Monday, June 15, 2015

Day 166 - Imah

Sebelum waktu itu sampai tepat, berulang-kali aku berdoa mengucap selamat--Allah selamatkan kamu.

Banyak yang perlu di'terima kasih'kan kepada kamu. Tapi, saya memilih untuk memanjangkan aksara-aksara itu pada Yang Maha Esa. Kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hati saya.

Moga diperkenankan doa-doa kebahagiaan saya untuk kamu. Buat kamu. Hanya kamu. Yang sentiasa di sisi di saat kabut, kalut, serabut. Walaupun di awal dan akhir bicara, saya tetap diam seribu bahasa.

Moga bahagia milik kamu suatu hari nanti. Biar sementara kerana Dia janjikan selamanya di 'sana'. Dan kamu, bahagia saya di dunia sementara. Saya sayang kamu Lillahi Ta'ala.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NORAZAMAH NOOR.

Kali ini, masih sama. Tidak dapat sambut bersama. Tiada ros putih. Tiada Resipi Rahsia. Yang kekal sama selamanya hingga akhir nyawa--kasihku sebagai sahabat dan sayangku sebagai kakak.

Wednesday, April 15, 2015

Sabar Itu Indah

aku ini gadis yang terlalu keras
terlalu ganas
takkan ku luahkan.

Apa kau lupa, saat kau di hukum ngeri akibat kegagalan dulu?
Apa kau lupa, kau gadis yang disampahkan sang lelaki?

Sedarlah. Dunia kau bukan pada dia. Bangkitlah. Kau berhak dapat yang lebih baik dari dia. Sabarlah hati. Sabar itu indah, bukan?

Kau hanya bagiku--suatu yang pernah.

Jika rasa sakit itu boleh dikuburkan, aku ingin ia dikuburkan tanpa nisan. Biar tiada nama, tiada bertanda. Kerana aku khuatir aku akan cari-gali semula. (Gadis Kaca Mata - April 15, 2015)

Monday, March 23, 2015

Sayang Dan Nyawa

--sayang umpama nyawa
--sayang hingga sanggup pertaruh nyawa

Berbeza.

Dan harap kamu tahu bilamana saya sayang, tahap sayang saya itu yang mana.

Bila sanggup berkorban, percayalah kamu sudah menjadi sebahagiaan dari keluarga dan hidup saya. Dan siapa buat kamu sakit, saya akan turut sakit 10 kali ganda. Saya naikkan 'level' sahabat itu kepada keluarga. Bukan calang orang mampu saya sayang sebegitu.

Friday, March 13, 2015

Sesak

Sesak mata bila melihat
Sesak otak bila berfikir
Sesak dada bagai dilanda ombak kuat
Sesak sangat.

Apa benar ini yang ikhlas?
Apa ikhlas lahir dari hati?
Apa hati benar sayang?
Apa sayang itu berkekalan?

Ya Allah
Kenapa hati sakit begini?

Imah, nak bahu. Please... :'(

Sunday, March 1, 2015

Jawapan

jiwa melepuh-rapuh
hampir jatuh
aduh.

entah apa dirasa jiwa
entah apa dihadam nyawa
semuanya bebal saja
semuanya salah saja
ah celakanya.

baring terlentang
tangan depang
kaki silang
perhati bintang
kerlipan mana paling terang
mungkin itu yang paling disayang.

dan masih belum ketemu jawapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...