Wednesday, April 6, 2011

P.I.L.I.H.A.N.

-Happy Family-

Akan ada satu situasi yang aku tak suka.Situasi di mana aku terpaksa membuat PILIHAN.Aku tak suka berdepan dengan situasi begini.Kusut otak aku.Aku hanya mahukan life yang simple.Aku tak suka berada di dalam keadaan yang tersepit begini.Hey,saya sayang kalian semua.Tak ada yang kurang sikit pun malah makin banyak.Tolonglah,jangan buat saya terasa hati lagi.PENAT...

Susah bila jadi kesayangan ramai orang.Sampai aku takut.Takut akan ada yang terluka,terasa hati,cemburu.Asalkan saya sayang kalian,cukuplah.Jangan kusutkan kepala saya.Saya hanya mahukan yang terbaik buat kalian semua.Janji kalian dengar cakap saya,itu sudah cukup untuk saya.Tak perlu tambah yang lain.Most important thing is I LOVE YOU ALL.No matter what happen,saya ada untuk kalian di saat kalian memerlukan saya.InsyaAllah.

Sunday, April 3, 2011

S.U.C.K.E.R. P.U.N.C.H.

Hari ini aku agak enjoy lepas kelas.Dalam kelas ke'SHENGALAN' aku terserlah.haha...Lawak pula bila ingat balik.Petang lepas makan aku,Yus,Jannah & adik jalan-jalan dekat GM.Agak lama jugalah tunggu Jannah & adik.Datanglah 'dia' menaiki Myvi silver abangnya.Semangat Jannah & adik nak naik Myvi.haha...Ingat 'dia' datang naik Hilux.'Dia' belanja kami tonton wayang cerita SUCKER PUNCH.Trimas banyak-banyak kamo.Kamo dah buat saya senyum sepanjang hari.Ditambah pula keriangan ahli keluarga saya terserlah.Saya suka tengok mereka enjoy.Bahagia sangat.Kamo,trimas banyak-banyak ya.Dah banyak sangat kamo spend duit & masa untuk saya.Saya terharu tapi tolonglah jangan letak harapan terlalu tinggi.Saya tak nak kamo kecewa.Saya gembira di sisi kamo tapi saya tak mampu nak bahagiakan kamo.Cukuplah sekadar kawan.Saya terharu sebenarnya sebab kamo nak keluar dengan ahli keluarga saya yang 'shengal-shengal ubi' ni.haha...Thanks a lot.I appreciate it.

-->Ketika SEDIH berlalu pergi,BAHAGIA pula sedang menanti.Tapi,HATI janganlah terlalu gopoh.Masih banyak dugaan di masa akan datang.Bersabarlah HATI.(GaDiS KaCa MaTa - April 3,2011)

Thursday, March 31, 2011

Goodbye March,Welcome April

Lagi beberapa jam sahaja lagi Mac akan menutup tirainya bagi tahun ini.Sesungguhnya amat perit untuk aku melalui bulan Mac kali ini.Tiap-tiap minggu aku berendam air mata.Hari-hari aku terkenangkan dia.Di manakah dia di saat ini?Apa khabar dia agaknya?Adakah dia sihat?Bagaimana keadaan mak dia?Aku ingin sekali mesej dengannya.Tapi aku takut.Takut mesej aku tidak berbalas.Umpama aku menyampaikan pesanan melalui angin.Tapi angin tidak singgah di tempatnya.Kesedihan ini tidak akan pernah hilang.Aku tahu aku harus kuat.Bak kata para sahabat aku,aku harus kuat.Masih banyak lagi cabaran yang menanti.Aku perlu lebih bersemangat untuk kehidupan seterusnya.

B.I.N.T.A.N.G
Bintang,terima kasih sekali lagi kerana hadir di dalam hidup saya.Saya bahagia dengan kehadiran kamo di sisi saya.Janganlah bersedih kerana saya ada untuk kamo.Kamolah segala-galanya bagi saya sekarang ni.Saya tak mahu kehilangan kamo.Kamo sudah menjadi sebahagian dari hidup saya dan saya ingin jadi sebahagian dari hidup kamo.Terima kasih atas kasih sayang kamo terhadap saya.Memang saya rasa sunyi tapi kehadiran kamo mewarnai hari-hari saya.Thanks BINTANG!!

-->Bintang terlihat terang.Saat dirimu datang.Bintang yang dulu hilang kini kembali pulang.(Kangen Band - Kembali Pulang)

Tuesday, March 29, 2011

T.A.K.D.I.R

Puas aku berendam air mata.Apa yang aku dapat hanyalah duka.Tiada yang gembira bila menangis.Menangis air mata darah sekalipun belum tentu kita dapat apa yang kita mahukan.Betul,kan?Perlukah aku terus dan terus mengharap pada yang tak sudi?Perlukah aku menyimpan hasrat ingin membina mahligai bersama dengan si dia yang bukan lagi milik aku?Perlukah aku buat semua itu?Aku sudah mula rasa ingin putus asa.Sesetengah orang kata penantian itu kadang-kadang berbaloi.Tapi sebaliknya pula bagi mereka yang telah lama menanti.Umpama menanti bulan jatuh ke riba.Dunia tidak kejam tetapi manusia itu sendiri yang kejam.Hujan di luar sangat lebat.Sejuk rasanya.Tapi hujan di luar tidak selebat hujan di dalam hatiku.SEPI.Itulah perkataan yang sesuai untuk aku ungkapkan kepada diri aku sendiri.Aku sepi.Walaupun aku rasa sepi,aku masih boleh senyum & ketawa kerana aku ada MEREKA yang amat aku sayangi.Aku ada adik yang selalu buat aku senyum mendengar dia membebel.Walaupun kadang-kadang geram tapi aku bahagia di sisinya.Aku masih ada kawan-kawan yang ambil berat tentang diriku.Aku ada MEREKA semua dan aku bersyukur dengan kehadiran MEREKA semua di dalam hidupku.Hidup perlu diteruskan.Masih jauh lagi perjalanan hidupku.Masih banyak lagi dugaan & cabaran di masa akan datang.Aku harus mula mencari kekuatan agar aku tidak kalah di masa akan datang.InsyaAllah,aku akan berusaha.Adik,kamolah BINTANG hati akak.

-->Bila menangis kita akan rasa tenang tetapi berapa lamakah ketenangan itu dapat bertahan?(GaDiS KaCa MaTa - Mac 29,2011)

Sunday, March 27, 2011

T.O.D.A.Y


Today is the day.Berbaloikah aku buat-buat tidak tahu akan tarikh hari ni?Berbaloikah aku tunggu dia selama ni?Aku buntu.Aku terlalu rindukan dia.Berjayakah aku untuk lupakan dia?InsyaAllah.Aku akan cari semula kekuatan aku.Thanks for everything dear.I always love you even you were not mine anymore.Aku ada untuk kamo bila kamo memerlukan aku pada bila-bila masa saja.Trust me.I'm always here for you.Just for you.I miss you a lot dear.

Sahabat,aku bahagia dengan kehadiran kalian semua.Kalian semua banyak mendorong aku,memberi kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup.Thanks sangat-sangat.Aku sayang kalian semua.Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian terhadap aku.

-->Mac 27,2008 - Masih ingatkah kamo akan tarikh ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...