Thursday, November 3, 2011

Hari Ke-17

Hari ke-17 - Luka pembedahan ok tapi kulit mengelupas di tempat luka dan kawasan sekitar luka.Adakah itu normal atau tidak normal?Aku tak tahu.Harap-harap tiada apa yang serius.Takut juga.Pemakanan memang dijaga.Keinginan memang tinggi tapi aku tahan demi kesihatan aku sendiri.Tak nak menyusahkan orang lain lagi.Nanti jadi apa-apa,aku juga susah.Mereka juga susah kerana terpaksa menjaga aku.Cukuplah 2 minggu Mak jaga aku di rumah.

"Mengalir air mata ni bila terbayang wajah Mak.Wajah Mak sedih sangat lepas aku sedar dari pembedahan.Aku tahu Mak tahan air mata bila lihat aku mengerang kesakitan masa nak pindah ke katil wad.Mak..."

PC210403
Wajah tua ini yang mendamaikan hati

Aku hampir putus asa sebenarnya.Sewaktu di wad,aku fikir mahu menangguhkan pengajianku.Banyak kerja tertangguh dan masa dah suntuk untuk siapkan semua kerja.Tapi bila fikir semula,aku teruskan juga pengajian.Aku dah berada di tahun akhir.Aku tak mahu tangguh dan tak mahu harapan Mak dan Abah untuk lihat aku berjaya hancur.Aku nak buat yang terbaik untuk Mak dan Abah.Aku tak nak lagi tengok wajah Mak yang sedih saat aku sakit.Tahun lepas Mak menangis juga bila dapat tahu aku masuk wad sebab suspek appendik.Tahun ni Mak menangis lagi bila dapat tahu aku kena appendik.Mak,air mata Mak sungguh berharga.Jangan menangis sebab Baby lagi.Baby janji tak nak buat Mak sedih dan menangis lagi.Baby nak Mak senyum selalu.

"Aku ingin lihat air mata kegembiraan Mak,bukan air mata kesedihan Mak."

Bersyukurlah kerana masih ada yang mengambil berat tentang diri kita.Bersyukurlah kerana masih ada yang menyayangi diri kita.Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia.Bersyukurlah...

Alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk teruskan hidup walaupun aku telah menyusahkan orang-orang kesayanganku.Aku sedih tapi disebalik kesedihan aku,terselit kekuatan untuk terus hidup.InsyaAllah,aku akan ganti air mata kesedihan dan kerisauan mereka dengan air mata kegembiraan.Merekalah penyuntik semangat aku dan pendorong aku untuk mencapai kejayaan.Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik kalian semua terhadap saya.Saya sayang kalian semua.

P9250712
Mereka sentiasa ada di waktu senang mahupun susah

-->Hargailah peluang yang ada kerana peluang itu hanya datang sekali.Hargailah mereka yang mengambil berat tentang kita kerana bila mereka melangkah pergi,mungkin tidak akan kembali lagi.Bersyukurlah.(Gadis Kaca Mata - Oktober 3,2011)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...