Sunday, October 9, 2011

H U J A N

Malam hujan.Sejuk sangat.Pergi jalan-jalan dekat Ipoh Parade dengan Yus.Saja nak beli patung Angry Birds.Untunglah Yus ada koleksi patung Angry Birds dalam kereta dia.haha.Lama tak keluar dating dengan dia berdua saja.Kami kawan rapat ok.haha.

"Seronok jalan-jalan bawa Si Merah.Seharian kerja dia merayap saja.Aku bahagia begini."

Salikin,tahniah sebab dah dapat Canon EOS 600D.haha.Sekarang aku ada geng Canon iaitu Yazid a.k.a Budak Pensel,Salikin dan juga diri aku sendiri.Aku saja perempuan dan Canon aku berbeza dari mereka.Yazid guna 550D,Salikin 600D dan aku special sikit 1100D.hehe.

"Terima kasih Yazid sebab teman beli dslr.Terima kasih juga beri pendapat untuk barang-barang tentang dslr ni."

Aku suka tangkap gambar jarak dekat dan background nampak blur.Bagi aku gambar tu menarik dan cantik.

"Dslr tu aku guna untuk saja-saja.Bukan untuk jadi serius photographer.So,please don't expect me to take good pictures.Aku budak baru belajar."

Saturday, October 8, 2011

Si Merah Jalan-jalan

Hari ini aku bawa Si Merah jalan-jalan.Ikut budak-budak rumah pergi jalan-jalan dekat Greentown Mall,Ipoh.Sempatlah juga snap beberapa gambar.Suka dengan Si Merah.Mesti dia seronok dapat jalan-jalan lihat dunia kan setelah sekian lama dalam kotak.

"Ya,mulai sekarang,ke mana saja aku pergi,Si Merah akan setia di sisi."

Aku tak ada boyfriend yang nak happy kan aku.Jadi,Si Merahlah jadi hubby aku.Dulu AGN lah hubby aku.Susah senang,hujan panas aku dengan AGN saja.Aku sayang AGN.Dah 3 tahun dia setia bersama aku.Dia sakit aku susah hati.Dia sihat aku senang hati.Alhamdulillah,AGN masih setia sampai ke hari ini.Sekarang ada Si Merah pula.Tapi Si Merah tak boleh kena hujan.Demam dia nanti.AGN dan Si Merahlah peneman aku di kala aku sunyi.AGN dan Si Merahlah yang membuat aku senyum tanpa henti.Alhamdulillah.

"Walaupun ia tidak bernyawa,namun aku masih tetap tersenyum lebar.Jika aku suka sesuatu benda tu,bila dah dapat aku akan senyum saja.Itulah aku."

Sejauh mana kaki melangkah,sejauh itu juga Si Merah dan AGN setia di sisi.Mereka tidak bernyawa tapi aku tetap menjaga mereka seperti mana mereka menjaga aku.Aku takkan lupakan jasa mereka.

Asal keluar bertiga mesti seorang wajib nyanyi 5 lagu.Seronok keluar dengan korang.

Friday, October 7, 2011

Red Canon EOS 1100D


Alhamdulillah.Sekian lama aku impi nak beli dslr ni,akhirnya tercapai juga.Dari diploma lagi nak beli tapi bajet sentiasa lari sampai tak boleh nak kejar.Kali ini,Alhamdulillah rezeki aku.Terima kasih kepada Yus dan Yazid sebab teman aku beli dslr ni.Jenuh cari kedainya.hehe.

"Terima kasih Mak sebab benarkan Baby beli dslr ni.Baby tahu Mak dah banyak habiskan duit untuk Baby.Jangan risau,duit yang lebih Baby bagi semua dekat Mak."

Yus cakap aku senyum lebar hari ini.Dia suka tengok aku happy.Aku sendiri tak sedar aku tersenyum lebar hari ini.Alhamdulillah.Aku bersyukur sangat.Penantian itu memang suatu penyiksaan.Tak semua penantian itu akan berakhir dengan kegembiraan.Tapi penantian aku suatu yang sungguh bermakna.Tak henti-henti aku ucapkan syukur hari ini.Awalnya memang menangis juga sebab kewangan tak cukup dan terpaksa susahkan Mak dan Abah.Tapi sekarang kami sekeluarga mampu tersenyum gembira.Kesabaran kami akhirnya membawa kegembiraan dan kebahagiaan.Alhamdulillah.

"Aku beli dslr tu hanya untuk suka-suka.Bukan untuk jadi photographer yang hebat.Aku memang suka tangkap gambar.Itu saja."

Kamera Olympus T-100 warna merah.Itu kamera digital pertama yang pernah aku guna.Sebelum ni guna kamera kodak saja.Alhamdulillah,itu rezeki pertama aku.Sebenarnya kakak aku beli kamera digital tu untuk tangkap gambar family.Saja nak tukar yang lama jadi baru.Alhamdulillah sekali lagi,rezeki keluarga bertambah walaupun terpaksa menanti begitu lama.Terima kasih juga kepada MARA sebab keluarkan cek tu cepat dan aku tak jangka secepat itu.Itu rezeki kami berempat yang terkandas dapat MARA.

"Aku tak berhenti senyum sepanjang hari ini.Syukur,Alhamdulillah.Itu saja mampu aku ucap.Harap aku terus bersyukur kepada Allah dan aku harap sangat aku tak lupa diri.Aku tak nak jadi manusia yang kufur akan nikmat yang Allah beri.InsyaAllah."

Nak sangat kongsi kegembiraan aku ni dengan dia.Alahai,sabarlah hati.Kuatkanlah diri ni supaya lebih tabah di masa akan datang.

"Air mata ini gugur.Bukan sebab sedih tapi sebab gembira dan bersyukur sangat-sangat."

Wednesday, October 5, 2011

Kurang Ajar

Siapa kurang ajar?haha.Tak ada siapa pun.Actually tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ni.hehe.

Bercerita pasal 'social networking',mesti ramai yang fikirkan Facebook,Twitter.Ni saja yang famous pun kan.Kadang-kadang seronok tengok status dan komen-komen.Ada yang lucu,sedih,gaduh pun ada.Aku biasalah dengan status 'pedas' aku.Kalau tak faham juga aku tak tahulah nak cakap apa.haha.

"Semak weh dengan status korang yang suka mencarut,memaki hamun,mengejek,mengumpat rupa orang lain."

Manusia tak ada yang sempurna.Ok,aku akui tu.Aku pun tak sempurna.Tapi janganlah sampai buat status mengejek,mengumpat rupa paras seseorang.Bukan ke Allah yang mencipta rupa kita semua.Kita ejek,perli,kutuk rupa paras seseorang umpama kita ejek,perli dan kutuk Allah.Aku tak sebaik mana tapi aku masih tahu membezakan yang mana baik untuk dijadikan teladan dan yang mana buruk untuk dijauhkan.

"Manusia senang melakukan dosa daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan pahala."

Paling seronok berbalas status secara menyindir.haha.I admit I've done that silly things.Maaflah kepada yang terasa.Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri aku sendiri.Maaf banyak-banyak.At least,aku tak adalah nak kata orang tu BODOH sebab buat status macam tu.Aku respect lagi adalah sebab masing-masing berani.haha.

Terpandang profile si polan ni.Si polan kata jangan tulis dekat wall kalau tak puas hati.Wah,marahnya dia.Lepas aku terfikir siapa yang bodoh.Rasa-rasa macam si polan ni yang kurang bijak.Itu wall dia,suka hati dialah nak buat status apa pun.Bukan kena bayar pun.Mark Zuckerberg pun tak marah.haha.Depends la orang tu nak buat apa pun dengan Facebook dia.Kenapa perlu marah?Nampak sangat terasa.lalalala~

"Lepas ni aku buat status baik-baik je la.Tak nak sindir-sindir dah.InsyaAllah."

Monday, October 3, 2011

Realiti Atau Mimpi

Rindu pada dia.Apa khabar dia sekarang?Adakah Mak dia dah pulih sepenuhnya?Soalan-soalan itu masih tiada jawapan sejak hampir 6 bulan lalu.Rindu untuk bermimpi tentang dirinya.

"Tolong jangan biar saya rindu kamo.Setiap kali rindu saya akan mimpikan kamo.Dan sesungguhnya mimpi itu membuat saya tak mahu bangun dari tidur."

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita
(Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi)

Realiti atau mimpi?Aku sedang berada di dunia realiti tapi hatiku sentiasa di alam mimpi.Sering rindukan dirinya.Selalu terbayang-bayang wajahnya.Aku sentiasa berharap agar dia juga berperasaan sama sepertiku.Semakin aku lari jauh,semakin ia datang dekat.Kuatkanlah hatiku Ya Allah.

Saat berpisah,aku masih berharap dia berada di sekitar tempatku belajar.Biarpun tidak lagi bersua muka,namun aku tahu dia masih ada di sini.7 bulan yang lalu,aku menangis semahunya di dalam bilik mandi.Mesej darinya singkat saja namun amat payah untuk aku menerima hakikat itu.Lantas aku menelefonnya bertanyakan hal itu.

"Betul ke nak berhenti kerja?"
"Ha'ah."
"Dapat kerja dekat mana?"
"Kerja kilang dekat kampung."
"Oh,stay sini sampai hujung bulan je la ea."
"Yup."

Lepas lama bersembang,aku mematikan talian.Aku menangis semahunya di dalam bilik mandi.Mahu saja aku menjerit tapi aku masih waras dan mampu berfikir.Menangis.Itu saja yang mampu aku lakukan.Aku masih ingat mesej dari dia.

"Jaga diri baik-baik.Belajar elok-elok."

Ringkas namun padat bagiku.Itu saja penguat semangatku untuk terus belajar dan habiskan ijazah.Kini dia tiada lagi di sisiku.Dan dia berada jauh dari tempatku belajar.Hakikat sebenarnya aku masih tidak dapat terima kenyataan dia telah pergi jauh.Dia telah tinggalkan aku bersama kenangan kami bersama.3 tahun itu sangat bahagia.3 tahun itu juga mengajar aku erti pengorbanan,kesetiaan,kebahagiaan,kejujuran dan keikhlasan.3 tahun aku belajar untuk hidup senang dan juga susah bersamanya.3 tahun itu aku lalui dengan penuh semangat.3 tahun itu aku beraya bersamanya.3 tahun itu dia telefon dan ucapkan Happy Birthday kepadaku.3 tahun itu aku dapat hadiah pada setiap ulang tahun hari jadiku.3 tahun itu aku tidak pernah murung.3 tahun itu sangat lama.

"3 tahun saya bersama kamo."

Kini,aku hanya mampu meratapi pemergian dirinya.Setiap kali aku menelefonnya,hanya bunyi deringan saja berkumandang.Akhirnya,aku letak.Tiada jawapan langsung darinya.Dia betul-betul ingin mengelak dari aku.Kenapa?Aku hanya ingin bertanyakan khabar saja.Salah ke?

Selepas 3 tahun itu hidup aku jadi tak tentu arah.Murung,sedih,menangis,meratapi,keseorangan.Tahun ini paling sepi.Tahun ini aku tak berpeluang beraya dengannya.Tahun ini aku tak berpeluang menerima panggilan telefon darinya untuk ucapkan Happy Birthday.Tahun ini aku susah seorang diri dan aku senang seorang diri.Tahun ini aku tiada tempat untuk mengadu masalah.Tahun ini aku tak dapat hadiah ulang tahun hari jadi dari dia.Tahun ini aku tak dapat berkongsi cerita gembira dengannya.Tahun ini aku banyak menangis dari ketawa.Aku SEPI.

"B,kita kahwin sama dengan tarikh kita declare ye."
"Bila?"
"27 March 2015."
"Kenapa hari Jumaat?"
"Ye la,Jumaat kita nikah.Sabtu Ahad majlis sanding.Kan afdal nikah hari Jumaat."
"Ok juga tu.Tapi sayang tak nak tunang ke?"
"Tak naklah.Tak suka jadi tunang lama-lama."
"Ala,tunang sekejap dah la.Takkan sayang tak nak merasa jadi tunang b."

'Sebenarnya,sayang nak sangat jadi tunang b.Tapi sayang tak cakap dekat b macam tu.Tak tahulah kenapa.' Aku hanya mampu berkata begitu dalam hati saja.Tepat tarikh declare tu,aku dah berjanji dengan diri aku sendiri.Biarpun dia bukan yang pertama dalam hati aku,tapi aku nak dia jadi lelaki terakhir dalam hidupku.Aku nak habiskan sisa hidupku bersama dengannya.Aku nak jadi kawan,kekasih,isteri dan ibu kepada anak-anaknya.Itu saja impian aku.Tapi........

"Belajarlah terima hakikat.Jika tidak,jadilah seperti aku.Sentiasa berharap dan berharap pada yang tak sudi."

Ingat lagi tak?Ini kali pertama kita keluar bersama dan ini gambar pertama kita berdua.Sengal sangat bila keluar dengan kamo.

"Dia rajin layan kerenah aku.Itu yang membuatkan aku sayang sangat pada dia.Dan sukar untuk aku cari pengganti yang sanggup melayan kerenah aku.Dia sangat penyabar.Dia memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku cari.Dia pelengkap hidupku."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...