Sunday, June 16, 2013

Dear My Caring Abah...

I'm your most stubborn daughter. Sometimes, I'm out of control. No matter how bad, how worst your daughter is, you still there for me. You may not know what I felt, but you still here for me. I love you, Abah.

Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja--
Sahabat lebih berharga

Kita pernah bergaduh sebab salah faham. And I don't have the chance to explain to you the reason. Bukan takut kerana salah tapi takut menjadi anak derhaka. Mak dan Abah tak pernah ajar anak-anak untuk melawan cakap dan menjawab bila dimarah. I just keep it inside my heart and let you think that I'm guilty. I'm okay with that. I don't want to quarrel with you. Because I love you. I am sorry, Abah.

Apa mampu kau sudikan ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

As I grow up and became an adult, you were always there for me. Even if I make mistakes. You still there and try to fix it with me. Rindu masa kecik. Berebut dengan abang sebab nak mengaji dengan Abah. Bila abang dapat mengaji dulu, baby merajuk duduk belakang katil. Menangis sorang dan Abah datang pujuk ajak mengaji sama-sama. I missed that moment Abah. I wish I never grow up.

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu

Semakin baby dewasa, Abah semakin tua. Terserlah kepenatan Abah. Timbul segala sakit sendi Abah. Tubuh kuat itulah yang mengangkat anak-anak Abah yang tidur dekat sofa masuk ke bilik. Tubuh gagah itulah yang membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki untuk keluarga. Tubuh tua itulah yang ingin sekali baby dakap bersama air mata.

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti
(Fynn Jamal - Biar)


Abah, you're my dad, my best friend, my hero and my Imam. Ampunkan segala dosa baby. Tidak pernah lekang doa untuk Abah dan juga Mak. Semoga Allah ampunkan segala dosa Abah dan Mak. I love you, Abah. :')

  IMG_1492crop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...