Sakit tu tetap ada walaupun hanya secubit garam. Mungkin aku sudah lama melepaskan dia pergi. Semenjak aku tahu dia sudah sah menjadi suami orang. Bukan kerana hati aku sudah ada yang lain. Tapi, aku belajar untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik aku lagi. Kalau mampu menahan apa jua sakit selain mati, kenapa tidak sakit di hati?
Kamu ada jawapannya. Cuma kamu yang tidak berani berdepan dengan kenyataan.
Duri yang kita selalu elak kadang-kadang harus di sentuh, di pijak untuk tahu rasa sakit itu sendiri. (Gadis Kaca Mata - September 7, 2013)
No comments:
Post a Comment