Friday, August 26, 2011

Ramadan Terakhir


Eh,jangan salah anggap pula.Ni tajuk cerita slot Samarinda pukul 10.30 setiap Selasa hingga Khamis.Tajuknya Ramadan Terakhir.Cerita yang sangat menyentuh hati.Menitis jugalah air mata ni dengan jalan ceritanya.Sangat-sangat menyentuh hati.Lakonan Esma Daniel yang sangat berkesan.Membawa watak seorang suami dan juga bapa yang sesat dan ingin kembali ke jalan Allah.Dia berusaha dan sabar dalam mengajak isterinya insaf dan bertaubat.Even kena marah dengan isteri dia cool je.Lakonan Fazlina Ahmad Daud pula memang bagi sesetengah orang wataknya amat mengjengkelkan.Watak perempuan kaya yang hidup mewah dan sering bergelumang dengan dosa.Dia berubah di saat akhir Ramadhan.Alhamdulillah.Lakonan Tasha Shilla Razak pula tidak kurang hebatnya.Dia sabar dalam melayan kerenah majikannya.Tak pernah merungut.Kalaulah aku seorang penyabar macam Sakinah dalam cerita ni.InsyaAllah.Sabar tu ada cuma tidak sekuat Sakinah.Cerita 15 episod ni memberi banyak pengajaran.

-->Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara.Bila tiba saatnya kita akan nampak dan sedar.InsyaAllah.(GaDiS KaCa MaTa - Ogos 26,2011)

Tuesday, August 23, 2011

Heartless

Yes,I'm heartless person.Lama sangat pendam perasaan marah,lama sangat pendam masalah,lama sangat pendam sakit hati.Dah tak ada tempat nak mengadu macam dulu.Bintang dah tak ada.Kawan-kawan pun macam chipsmore.Kejap ada kejap tak ada.Di penghujung Ramadhan ni la aku diuji.Ya Allah,aku tidak setabah perempuan lain.Aku hanya belagak seperti kuat tapi dalam hati aku sentiasa menangis.Tiada siapa tahu perasaan aku melainkan Engkau,Ya Allah.

"Setiap hari nangis.Tapi tiada siapa yang tahu."

Mana mereka di kala aku sedang berduka lara.Mana mereka di kala aku memerlukan untuk meluahkan perasaan.Mana mereka??Hah,sedih pun tak guna.Susahnya nak dapat kawan yang ada waktu kita susah dan senang.Yang ada semua waktu kita senang je.Waktu susah semua hilang,buat hal masing-masing.Oh,aku dah biasa begini.Dari dulu aku dah biasa diperlakukan begini.Thank you so much.Aku bersyukur kerana aku berpeluang merasa gembira bersama mereka.Walaupun seketika aku tetap bersyukur.Terima kasih kawan-kawan.

"Kehadiran korang buat aku gelak dan senyum sepanjang masa.Terkadang sakit hati dengan korang tapi aku tak pernah ungkit.Sebab aku tahu susah nak dapat kawan macam korang semua.Thanks."

Sekarang,aku terasa nak sakitkan hati semua orang.Aku malas nak jaga hati orang yang selalu sakitkan hati aku.Even aku malas nak ingat tapi entah kenapa aku jadi macam ni.Aku MALAS sangat nak fikir pasal mereka yang tak pernah nak fikir pasal hati dan perasaan aku.Aku seorang diri pun boleh hidup.Aku sakit hati semua tak peduli.Tapi bila aku sakitkan hati mereka ada yang sentap.Aku yang sakit hati still boleh go on.Kenapa mereka tarik muka dengan aku?

"Orang buat aku tak apa.Tapi aku tak boleh buat orang.Orang buat aku sakit hati,aku diam je.Tapi bila aku tersalah sikit,orang dah sentap dengan aku.HEBAT sungguh.Thanks."

Thanks Cikgu.Saya akan ingat pesan Cikgu.

-->Hati sendiri tak mampu nak jaga apatah lagi hati orang lain.(GaDiS KaCa MaTa - Ogos 23,2011)

Friday, August 12, 2011

Superb Celebration

"Thanks to all yang involved untuk celebrate birthday saya.Terharu sangat-sangat.Credit to my housemates.Sayang korang.Thanks sebab belikan kek coklat tu.Sedap!!"


Berbuka puasa di Dataran ramai-ramai.Alhamdulillah tercapai juga hajat nak berbuka sekali dengan budak-budak rumah.hehe.Kecoh betul kami masa tunggu nak berbuka sampailah dah kenyang.haha.Lawak pula bila ingat balik.Kami sememangnya riuh.So,kami tak kisah kalau orang lain nak pandang,nak kutuk.Kami bayar ok.So,tak payahlah nak kutip dosa kutuk kami.haha.Ayat kejam pernah aku buat.(^,^)


"Sedih sebab penantianku terasa seperti sia-sia.Dia tak juga muncul.hm..."

-->Ucapan itulah yang memberi semangat.Ucapan itulah boleh buat seseorang itu tersenyum.Ucapan itu lebih berharga dari hadiah.(GaDiS KaCa MaTa - Ogos 12,2011)

Thursday, August 11, 2011

Aku Terkena Malam Itu


choii..haha.Hampeh punya Yus,Mira dan Zue.Kenakan aku.haha.Mula-mula tepung,then telur + nugget + air blackcurrent(digaul sebati) and lastly kena simbah air.Kejam sungguh mereka.waa...Mak,tengok anak Mak kena buli.Tapi aku happy.Thanks sebab buli aku.Thanks sebab bagi aku 'wangi' buat pertama kali dalam hidup aku.Thanks for the wishes.Thanks sebab buat aku happy sambut birthday dengan korang semua.Thanks for everything.Sayang korang sangat-sangat.

"Happy Birthday to me.haha..."

For the 1st time aku sambut birthday kena semua benda-benda yang 'wangi' tu.haha.Aku happy sangat malam tu.Memang kena buli kaw-kaw punya.Sampai bila-bila aku akan ingat.

"Buat pertama kali aku happy sangat sambut birthday sendiri dengan mereka.Kamo,sampai saat ni saya masih tunggu kamo wish birthday saya macam tahun-tahun lepas.Saya rindu ucapan dari kamo.Rindu sangat..."

Mak orang pertama wish birthday.Lagi berapa minit pukul 12,Mak call.Thanks Mak.Sayang Mak.Bang Boy orang kedua.Thanks abangku.hehe.Aku dapat ucapan dari semua adik-beradik aku.Happy sangat.Sayang kalian semua.

"Lepas Subuh,aku menangis sendiri.Entah kenapa aku terharu pagi tu dan pada masa yang sama aku sedih sebab aku masih tak dapat ucapan dari dia.I miss you a lot dear."

Thanks to all yang celebrate birthday semalam.Saya terharu,saya happy.Sayang korang.♥♥♥

Tuesday, August 9, 2011

Sampai Di Satu Tahap.....


Aku sangat STRESS.Tak tahan dah.Lappy buat hal.Asyik 'hang' je.Motor pula mati enjin dekat lampu isyarat masa nak pergi kelas.Duit makan pun tak cukup.Ya Allah...kuatkanlah hatiku untuk menempuh kehidupanku.Duit MARA pun tak dapat lagi.PENAT!!! Penat menunggu tahu tak?!!

"Sabar Baby.Bulan Ramadhan ni betul-betul menduga iman dan juga kesabaran.Sabar banyak-banyak.InsyaAllah,di akhir nanti aku akan tersenyum gembira.Mudah-mudahan.Amin..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...