Thursday, May 12, 2011

Thanks For The Wish

Saya happy macam mereka =)

Thanks for the good luck wish,dear.I appreciate it very much.Saya agak gembira hari ini.Ditambah pula berita gembira yang mak sampaikan iaitu Abang Remy akan pulang esok hari.Tunggu kepulangan Baby ye mak.Baby rindu dekat mak.Lama tak sembang-sembang dengan mak.Esok malam bolehlah tengok Maharaja Lawak.Siapa tengok cerita lain,Baby bawa lari tv plasma mak.hehe...Dear,thanks a lot.Tak tahu macam mana nak express feeling ni melalui kata-kata.You just make my day so perfect.

-->Satu ucapan yang memberi semangat mampu membuat kita tersenyum sepanjang hari.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 12,2011)

Tuesday, May 10, 2011

Takdir Menentukan Segalanya


Pernah kita terfikir hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku?Setiap yang berlaku ada sebabnya.Allah nak menguji tahap keimanan kita terhadapNya.Bagaimana kita mengatasi semua itu,terpulang kepada individu tersebut.Ajal maut,jodoh pertemuan,semuanya Allah tentukan.Kita hanya mampu merancang.Tak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan.Yang penting kita telah berusaha.Selebihnya tawakal saja.Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan.InsyaAllah.

(i)

Saat otak ini bertungkus lumus mengingati nota-nota untuk exam,wajah itu berlegar-legar di minda.Saat diri ini sedang ketawa riang,senyuman itu muncul di ingatan.Saat hati ini sedang bersedih,suara itu datang menerjah telinga.Ya Allah,bilakah semua ini akan berakhir?Penat hidup di dalam kesedihan.Bagaimanakah cara untuk hilangkan kesedihan yang semakin bersarang di hati ini?Pernah suatu hari diri ini berteka-teki sendirian."Mengapa aku di hukum begini?Mengapa aku tidak dapat melupakan dirinya?Sampai bila aku harus berterusan begini?Sampai bila aku harus menunggu dirinya?Adakah dia merindui aku sepertimana aku merindui dirinya?" Bermacam persoalan sedang berputar ligat di dalam otak ini.Jawapan masih belum ditemui.Dirinya juga tidak dapat di kesan sehingga sekarang.Pernah suatu ketika dahulu bergaduh.Dirinya pernah berkata,"kalau tak ada jodoh antara kita,janganlah sampai putus kawan." Tapi,sekarang ni siapa yang menghilangkan diri?Siapa yang mungkir janji?

(ii)

Aku tak suka berada di dalam kesedihan.Aku penat pujuk hati ini supaya bersabar.Mungkin ada lelaki yang lebih baik dari dia cuma Allah tidak tunjuk lagi siapa lelaki itu.Bersabarlah hati,suatu hari nanti kau akan bahagia seperti dulu.Cuma antara cepat atau lambat sahaja.Hati ini takkan pernah berhenti berharap.Bak kata sahabat aku,"Kalau ada jodoh korang,InsyaAllah takkan ke mana." Aku pegang kata-katanya.Biarkan aku menjaga hati ini.Kelak akan ada yang menjaga hati ini pula.Penat memang penat.Penat berpura-pura gembira sedangkan hati sedang berkecamuk macam orang gila.Aku tidak akan sekali-kali memandang lelaki lain sehinggalah dia menjadi milik seseorang yang sah.InsyaAllah.

Perjalanan ini masih jauh.Kecapilah impian dan cita-cita dahulu.Bila keliru,pandanglah awan.Putih dan biru sangat mendamaikan.Bila tertekan,pandanglah pokok yang hijau.Hijau itu mampu menenangkan hati.InsyaAllah...

-->It's hard to forget someone we loved but it's not easy to fall in love in a short time.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 10,2011)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Mak & cucu-cucunya

Halipah Binti Bahrawi.The greatest mom in my life.Baby sayang mak sangat-sangat.Terima kasih atas didikan yang mak berikan kepada kami adik-beradik selama ni.Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik yang telah mak berikan kepada kami semua.SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu,mak-mak,mama-mama,umi-umi & sebagainya di dunia ini.Saya sayang mak saya.

Wednesday, May 4, 2011

Kenangan Itu


Pernah suatu ketika dulu kami berbicara tentang soal tunang,nikah & anak.Aku rindukan perbualan itu.Waktu malam,kami duduk di bawah kerana waktu itu aku menyewa di apartment.Rutin harian sebelum aku masuk ke rumah,kami akan berbual di bawah sambil menderma darah kepada nyamuk-nyamuk yang rakus.Aku sebenarnya tidak suka akan konsep tunang kerana bagi aku tempoh menjadi tunang orang adalah tempoh yang kritikal.Macam-macam boleh berlaku sehinggakan ada yang putus tunang.Si dia berkata,"Sayang tak nak ke merasa jadi tunang b?" Aku hanya diam membisu.Dalam hati berkata aku nak jadi tunang dia.Tapi biarlah dalam tempoh yang singkat.Kami siap memilih tarikh bila hendak bernikah & kenduri kahwin.Tarikh yang dipilih ialah tarikh mula-mula kami declare sebagai couple.So sweet!!! Kami pernah bergaduh tentang soal anak.Dia mahukan 5 orang anak manakala aku hanya mahukan 4 orang saja.2 lelaki & 2 perempuan.Sama seperti adik-beradikku.Aku rindu untuk berbual dengannya.Rindu sangat-sangat.Aku ingin kembali ke waktu kami masih bersama.Betapa aku sangat rindukan dirinya.Sehingga sekarang aku tidak dapat menghubungi dirinya.Where are you??

Biar beribu yang datang,aku tetap tunggu dia.Biar berjuta yang menunggu,aku tetap setia menanti dia.Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta.Sekali aku setia,InsyaAllah sehingga akhir nafas aku akan setia.Saya tetap tunggu kamo Teddy Boy.Always in my heart.

-->Bila kita tertekan,pandanglah sesuatu yang berwarna hijau.InsyaAllah hati kita akan tenang.

-->Kasih sayang umpama air terjun.Biarpun musim kemarau melanda,ia takkan pernah berhenti mengalir.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 4,2011)

Sunday, May 1, 2011

Pengalaman Mengajar Kita Menjadi Lebih Matang


Ya,tepat sekali.Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang.Aku setuju 100%.haha...Selama aku hidup ni,dah bermacam dugaan,ujian,rintangan hidup aku dah lalui.Alhamdulillah,aku berjaya hadapi semua tu dengan sabar.Dugaan datang tanpa henti."Sabar itu separuh daripada iman".

SEPI...kadang-kadang sepi itu indah.Kerana sepi dapat melapangkan minda,membuat kita lebih fokus kepada sesuatu perkara yang berfaedah.But sometimes sepi itu sangat menakutkan.Sehingga aku rasa tiada siapa-siapa lagi di sisiku.Aku rasa sunyi.Bercampur baur perasaan aku di saat ini.Sedih,kecewa,bahagia,stress & etc.hm...

Waktu hujan-hujan ni buat aku teringat akan kenangan lama.Paling aku rindu waktu di Hutan Belum.Rindu betul.Rasa nak pergi lagi ke sana.Meredah hutan untuk tengok bunga Rafflesia,menjengah ke kampung orang asli,berakit ramai-ramai,berenang ramai-ramai sampai ke tapak kem.

Kematangan itu mengajar aku menghargai hidup ini dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah beri.Aku bersyukur kerana aku diberi kebahagiaan di samping keluarga tercinta,para sahabat yang sporting & adik-adik yang cool.Even aku tiada kekasih,tapi aku tetap bahagia di samping mereka semua.

-->Setiap kenangan atau peristiwa yang berlaku akan menjadi pengalaman yang sangat berharga.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 1,2011)

-->Kebahagiaan akan muncul selepas kekecewaan.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 1,2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...