Sunday, April 24, 2011

Tekanan + Kebosanan

Semalam makan di dataran bersama adik-adik iaitu Nurul & Putri.Kebetulan pula mak & adik Putri pun ada sekali.Sogan den.haha...Aku just sembang-sembang dengan Zura saja.

Kebetulan pula,aku & Zura masing-masing tengah tertekan,bosan,Zura ajak lepak Polo.Katanya nak posing-posing.Lepas makan,balik rumah ambil kamera,then,terjah Polo.haha...Sambil-sambil lepak,kami mencari idea untuk buat lagu for our cd package yang kami buat untuk group project kami.Hilang tekanan yang kami rasa.Waktu tu amat sesuai untuk critical thinking,brainstorming.Berkesan sebenarnya lepak dekat taman permainan sambil berfikir cari idea untuk assignment.Good job for both of us...=)


Zura(gambar selepas di edit)

-->Tekanan boleh hilang jika gelak bersama kawan-kawan.

Saturday, April 23, 2011

Langit Tak Selalu Cerah

(i)

Dalam hidup ni,akan ada banyak cabaran & dugaan yang datang menjengah hidup kita.Persoalannya,bila ia akan berlaku?Jawapannya hanya Allah yang tahu.Kerana Dia telah menetapkan semuanya.Hanya Dia yang tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang.Kita sebagai hambaNya,perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal,mental & juga rohani.Mungkin ada di antara kita menerima dugaan yang kecil & ada juga yang tidak kurang hebatnya.Sehingga ada yang tidak mampu untuk menanggungnya lagi.Ramai yang berkata,"Allah beri kita dugaan ni sebab Dia sayangkan kita".Cuba kita fikir sejenak,kenapa Allah menguji kita?Dia ingin menguji tahap keimanan kita terhadapNya.Dia ingin lihat sekuat mana hamba-hambanya menempuh hidup dengan ujian yang Dia berikan.Sebab itu kita diberi akal untuk berfikir.Berfikir mana baik mana buruk.Ini tak,jika ditimpa sesuatu musibah,mulalah nak salahkan takdir.Tak ada langsung nak fikir maksud di sebalik musibah yang menimpa.Itulah lumrah manusia,kebanyakannya tidak bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan pada dirinya.Nikmat yang diberi baru kena tarik sikit,dah mula salahkan takdir.Tidak fikir dia tak pernah nak bersyukur dengan nikmat yang ada.Kita hanya menumpang saja di bumi Allah ni.

(ii)

Manusia ni ada macam-macam ragam.Sampai susah kita nak faham.Paling jelas dalam perhubungan.Satu perkara yang selalu terjadi ialah pergaduhan.Orang selalu kata,"Gaduh tu mengeratkan lagi hubungan".Betul atau tak?Jawapannya pada diri sendiri.Jangan pula kita saling menuding jari menyalahkan sesama sendiri atas kesalahan diri masing-masing.Kita buat salah,kita mengaku saja.Bak kata pepatah,"Berani kerana benar,takut kerana salah".Buat apa nak malu mengaku kesalahan yang kita lakukan.Macamlah manusia lain tak pernah buat salah.Dalam perhubungan,jangan sekali-kali menjatuhkan air muka atau mengaibkan pasangan kita di hadapan orang lain.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Duduk berbincang & selesaikan dengan cara baik.Bukan dengan cara menengking,maki hamun,mengungkit.Itu semua hanya menambah penderitaan pasangan kita saja.Sit & talk privately.You can handle it smoothly.

(iii)

Hati terasa sedih bila melihat keadaannya.Hey,kemonlah kemon.Kita bukan kaum yang senang dipijak-pijak.Kita kaum hawa yang penuh semangat.Ingatlah,lelaki yang cari perempuan.Bukan perempuan yang cari lelaki.Kita mampu berdikari.Lihatlah kejayaan yang dikecapi kaum hawa.Lebih hebat berbanding lelaki.Jangan mudah mengalah dengan mereka.Jangan biarkan mereka jatuhkan maruah kita sesuka hati.Sahabat,kau mampu tangani masalah ni.Percaya pada diri sendiri.Jangan mudah putus asa.I know you can do it.Trust yourself,trust Allah.InsyaAllah,segala urusan akan dipermudahkan.

Wallahualam~

-->Menceritakan keaiban orang lain sama seperti menceritakan keaiban diri sendiri.Simpanlah ia selagi mampu.Tidak rugi jika tidak diluahkan.(GaDiS KaCa MaTa - April 23,2011)

-->We need someone.Someone needs us.

Thursday, April 21, 2011

This Song Reminds Me Of You

Wednesday, April 20, 2011

Sesuatu Yang Manis Akan Menjadi Pahit

Benarkah begitu?Aku hanya mampu tersenyum saja.Kenapa?Kerana aku telah pun melalui semua itu.

(i)

Dulu bila bercinta semuanya nampak indah.Umpama dunia ini kami yang punya.Tapi bila pergaduhan tercetus,perhubungan terputus,dunia ni nampak gelap saja.Semua kenangan terindah hilang sekelip mata.Kenangan pahit pula diungkit-ungkit.Kesilapan lalu diceritakan semula.Hati diguris tanpa rasa belas kasihan.Sakitnya hanya Allah yang tahu.Semua kenangan manis lenyap begitu saja.Bagaikan semuanya tiada erti lagi.Semuanya menjadi pahit.

(ii)

Bila bersahabat,semuanya dikongsi bersama.Tiada rahsia antara kita.Masalah diselesaikan bersama.Kalau boleh,tidur pun nak sekatil,sebantal.Tapi itu semua hanya sementara.Adatlah manusia ni.Pasti akan bergaduh walaupun hanya sekejap.Itulah lumrah kehidupan manusia di muka bumi Allah ini.'Kita hanya pelakon di pentas ini.'Ya,kita semua sedang berlakon.

(iii)

Satu perkara yang buat aku sedar tentang kehidupan ini.'Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah & yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.'Aku kini mampu tersenyum lebar.Kenapa?Kerana aku telah jumpa semula semangat aku yang hilang suatu ketika dulu.Semangat yang kian luntur kini kian mengorak langkah maju ke hadapan.Alhamdulillah.Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana di kurniakan adik yang memahami,kawan-kawan yang menyokong & family yang banyak memberi dorongan kepada diriku.Aku ingin menjadi diriku yang dulu.

(iv)

Bintang,kamolah segala-galanya bagiku.Percayalah,tidak terniat untuk saya mengguris hati & perasaan kamo.Sesungguhnya kamolah yang paling saya sayangi.Semua kenangan manis kita yang pernah kita ukir,saya semat & simpan di dalam hati & kotak fikiran ini.Tidak akan sekali-kali saya memadamkan semua memori kita bersama.Bagi saya,kamolah yang terbaik.Saya minta maaf kerana telah buat kamo kecewa dengan saya.Mungkin saya terlalu mengikut perasaan saya.Trust me,saya tak mahu kehilangan kamo walaupun seminit.Please,saya sayang kamo.Jangan tak pedulikan saya.Saya perlukan kamo.IMYSM Panda Gemok.

-->Jadikan kenangan manis itu sebagai diari lama & jangan diungkit kenangan pahit.Sekali diungkit,ia akan berterusan.Maka segala kenangan manis akan lenyap begitu saja kerana yang pahit telah menguasai semua.(GaDiS KaCa MaTa - April 20,2011)

-->Belajarlah terima buruk seseorang kerana bila dia tiada lagi,kita akan mula mencari yang baik tentang dirinya.(GaDiS KaCa MaTa - April 20,2011)

Tuesday, April 19, 2011

The Memories


I wish I could turn back time.But I know I can't.

(i)

Tiba-tiba terkenang kenangan lama.Saat diri ini disayangi & dicintai olehnya,aku buta.Aku tak nampak semua itu.Sehinggalah dia muncul kembali setelah sekian lama & meluahkan isi hatinya.Waktu itu baru aku tahu,aku telah terlepas lelaki yang sangat baik.Dia sanggup tunggu aku sampailah aku sambung diploma.Saat itu aku sudah pun berpunya.Aku tak pernah menyalahkan dirinya atas kelewatannya meluahkan perasaan kepada diriku.Malah aku bersyukur kerana aku tidak bertepuk sebelah tangan.Cuma tiada jodoh antara kami.Aku juga menyayangi & mencintai dirinya dalam diam.Aku takut untuk meluahkan perasaan kepadanya.Malu itu sudah pasti.Dan aku takut jika cintaku ditolak waktu itu.Itu semua cuma tinggal kenangan.Yang pasti dia pernah bahagia dengan pilihan hatinya.Aku juga begitu.Aku doakan agar dia bahagia dengan siapa saja yang bertakhta dihatinya.Kalaulah aku dihatinya lagi.hm...

(ii)

Di saat diri ditinggalkan olehnya,dunia ni rasa gelap saja.Seperti tiada apa lagi yang tinggal untuk diriku.Dia pergi begitu saja.Puas aku cari dia,tapi tak jumpa.Hinggalah dia mengatakan bahawa dia akan pulang semula ke kampung halamannya untuk kerja yang baru dia dapat.Pilu hatiku bila mendengar suaranya mengatakan dia akan pergi.Hanya Allah yang tahu akan perasaan aku di saat itu.Seperti hendak jatuh handphone yang aku pegang.Waktu itu aku hanya berdoa agar ditabahkan hatiku.Sehinggalah ke hari ini aku tidak dapat menghubungi dirinya.Adakah dia sudah melupakan aku 100%?Sukar untuk aku menjejaki dirinya lagi.Dia betul-betul telah pergi tinggalkan aku seorang diri di kota Ipoh ni.Dia telah meninggalkan aku bersama kenangan-kenangan kami sepanjang 3 tahun perkenalan kami.Sampai hati kamo.Saya sangat rindukan kamo.Kenapa mesti buat saya macam ni?Kalaulah kamo depan mata saya,saya nak cakap depan kamo yang saya sangat-sangat rindukan kamo.I miss you dear...=(

(iii)

Nama dia selalu muncul di skrin handphone aku.Aku tahu aku telah tinggalkan dia dulu.Bagi aku cinta masa di sekolah semuanya cinta monyet.Tak tahu pula dia cari aku sampai sekarang.Dan dia masih menagih kasih sayangku.Apa yang perlu aku lakukan?Ada yang mengatakan bahawa sayangilah orang yang sayangkan kita.Cubalah bayangkan,sudah hampir 5 tahun kami putus,tiba-tiba nak aku sayang dia semula.Hey,kemonlah kemon.Manalah aku nak cari balik kasih sayang aku yang telah lama terkubur?Hati aku tiada siapa-siapa dah sekarang ni.Aku hanya anggap dia sebagai kawan aku saja.Not more than that.Aku tak nak hancurkan hati dia lagi.Cukuplah sekali.Dia lelaki yang sangat baik.Dia berhak dapat yang lebih baik dari aku.

(iv)

Sekarang,aku hanya ada family,adik-adik & kawan-kawan saja.Merekalah segala-galanya bagi aku sekarang ni.Aku akan bersama mereka tak kira susah atau senang.Terima kasih semua.Sokongan & dorongan kalian semua membantu menaikkan semangat saya yang kian luntur ini.Saya sayang kalian semua.Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian.

-->Di saat sayang kian mekar,sengsara akan datang.Di saat sengsara melanda,sayang hilang entah ke mana.(GaDiS KaCa MaTa - April 19,2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...