Halipah Binti Bahrawi.The greatest mom in my life.Baby sayang mak sangat-sangat.Terima kasih atas didikan yang mak berikan kepada kami adik-beradik selama ni.Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik yang telah mak berikan kepada kami semua.SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu,mak-mak,mama-mama,umi-umi & sebagainya di dunia ini.Saya sayang mak saya.
Gambar itu memaparkan segala memori. Lagu itu meluahkan apa yang dirasai. Ayat itu ucapan dari hati. Dan semuanya bersatu menjadi cerita yang kekal abadi.
Sunday, May 8, 2011
Selamat Hari Ibu
Halipah Binti Bahrawi.The greatest mom in my life.Baby sayang mak sangat-sangat.Terima kasih atas didikan yang mak berikan kepada kami adik-beradik selama ni.Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik yang telah mak berikan kepada kami semua.SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu,mak-mak,mama-mama,umi-umi & sebagainya di dunia ini.Saya sayang mak saya.
Wednesday, May 4, 2011
Kenangan Itu
Pernah suatu ketika dulu kami berbicara tentang soal tunang,nikah & anak.Aku rindukan perbualan itu.Waktu malam,kami duduk di bawah kerana waktu itu aku menyewa di apartment.Rutin harian sebelum aku masuk ke rumah,kami akan berbual di bawah sambil menderma darah kepada nyamuk-nyamuk yang rakus.Aku sebenarnya tidak suka akan konsep tunang kerana bagi aku tempoh menjadi tunang orang adalah tempoh yang kritikal.Macam-macam boleh berlaku sehinggakan ada yang putus tunang.Si dia berkata,"Sayang tak nak ke merasa jadi tunang b?" Aku hanya diam membisu.Dalam hati berkata aku nak jadi tunang dia.Tapi biarlah dalam tempoh yang singkat.Kami siap memilih tarikh bila hendak bernikah & kenduri kahwin.Tarikh yang dipilih ialah tarikh mula-mula kami declare sebagai couple.So sweet!!! Kami pernah bergaduh tentang soal anak.Dia mahukan 5 orang anak manakala aku hanya mahukan 4 orang saja.2 lelaki & 2 perempuan.Sama seperti adik-beradikku.Aku rindu untuk berbual dengannya.Rindu sangat-sangat.Aku ingin kembali ke waktu kami masih bersama.Betapa aku sangat rindukan dirinya.Sehingga sekarang aku tidak dapat menghubungi dirinya.Where are you??
Biar beribu yang datang,aku tetap tunggu dia.Biar berjuta yang menunggu,aku tetap setia menanti dia.Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta.Sekali aku setia,InsyaAllah sehingga akhir nafas aku akan setia.Saya tetap tunggu kamo Teddy Boy.Always in my heart.
-->Bila kita tertekan,pandanglah sesuatu yang berwarna hijau.InsyaAllah hati kita akan tenang.
-->Kasih sayang umpama air terjun.Biarpun musim kemarau melanda,ia takkan pernah berhenti mengalir.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 4,2011)
Sunday, May 1, 2011
Pengalaman Mengajar Kita Menjadi Lebih Matang
Ya,tepat sekali.Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang.Aku setuju 100%.haha...Selama aku hidup ni,dah bermacam dugaan,ujian,rintangan hidup aku dah lalui.Alhamdulillah,aku berjaya hadapi semua tu dengan sabar.Dugaan datang tanpa henti."Sabar itu separuh daripada iman".
SEPI...kadang-kadang sepi itu indah.Kerana sepi dapat melapangkan minda,membuat kita lebih fokus kepada sesuatu perkara yang berfaedah.But sometimes sepi itu sangat menakutkan.Sehingga aku rasa tiada siapa-siapa lagi di sisiku.Aku rasa sunyi.Bercampur baur perasaan aku di saat ini.Sedih,kecewa,bahagia,stress & etc.hm...
Waktu hujan-hujan ni buat aku teringat akan kenangan lama.Paling aku rindu waktu di Hutan Belum.Rindu betul.Rasa nak pergi lagi ke sana.Meredah hutan untuk tengok bunga Rafflesia,menjengah ke kampung orang asli,berakit ramai-ramai,berenang ramai-ramai sampai ke tapak kem.
Kematangan itu mengajar aku menghargai hidup ini dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah beri.Aku bersyukur kerana aku diberi kebahagiaan di samping keluarga tercinta,para sahabat yang sporting & adik-adik yang cool.Even aku tiada kekasih,tapi aku tetap bahagia di samping mereka semua.
-->Setiap kenangan atau peristiwa yang berlaku akan menjadi pengalaman yang sangat berharga.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 1,2011)
-->Kebahagiaan akan muncul selepas kekecewaan.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 1,2011)
Saturday, April 30, 2011
P.E.N.I.P.U.A.N
Maaf,saya terpaksa menipu kamo Encik B.Saya masih tunggu kamo.Saya mungkin mahukan kamo tapi biarlah masa yang tentukan.Saya minta maaf kerana telah menipu kamo.Saya tak mahu kamo jatuh ke tangan orang lain,mungkin.Sebab itu saya tak mahu kenalkan kamo dengan adik saya.Maaf sangat-sangat.Adik saya masih single.Saya tak mahu diri saya terluka lagi.Memang adik saya cantik,perfect la bagi lelaki macam kamo.Tapi hati saya macam mana?Lama saya tunggu kamo.I'm so sorry Encik B.Hati ini masih luka kerana lelaki.Sudah lama kita tidak berhubung macam dulu.Mungkin ada certain things yang saya tidak tahu tentang kamo,Encik B.Saya tahu,tak mungkin kamo mahukan saya lagi.Saya hanyalah seorang gadis comot yang tak tahu berfesyen.Pakaian selekeh.Tak macam perempuan lain.Saya sedar semua tu.Mungkin sebab tu tak ada lelaki yang mahu mendekati saya.Saya tak kisah.Malah saya bersyukur dengan apa yang saya ada.InsyaAllah,ada jodoh saya dengan siapa-siapa takkan ke mana.Masa akan tentukan segalanya."Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu - Menjaga Hati,Yovie & Nuno".
-->Tak semua yang kita impikan akan tercapai.Tapi tak semua yang kita capai itu impian kita.(GaDiS KaCa MaTa - April 30,2011)
Tuesday, April 26, 2011
Diam Itu Lebih Baik
Sesetengah situasi memerlukan kita petah berkata-kata sama ada di khalayak ramai ataupun di kalangan mereka yang kita kenal.Tapi,ada sesetengah situasi memerlukan kita untuk berdiam diri."Diam itu lebih baik".Apabila lidah berbicara,mungkin akan ada tutur kata yang akan mengguris hati & perasaan seseorang/sesetengah pihak tanpa disengajakan.Jadi,sebelum memulakan bicara,fikirlah & susun dahulu ayat-ayat yang bakal dibicarakan.Jangan sesekali menyentuh isu-isu yang sensitif kerana manusia ni mudah terasa.
Manusia yang banyak berdiam diri ni sangat bahaya.Kenapa?Kerana orang yang pendiam boleh menjadi seorang pendendam.Dia banyak memendam perasaan marah yang tidak pernah terluah.Oleh kerana hati disakiti banyak kali tanpa perasaan belas kasihan,dia menjadi seorang pemberontak,pendendam.Mungkin orang luar melihat dia sebagai seorang yang pendiam,maka dia boleh disakiti sesuka hati.Dia juga ada hati & perasaan.Jagalah hati setiap orang yang kita kenal sebaik mungkin.Kalau dia disakiti,mungkin kita juga akan disakiti juga sama ada oleh orang yang kita telah sakiti ataupun orang lain.Ingatlah,setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan dibalas.Terpulanglah sama ada ianya kebaikan atau keburukan.Kita semakin meningkat dewasa.Sudah boleh berfikir yang mana baik,yang mana buruk.Kita sudah akil baligh.Sudah boleh berfikir yang mana halal,yang mana haram.Tepuk dada tanya selera.
Wallahualam~
-->Diam itu lebih baik.Kadang-kadang diam itu boleh menjadi senjata yang paling merbahaya.(GaDiS KaCa MaTa - April 26,2011)


