Tuesday, March 27, 2012

Tiba Lagi Untuk Kali Kedua

06-06-2011 23-09-28

27 Mac 2012 - Jika kisah dua hati itu masih bercantum, maka genaplah usia 4 tahun perhubungan itu. Ini kali kedua tarikh itu muncul. Bezanya kali ni ialah tiada lagi linangan air mata menemani diri. Hanyalah duduk sambil terkenang memori lama. Menyingkap kembali album kenangan sewaktu bersama. Indahnya waktu itu. Tersenyum. :)

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
(Hatiku Milikmu - Nera)


"Kita boleh mencipta kenangan tetapi kita tidak boleh kembali ke waktu kenangan itu tercipta."

Setahun sudah berlalu. Kini diri semakin tabah. Setelah bermacam dugaan yang datang, Alhamdulillah diri semakin kuat untuk cabaran hidup di masa akan datang. Bukan senang nak melupakan. Tetapi hidup harus diteruskan. Di sebalik gelak tawa, hati berduka. Di sebalik senyuman manis, hati menangis. Hanya Allah yang tahu segalanya.

"Di setiap kehilangan, Allah sudah sediakan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui."

Setiap lagu dan gambar itu akan mengingatkan kenangan yang pernah dicipta bersama. Mungkin diri ini sudah dilupakan. Namun, diri kamu tetap segar dalam ingatan.

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
(Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin)

06-06-2011 23-25-13

Friday, March 23, 2012

Hari Jadi Mak dan Aku Kemalangan

Selamat Hari Jadi Puan Halipah Binti Bahrawi. Kakak cakap birthday girl demam. Alahai...kesian Mak. Aku semangat nak balik kampung hujung minggu ni. Ceritanya aku nak merasa kek ais krim kakak beli. haha..

13324461965461309473690

Aku kemalangan petang pada hari jadi Mak. Nak elak dari langgar kereta depan aku yang tiba-tiba brek mengejut, aku pun brek mengejut jugak. Disebabkan jalan licin, baru lepas hujan, impak jatuh motor sangat kuat. Kuat la sampai helmet aku tercabut, tudung tercabut, pipi cium jalan tar yang basah, spek mata senget dan paling best motor atas aku. Terbaik!!

Dah la jatuh, ramai pulak yang datang tolong. TOLONG TENGOK. Hebat orang Malaysia ni. Dulu jatuh motor sebab nak elak langgar kereta pun tak ada yang tolong. Apa pun tak boleh.

"Terima kasih Mak, Abah sebab datang dari jauh semata-mata nak ambil saya balik kampung. Terima kasih juga kepada Yus, Yazid, Lee dan kawan-kawan dia sebab datang tolong kami. Hanya Allah mampu balas jasa kalian semua."

Dengar Mak sembang dengan kawan dia. Dia risau pasal aku sebab masa dia call, aku baru lepas kemalangan dan dalam perjalanan ke hospital. Tapi aku suruh dia call balik sebab masa tu aku dekat stesen minyak. Dia kata kali kedua dia call dia rasa tak sedap hati dari lepas solat Maghrib. Ya Allah, betapa kuatnya naluri seorang ibu. On the spot Mak suruh abang panggil Abah balik dari surau.

Dekat wad kecemasan tunggu punya la lama. Sampai kering luka aku. Menggigil badan sebab sejuk sangat. Sekali abang tu sapu luka, rasa nak tendang, sepak, pijak je abang tu. Nasiblah aku jenis boleh tahan sakit. Zue luka sikit tapi bahu dia sakit. Ceritanya aku serba salah dan risau sebab dia membonceng. Kalau aku seorang je sakit tak apa. Aku luka sikit je cuma sakit, pedih tu aku je yang tahu. Lenguh badan dan seronoknya dalam perut bekas operation apendik tu sakit.

Photo0222

"Ini dugaan dari Allah. Mula-mula apendik, banjir dan kemalangan. Aku terima semua ni sebab aku tahu dugaan takkan berhenti mendatang dalam hidup kita."

Setelah aku lalui semua ini, aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk melihat dunia dan beribadah kepadaNya. Terima kasih kepada semua yang menolong. Budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih. :)

Saturday, March 17, 2012

Aku, Mereka Dan Buah Mata Kucing


Rindu waktu itu. Dan aku rindu kemanisan buah mata kucing tu. Rindu saat melepak di tepi Padang Ipoh sambil menikmati keindahan dan kesejukan di waktu malam. Waktu itu juga aku mengetahui cerita yang terjadi kepada mereka. Aku bersimpati, namun aku masih asyik mengunyah buah mata kucing itu. Bukan aku tidak hiraukan mereka. Tetapi kemanisan buah mata kucing tu buat aku rasa nak makan je. Maklumlah, kegemaran dari kecil.

Jauh di sudut hati aku, aku sedih. Aku tak sangka semua tu terjadi kepada mereka. Tiada manusia yang tiada kisah silam. Aku juga ada tapi aku pendamkan saja. Hanya mereka saja yang tahu.

Saya yang bersalah dan menyebabkan hati kamu terluka. Saya sayangkan kamu dan kata-kata yang keluar dari mulut saya ikhlas dan tiada niat untuk mengguris hati dan perasaan kamu. Sehingga sekarang saya masih rasa bersalah atas kejadian malam itu. Saya minta maaf. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, kita akan bersama seperti waktu dulu. Bersantai di waktu malam, menenangkan fikiran sambil makan buah mata kucing dan baling biji mata kucing ke tengah jalan. :D

Tiada kanak-kanak yang tidak pernah mengalami luka di lutut. Begitu juga hati. Tiada hati yang tidak pernah terluka. (Gadis Kaca Mata - Mac 17, 2012)

Saturday, March 10, 2012

Maafkan Saya, Mak...Abah...

P8300602

Maaf, saya tak tahu. Bukan salah saya. Dia kata rosak teruk. Saya bukan tahu apa-apa.

Maaf, saya selalu buat Mak dengan Abah susah, risau. Saya salah. Saya cuai.

Maaf, saya tak dapat nak betulkan kesilapan. Benda dah jadi. Saya tak minta semua ni jadi.

Maaf, saya gagal jadi anak yang baik untuk Mak dan Abah.

Maaf, sebab nak dapatkan duit, Mak dan Abah sanggup pajak gadaikan barang-barang kemas yang ada.

Maaf, maaf, maaf. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...