Monday, June 29, 2015

Day 180 - Nurul

Tentang kamu, banyak tersurat dan tersirat. Mengenali kamu, itu sudah cukup hebat.

Saya plan seminggu awal untuk naik Cameron Highlands semata nak carikan bunga lavender dan kek Resipi Rahsia. Dalam keadaan terketar menahan sakit, saya gagahi jua ride ke atas sana. Malangnya, terlalu lewat untuk ke atas. Segala niat terkubur sepi. Maaf. Tiada kejutan buat kamu di tahun ini.

Kamu antara hadiah terindah buat saya. Buah hati pengarang jantung. Semoga diperluaskan pencarian rezeki buatmu. Semoga doa-doamu diangkat ke langit, dimakbulkan Tuhan sekalian alam. Dan semoga saya menjadi punca senyuman manismu terukir di bibir.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NURUL JANNAH MOHAMED.

Biar yang lain berpusu menuju mengucap dahulu. Saya selesa menjadi yang terakhir buat kamu.

Dalam doaku sentiasa inginkan kamu bahagia. Allah selamatkan kamu.

Monday, June 15, 2015

Day 166 - Imah

Sebelum waktu itu sampai tepat, berulang-kali aku berdoa mengucap selamat--Allah selamatkan kamu.

Banyak yang perlu di'terima kasih'kan kepada kamu. Tapi, saya memilih untuk memanjangkan aksara-aksara itu pada Yang Maha Esa. Kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hati saya.

Moga diperkenankan doa-doa kebahagiaan saya untuk kamu. Buat kamu. Hanya kamu. Yang sentiasa di sisi di saat kabut, kalut, serabut. Walaupun di awal dan akhir bicara, saya tetap diam seribu bahasa.

Moga bahagia milik kamu suatu hari nanti. Biar sementara kerana Dia janjikan selamanya di 'sana'. Dan kamu, bahagia saya di dunia sementara. Saya sayang kamu Lillahi Ta'ala.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, NORAZAMAH NOOR.

Kali ini, masih sama. Tidak dapat sambut bersama. Tiada ros putih. Tiada Resipi Rahsia. Yang kekal sama selamanya hingga akhir nyawa--kasihku sebagai sahabat dan sayangku sebagai kakak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...