Thursday, February 16, 2012

Mati Itu Pasti

Sumber gambar - http://puteraduyong.com/blog/2011/03/lu-nak-mati-ke.html

Hidup hanya sekali. Mati hanya sekali. Tidak akan ada yang kedua kali. Hanya sekali. Hargailah sekali itu sebaik-baiknya. Bila sekali itu pergi, tiada ganti lagi.

"Tiada janji yang pasti melainkan mati."

Tiada manusia yang tidak di duga. Allah Maha Mengetahui. Memetik kata-kata sahabat blog sewaktu berbalas komen iaitu Cik Leen - Allah menduga kita mengikut kemampuan kita... Tidak akan lebih mahu pun kurang. Ya, Allah memberi dugaan kerana Dia sayangkan kita. Supaya kita sentiasa taat perintahNya. Kadang-kadang, dugaan yang Allah beri itu mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Bergantunglah kepada diri kita untuk menangani dugaan itu.

"Tabahkan hatimu, kuatkan semangatmu, wahai sahabat. Aku sentiasa ada di waktu kamu memerlukan seseorang. InsyaAllah."

Sedihkan bila kita dapat tahu orang yang kita sayang menghidapai penyakit yang berbahaya. Siapa tak sedih bila orang tua kita menghidapi penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Di usia yang sudah lanjut, tiada apa yang akan dipinta selain membiarkan mereka meninggalkan dunia disamping anak-anak. Hendak berubat sekali pun, andai sudah ajal, mereka akan pergi juga.

Kepada sahabatku, bersabarlah. Andai orang tuamu dijemput Malaikat Maut, itu tandanya Allah amat menyayangi orang tuamu. Selagi hayatnya masih ada, ikhtiarlah untuk mencari penawar bagi penyakitnya. InsyaAllah, aku akan membantumu. Setakat ini aku masih mampu untuk membuat dirimu tersenyum. Cukuplah untuk menyejukkan hatiku ini. Aku tak sanggup melihat air mata orang-orang kesayanganku gugur di hadapanku. Aku sedih, aku pilu. Sudahnya, aku menangis seorang diri dalam bilik sambil menyumbat tisu dalam hidung. Jangan ingat aku tak ambil berat, cuma aku seorang yang sukar untuk meluahkan kata-kata secara lisan. Be strong, girl. I love you. ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...