Friday, March 23, 2012

Hari Jadi Mak dan Aku Kemalangan

Selamat Hari Jadi Puan Halipah Binti Bahrawi. Kakak cakap birthday girl demam. Alahai...kesian Mak. Aku semangat nak balik kampung hujung minggu ni. Ceritanya aku nak merasa kek ais krim kakak beli. haha..

13324461965461309473690

Aku kemalangan petang pada hari jadi Mak. Nak elak dari langgar kereta depan aku yang tiba-tiba brek mengejut, aku pun brek mengejut jugak. Disebabkan jalan licin, baru lepas hujan, impak jatuh motor sangat kuat. Kuat la sampai helmet aku tercabut, tudung tercabut, pipi cium jalan tar yang basah, spek mata senget dan paling best motor atas aku. Terbaik!!

Dah la jatuh, ramai pulak yang datang tolong. TOLONG TENGOK. Hebat orang Malaysia ni. Dulu jatuh motor sebab nak elak langgar kereta pun tak ada yang tolong. Apa pun tak boleh.

"Terima kasih Mak, Abah sebab datang dari jauh semata-mata nak ambil saya balik kampung. Terima kasih juga kepada Yus, Yazid, Lee dan kawan-kawan dia sebab datang tolong kami. Hanya Allah mampu balas jasa kalian semua."

Dengar Mak sembang dengan kawan dia. Dia risau pasal aku sebab masa dia call, aku baru lepas kemalangan dan dalam perjalanan ke hospital. Tapi aku suruh dia call balik sebab masa tu aku dekat stesen minyak. Dia kata kali kedua dia call dia rasa tak sedap hati dari lepas solat Maghrib. Ya Allah, betapa kuatnya naluri seorang ibu. On the spot Mak suruh abang panggil Abah balik dari surau.

Dekat wad kecemasan tunggu punya la lama. Sampai kering luka aku. Menggigil badan sebab sejuk sangat. Sekali abang tu sapu luka, rasa nak tendang, sepak, pijak je abang tu. Nasiblah aku jenis boleh tahan sakit. Zue luka sikit tapi bahu dia sakit. Ceritanya aku serba salah dan risau sebab dia membonceng. Kalau aku seorang je sakit tak apa. Aku luka sikit je cuma sakit, pedih tu aku je yang tahu. Lenguh badan dan seronoknya dalam perut bekas operation apendik tu sakit.

Photo0222

"Ini dugaan dari Allah. Mula-mula apendik, banjir dan kemalangan. Aku terima semua ni sebab aku tahu dugaan takkan berhenti mendatang dalam hidup kita."

Setelah aku lalui semua ini, aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk melihat dunia dan beribadah kepadaNya. Terima kasih kepada semua yang menolong. Budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...