Wednesday, November 30, 2011

Dunia Sekarang

Bosan pula layan FB lama-lama.Bukan apa,banyak sangat yang berkongsi link tentang gosip-gosip artis dan gambar-gambar yang tak senonoh.Oh,dunia sekarang.Sakit mata melihatnya.Bukan nak kata aku ni baik.Aku lebih suka melihat kebaikan dari keburukan.Aku lebih suka menilai perkara baik dari melihat perkara yang tidak baik.Aku ingin berubah ke arah kebaikan.Bukankah itu juga dinamakan hijrah.

Manusia tak pernah lari dari membuat kesalahan.Begitu juga aku.Perubahan yang sedang aku lalui bukanlah secara drastik.Masa yang akan menentukannya.Semuanya terpulang kepada usaha kita untuk berubah ke arah kebaikan.Banyak laman sesawang yang bercerita tentang gosip artis-artis di Malaysia.Gosip si polan ni berbikini,bercium dengan sekian-sekian,kisah artis curang didedahkan melalui apa tu BBM?Aku guna handphone cikai je.Tak tahu apa tu BBM.Habis semua diceritakan.Kalau boleh sampai ke lubang cacing mereka nak cerita perihal seseorang artis itu.Apa nak jadi.

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

Bukankah elok jika kita menutup keaiban sesama Muslim.Membuka aib orang lain umpama kita membuka aib kita sendiri.Cukup-cukuplah tu.Kalau membuka aib tu dapat pahala,setiap sejam aku update pasal artis dekat blog aku ni.Kenapa kita perlu berkongsi dosa bukan pahala?

"Allah akan membalas segala kebaikan yang kita lakukan.Dan Allah juga akan membalas segala kejahatan yang kita lakukan.Allah Maha Adil."

Asyik meluah perasaan,aku ingin menyatakan bahawa Kak Diana Amir nampak comel dan ayu bila berhijab.Alhamdulillah.Seseorang itu akan berubah.Cuma terpulang kepadanya sama ada perubahan yang dilakukan lebih ke arah kebaikan atau sebaliknya.Moral di sini ialah,janganlah pernah kita membuka aib sesama kita.Walaupun hal itu benar sekalipun,diamkan sajalah.Itu urusan dia dengan Allah.Kalau kita boleh bimbing dia ke arah jalan yang benar,kita akan dapat 'bonus point' dari Allah.Mudah,kan.Anda buat,anda dapat. ^_^


"Ralit tentang dunia artis,terlupa pula kita telah masuk tahun baru dalam Islam.Salam Maal Hijrah kepada semua.Semoga tahun baru ini memberi kita semangat baru untuk terus berjuang dan berjaya dalam hidup dan mendapat keredhaan dari Allah.InsyaAllah."

Kali ni lari tajuk sikit.TAHNIAH kepada Harimau Muda kita.Mereka telah berjaya mendapat pingat emas dalam sukan bola sepak di Sukan Sea baru-baru ni.Ya,aku bangga menjadi rakyat Malaysia.Walaupun kalah dalam perlawanan kelayakan Olimpik,mereka tetap pasukan kebanggaan aku.Tahniah sekali lagi. Dalam sibuk-sibuk Malaysia menentang Indonesia,banyak status keluar dan keseluruhannya memburukkan nama Indonesia.Bila aku tegur,dijawabnya 'kau tak tahu ke yang Indon dok kutuk-kutuk nama Malaysia.' Oh,damn.haha.Biarlah dia kutuk.Tu dosa dia.Bagi aku,mengikut pemikiran aku sendiri la,mengutuk negara lain umpama mengutuk negara sendiri.Lagi dibalas,lagi bertambah dosa kita.Mereka tidak profesional.Mudah melenting.Menang atau kalah,itu adat permainan.

"Kau sanjung skuad bola sepak negara bila mereka menang.Tapi bila mereka kalah,kau kutuk kaw-kaw punya.Kalau tak mampu menyokong ketika kalah,jangan bersorak ketika menang,ok!"


Maaf,entri ni agak panjang.Emo pulak hari ni.Maaf kepada yang terasa.Kadang menegur itu lebih baik dari melihat tanpa kata.Umpama membenarkan apa yang salah.Sama-samalah kita mencari keredhaan Allah.Semoga kita semua berada di bawah lindunganNYA.Amin.

Wednesday, November 23, 2011

A W A N

23 November 2011.Perjalanan pulang dari Ipoh ke Taiping.Aku naik bas.Petang tu awan banyak sangat.Berapa peratus je nampak langit biru.Ada awan gelap,putih dan paling cantik suasana waktu nak masuk senja.Cantik sangat awan tu.Sempat jugalah aku snap beberapa gambar.Bila balik aku sedih sebab gambar tak berapa cantik.Tingkap bas tu tinted pula.Terpaksalah touch up guna Photoshop.

IMG_1277edit

Sedih.Sambil memandang awan di langit biru,aku terkenangkan mereka.Pilu hati aku bila dapat tahu orang kesayangan aku sakit.Tiba-tiba air mata aku gugur tanpa dipinta.Sayu sangat masa salam,cium pipi dia tadi.I know you are strong.Tabahkan hati dalam menempuh dugaan yang telah DIA berikan.Kita ikhtiar.InsyaAllah jika diizinkan Allah,kamu akan cepat sembuh.Jangan sedih-sedih.Saya tak suka tengok kamu sedih.

"Don't cry in front of me.It hurts me."

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Setiap manusia pasti ada masalah.Aku sendiri ada masalah.Dan aku juga pendengar setia masalah orang-orang kesayanganku.Mungkin aku tak mampu nak bantu mereka.Aku hanya mampu buat mereka tersenyum saja.Senyuman merekalah pengubat rindu aku.Aku tak mampu nak hidup berjauhan dengan mereka.Merekalah buah hati pengarang jantung aku.

"Your cry is my pain.Your smile is my cure."

Perjalanan ini masih panjang.Mati.Itu janji Allah yang pasti.Aku juga takut akan kematian.Sakitnya bukan seperti sakit yang kita biasa alami.Sakitnya tidak terkata.Setiap kali mata ini terbuka,aku bersyukur.Kerana aku masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia.Hargailah peluang yang ada.Peluang hanya datang sekali.Dan tak mungkin peluang yang sama akan datang dua kali.Bersyukurlah.Jangan pernah kufur nikmat yang telah diberikan.Jika kita merasa susah,fikirlah bahawa ada orang yang lebih susah dari kita.Sentiasalah ingat DIA.InsyaAllah,DIA akan bantu kita di kala kita dalam kesusahan.Jangan pernah putus asa.

Hari terakhir itu aku dapat lihat senyuman mereka.Mira,senyuman kamu selepas berjaya siapkan MP begitu bermakna.Jelas terpancar kegembiraan kamu.Alhamdulillah.Semoga kamu berjaya presentation MP nanti.Puteri,senyuman kamu betul-betul buat hati saya sejuk.Saya rindu senyuman kamu.Saya tahu kamu tabah.Kamu mampu teruskan kehidupan tanpa saya di sisi.Saya bahagia dapat lihat senyuman kamu.Yus,senyuman terakhir kamu sebelum saya berangkat pulang ialah senyuman yang akan saya rindui sepanjang kita berjauhan.Suka duka kita lalui bersama.Kita sakit sama-sama,kita susah sama-sama,kita senang sama-sama,kita tidur sama-sama.Saya tahu kamu kuat.Jangan putus asa.Saya nak kamu cepat sembuh dan sihat macam biasa.Doa saya bersama kamu.Yazid,kamulah satu-satunya kawan lelaki yang saya rapat.Kamu banyak membantu waktu saya memerlukan pertolongan.Terima kasih banyak-banyak.Banyakkan berdoa agar orang kesayangan kamu cepat sembuh.InsyaAllah,dengan iringan doa kita semua,dia akan sembuh.

"Di sebalik senyumannya,aku dapat lihat dia sedang menahan sakit.Tapi aku tetap mahu lihat senyumannya.Aku tak sanggup nak tatap wajahnya yang sugul."

IMG_1290edit

Awan,sinarilah hidup mereka.Janganlah selalu mendung.Jika awan mendung,mereka juga akan mendung.Saya mahu lihat wajah mereka yang ceria dan penuh dengan gelak tawa.Bila saya lihat awan yang putih,saya tahu mereka sedang gembira.Dan kalau boleh saya nak awan tu sentiasa putih.Tak nak mendung walau sikit pun.

Senyuman mereka yang akan aku rindui sepanjang kami berjauhan.Aku doakan yang terbaik untuk mereka.Aku risaukan mereka.Aku dah anggap mereka macam ahli keluarga aku sendiri.Semoga kita semua berada di bawah lindunganNYA.Amin...

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday

IMG_0527

Tuesday, November 8, 2011

Dilupakan atau Melupakan?

Sedih bila orang kesayangan kita tiada di sisi sewaktu kita memerlukan mereka.Sedih bila orang kesayangan kita semakin menjauhkan diri dari kita.

Itu semua lumrah kehidupan.Aku pernah rasa semua tu.Aku sedih tapi aku diamkan saja.Aku bukan segala-galanya bagi dia.Dulu mungkin ya,tapi sekarang tidak lagi.Mungkin aku sudah dilupakan.Mungkin...

"Saya tahu janji-janji kamu bakal dimungkiri.Tapi saya tetap percayakan janji-janji itu."

Aku hanya mampu termenung depan laptop sambil mendengar lagu yang sama berulang kali.Kesedihan di hati ini hanya Allah yang tahu.Aku hanya memandang dia dari jauh.Sampai sekarang aku masih menunggu berita dari dia.Aku masih menanti mesej dari dia.Dia tidak memberitahu bila dia sampai.Aku malas nak tanya sebab aku tahu mesej hanya delivered kepada dia tapi tak delivered kepada aku.Sedih?Tak perlu aku ceritakan sedih aku kepada sesiapa pun kerana aku tahu tiada siapa yang akan mendengar.

"Kerana terlalu mahukan orang-orang kesayangan aku bahagia,aku lupa bahawa aku sedang berduka lara.Aku sebatang kara.Tak ada siapa nak dengar luahan hati aku,masalah aku."

Mereka datang dan pergi.Tapi yang kembali hanya segelintir saja.Yang pergi terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.Sehingga tidak mahu melihat wajah ini lagi.Aku pasrah,aku redha.Itu semua sudah ditakdirkan.Mereka pergi tetapi Allah gantikan dengan orang lain yang lebih baik dari mereka.Esok genap 9 bulan perkenalanku dengan Bintang.Dulu tak sanggup berjauhan dengannya.Tapi kini,aku sudah biasa.Bukan aku yang jauh tapi dia yang semakin menjauhkan diri.Itu apa yang aku rasa.Tak tahulah apa yang dia rasa.Semoga silaturrahim ini kekal hingga akhir hayat.InsyaAllah.

"Jangan menabur janji kerana di akhir nanti kamu akan memungkirinya.Jangan berjanji bahawa kamu takkan pergi kerana di penghujung nanti kamu tetap akan tinggalkan diriku.Jangan berkata bahawa sayalah segalanya bagi kamu kerana kelak saya bukan siapa-siapa lagi bagi kamu."

Ya,aku seorang yang emosional.

08-11-2011 02-02-28
Tak ramai yang view info.Mereka lebih gemar view wall dan photo.Itu apa yang aku rasa. ^_^

-->Aku rela dilupakan.Tapi aku tak sanggup untuk melupakan.(Gadis Kaca Mata - November 8,2011)

Thursday, November 3, 2011

Hari Ke-17

Hari ke-17 - Luka pembedahan ok tapi kulit mengelupas di tempat luka dan kawasan sekitar luka.Adakah itu normal atau tidak normal?Aku tak tahu.Harap-harap tiada apa yang serius.Takut juga.Pemakanan memang dijaga.Keinginan memang tinggi tapi aku tahan demi kesihatan aku sendiri.Tak nak menyusahkan orang lain lagi.Nanti jadi apa-apa,aku juga susah.Mereka juga susah kerana terpaksa menjaga aku.Cukuplah 2 minggu Mak jaga aku di rumah.

"Mengalir air mata ni bila terbayang wajah Mak.Wajah Mak sedih sangat lepas aku sedar dari pembedahan.Aku tahu Mak tahan air mata bila lihat aku mengerang kesakitan masa nak pindah ke katil wad.Mak..."

PC210403
Wajah tua ini yang mendamaikan hati

Aku hampir putus asa sebenarnya.Sewaktu di wad,aku fikir mahu menangguhkan pengajianku.Banyak kerja tertangguh dan masa dah suntuk untuk siapkan semua kerja.Tapi bila fikir semula,aku teruskan juga pengajian.Aku dah berada di tahun akhir.Aku tak mahu tangguh dan tak mahu harapan Mak dan Abah untuk lihat aku berjaya hancur.Aku nak buat yang terbaik untuk Mak dan Abah.Aku tak nak lagi tengok wajah Mak yang sedih saat aku sakit.Tahun lepas Mak menangis juga bila dapat tahu aku masuk wad sebab suspek appendik.Tahun ni Mak menangis lagi bila dapat tahu aku kena appendik.Mak,air mata Mak sungguh berharga.Jangan menangis sebab Baby lagi.Baby janji tak nak buat Mak sedih dan menangis lagi.Baby nak Mak senyum selalu.

"Aku ingin lihat air mata kegembiraan Mak,bukan air mata kesedihan Mak."

Bersyukurlah kerana masih ada yang mengambil berat tentang diri kita.Bersyukurlah kerana masih ada yang menyayangi diri kita.Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia.Bersyukurlah...

Alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk teruskan hidup walaupun aku telah menyusahkan orang-orang kesayanganku.Aku sedih tapi disebalik kesedihan aku,terselit kekuatan untuk terus hidup.InsyaAllah,aku akan ganti air mata kesedihan dan kerisauan mereka dengan air mata kegembiraan.Merekalah penyuntik semangat aku dan pendorong aku untuk mencapai kejayaan.Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik kalian semua terhadap saya.Saya sayang kalian semua.

P9250712
Mereka sentiasa ada di waktu senang mahupun susah

-->Hargailah peluang yang ada kerana peluang itu hanya datang sekali.Hargailah mereka yang mengambil berat tentang kita kerana bila mereka melangkah pergi,mungkin tidak akan kembali lagi.Bersyukurlah.(Gadis Kaca Mata - Oktober 3,2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...