
Monday, June 15, 2015
Day 166 - Imah
Sebelum waktu itu sampai tepat, berulang-kali aku berdoa mengucap selamat--Allah selamatkan kamu.
Banyak yang perlu di'terima kasih'kan kepada kamu. Tapi, saya memilih untuk memanjangkan aksara-aksara itu pada Yang Maha Esa. Kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hati saya.
Moga diperkenankan doa-doa kebahagiaan saya untuk kamu. Buat kamu. Hanya kamu. Yang sentiasa di sisi di saat kabut, kalut, serabut. Walaupun di awal dan akhir bicara, saya tetap diam seribu bahasa.
Moga bahagia milik kamu suatu hari nanti. Biar sementara kerana Dia janjikan selamanya di 'sana'. Dan kamu, bahagia saya di dunia sementara. Saya sayang kamu Lillahi Ta'ala.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NORAZAMAH NOOR.
Kali ini, masih sama. Tidak dapat sambut bersama. Tiada ros putih. Tiada Resipi Rahsia. Yang kekal sama selamanya hingga akhir nyawa--kasihku sebagai sahabat dan sayangku sebagai kakak.
Wednesday, April 15, 2015
Sabar Itu Indah
aku ini gadis yang terlalu keras
terlalu ganas
takkan ku luahkan.
Apa kau lupa, saat kau di hukum ngeri akibat kegagalan dulu?
Apa kau lupa, kau gadis yang disampahkan sang lelaki?
Sedarlah. Dunia kau bukan pada dia. Bangkitlah. Kau berhak dapat yang lebih baik dari dia. Sabarlah hati. Sabar itu indah, bukan?
Kau hanya bagiku--suatu yang pernah.
Jika rasa sakit itu boleh dikuburkan, aku ingin ia dikuburkan tanpa nisan. Biar tiada nama, tiada bertanda. Kerana aku khuatir aku akan cari-gali semula. (Gadis Kaca Mata - April 15, 2015)
Monday, March 23, 2015
Sayang Dan Nyawa
--sayang umpama nyawa
--sayang hingga sanggup pertaruh nyawa
Berbeza.
Dan harap kamu tahu bilamana saya sayang, tahap sayang saya itu yang mana.
Bila sanggup berkorban, percayalah kamu sudah menjadi sebahagiaan dari keluarga dan hidup saya. Dan siapa buat kamu sakit, saya akan turut sakit 10 kali ganda. Saya naikkan 'level' sahabat itu kepada keluarga. Bukan calang orang mampu saya sayang sebegitu.
Friday, March 13, 2015
Sesak
Sesak mata bila melihat
Sesak otak bila berfikir
Sesak dada bagai dilanda ombak kuat
Sesak sangat.
Apa benar ini yang ikhlas?
Apa ikhlas lahir dari hati?
Apa hati benar sayang?
Apa sayang itu berkekalan?
Ya Allah
Kenapa hati sakit begini?
Imah, nak bahu. Please... :'(
Sunday, March 1, 2015
Jawapan
jiwa melepuh-rapuh
hampir jatuh
aduh.
entah apa dirasa jiwa
entah apa dihadam nyawa
semuanya bebal saja
semuanya salah saja
ah celakanya.
baring terlentang
tangan depang
kaki silang
perhati bintang
kerlipan mana paling terang
mungkin itu yang paling disayang.
dan masih belum ketemu jawapan.
Wednesday, February 25, 2015
The Fault In Our Stars
Wednesday, February 18, 2015
Warkah Hati
Wednesday, February 11, 2015
Bintang Di Langit
Friday, November 28, 2014
Benar Kata Awak
Benar kata awak
Lama-lama rasa itu akan hilang.
Kini, saya sedang merasainya
Hilang rasa sayang.
Saya mampu memendam rasa bertahun lama
Tapi hilang sekejap saja
Apa jika diluah rasa itu umpama membuang segalanya?
Hingga tiada setitis rasa sayang yang tinggal?
Jika begitu, saya rela memendam berabad lama
Biar rasa itu kekal.
Kekal seperti pertama kali aku menjumpainya -- sayang.
Monday, November 17, 2014
Jatuh
Berteleku belakang pintu
Apa bebal babi jiwa aku
Rasa mahu hantuk pada batu
Ingat yang itu, aku kaku.
Tuhan
Kuatkan aku
Aku jatuh lagi...
Aku rindu
Aku sayu
Aku pilu
Aku....aku....
Tuhan
Tabahkan aku
Aku tak mahu jatuh lagi...
Hey, jiwa yang bebal
Aku penat.
Thursday, November 13, 2014
Aku Sedang Kuat
Aku terima qada dan qadar. Aku lepaskan yang sudah pergi. Aku tahan tangis sendiri. Namun, aku tak mampu bertarung dengan jiwa saat mencium sekujur tubuh kaku di depan mata. Kerana aku tahu itu ciuman terakhir untuk mereka di dunia. Hakikatnya, aku belum bersedia untuk semua ini.
Percayalah. Aku sedang kuat. (NFHZA - November 13, 2014)
Kehilangan
Untuk kedua kalinya. Kami kehilangan insan yang disayangi pergi menghadap Sang Pencipta. Kali pertama, kami memandikan si adik. Kali kedua, kakaknya pula pergi dan kami hanya memerhati sebagai saksi. Sayu. Pilu. Sekujur tubuh kaku di hadapan mata.
Saat Atok berkata, "Aku redha dia pergi dari tengok dia sakit macam ni. Aku pun sakit." Atok menangis dan kami turut menangis depan jenazah nenek saudara. Inilah si tua yang kami ziarah setiap kali pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin nenek sedih sebab adiknya pergi dahulu meninggalkannya.
Nenek sekalian, tenanglah kalian di sana. Doa kami mengiringi kalian berdua. Kami kehilangan kalian berdua pada masa 6 bulan dalam tahun ini. 12 Mei dan 12 November 2014. Tarikh yang akan kami ingat. Semadilah dengan tenang. Anak-anak, cucu-cucu kalian mendoakan kesejahteraan kalian di alam sana. Kami akan menyusul nanti.
"Akak kan kuat." - Imah (12 Mei 2014)
"Sama-sama kuat." - Adik (12 November 2014)
Terima kasih, kesayangan.
Adik, kita sama-sama kuat hadap dugaan yang ini. Dan saya sentiasa mendoakan mak Adik. Be strong. Stay strong.
Monday, November 10, 2014
Untitled
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Kamu pernah berkata, "Ada jodoh tak ke mana."
Sekarang kamu ada di mana? Hilang tanpa dikesan. Pergi tiada pesan. Senyap. Sunyi. Saya rindukan kamu. Saya lupa masalah bila bersama kamu. Hidup saya dipenuhi senyuman dan gelak tawa. Dan saya gelar kamu, bahagia.
Kenapa pergi jauh? Kenapa senyap tanpa khabar berita? Jika kamu kembali, sayalah manusia paling gembira.
"Makcik rindu Pakcik." :')
Tuesday, November 4, 2014
Terbang
Aku punya cita-cita. Mahu menjadi penerjun udara. TUDM, pernah menjadi salah satu pilihan utama aku. Kerana rabun, terbatal niat yang itu. Abah pesan, carilah kerja yang lain sebab sekali masuk bukan senang berhenti. Mungkin ada benar katanya. Rezeki kita tiada siapa yang tahu. In sha Allah. Jika niat baik, Allah tunjukkan jalan. Mana tahu dapat sampai ke Jugra dan buat paragliding. Terbang. Merentasi langit biru. Itu. Impian. Aku.
Sudah tertulis segalanya buat kita. Dan aku bersyukur kerana ditemukan dengan kesayangan. Buah hati pengarang jantung. Alhamdulillah.
Satu per satu memori muncul kembali. Saat pertama kali bertemu mereka. Hingga saat di mana aku hadir pada hari konvo mereka bertiga. Meraikan detik kejayaan mereka. Bahagia.
Saat berbicara dengan Nurul dalam perjalanan pulang ke Ipoh, aku menahan getar suaraku saat mendengar dia menangis. You don't know the feeling when you have to hold your tears in front of your loves. Think of your future. Be strong. I love you, girls.
Problem is like our own shadow. It will follow us until we find the best solution to stop it from following us. But, never run from it. Face it and solve it. (NFHZA - November 4, 2014)
Sunday, October 26, 2014
Surround You
"I kept passing by every sign. Hoping one day I'd make you mine. We'd be laughing side by side. Darling I'm thrilled to have you by, by my side."
I wish I could stay with you the whole night. Just you. And yes, I fall in love with you. Over and over again. I just learn to love even you don't feel the same way for me.
