Wednesday, February 27, 2013

Neraca Cinta


Sudah tiba masanya aku move on. Ya. Akulah gadis yang tidak pernah move on selama 2 tahun kerana masih mencari, menunggu dan mencintai dia. Akulah gadis bodoh itu. Gadis yang sering memberi kata-kata semangat kepada mereka untuk move on tetapi aku sendiri tidak pernah seinci pun berganjak dari kenangan aku. Tidak pernah !

Neraca cinta yang aku cipta sendiri. Ianya tidak seimbang. Kurangnya 1 hati. Sedaya upaya aku campak semua kenangan agar ia seimbang. Namun, semuanya sia-sia. Ia tidak bergerak walau sedikit. Hidup di dalam kenangan antara aku dan dia. Mengharap pada yang tak pasti dan tak sudi. Dari awal aku pernah berjanji, selagi dia belum sah bergelar suami orang, aku akan tetap berdiri pada paksiku. Kini, dia sudah pun bergelar suami. Walaupun aku telah berjanji dialah lelaki terakhir dalam hidupku. Namun, janji tinggal janji kerana aku tidak mampu lagi untuk kotakannya. Sudah tertulis di Lauh Mahfuz tiada jodoh antara kami. Aku redha.

Kini aku boleh bergerak pada paksi-paksi lain. Melihat sekeliling dan mencari kunci hati yang telah lama aku buang. Andai ada sang Adam menjumpai kunci itu, maka dialah penghuni hati ini. Tiada lagi neraca cinta. Sedaya upaya aku cuba angkat dan buang ke dasar laut. Tertusuk di dasar bumi. Kerana ia sudah tiada fungsi lagi.

Like lullabies you are
Forever in my mind
I see you in all
The pieces in my life
Though you weren't mine
(Yuna - Lullabies)

You don't know how I feel. Hold my hand and walk with me. I'll show you the real me, my pain, my memories and my dreams. Then, you can judge me. Guide me, Ya Rabb. It's too painful. In sha Allah, I'll be okay. Thanks to my bestfriends. You are my strength.

There is a place I need to find 
And need to be there in time 
Don't try to over and out lies 
I'm just a girl who fighting her time
I'm so much stronger 
They will need to listen to what I have to say 
There's a bigger sea for a girl like me 
When I come back and trying to show some love
(Yuna - Mermaid)

Selamat Pengantin Baru, MAAR. Semoga kamu bahagia dunia dan akhirat. Saya bahagia dapat mengenali kamu selama 3 tahun. Saya tahu, kamu akan bahagia bersama pasangan hidup yang kamu nikahi. Hanya doa dari jauh dapat saya pohonkan kerana saya dapat tahu berita perkahwinan kamu dari kawan saya sendiri. Tahniah, sayang... :')

Monday, February 18, 2013

Trip To Maxwell Hill

17 February 2013, Alhamdulillah, we made it. We planned it about a week. We went up to Maxwell Hill by jeep. Thanks to that uncle for the scary trip ever. It's like you're riding roller coaster. Nothing much to say. Just a few pictures captured by me and my crime partner, Farrah.

IMG_9002 

IMG_9019 

  
IMG_9028
These 4 pictures were captured by Farrah. Nice, right.

IMG_9018
The most beautiful picture I ever captured.

IMG_9030 

IMG_9081 

IMG_8996
My crime partners. Love you, girls.

IMG_9091 
 Thanks for the trip. Thanks for the laughter. Thanks for being crazy. Thanks for everything.

 

Monday, February 11, 2013

Walk Away Or Stay?

IMG_0163

It's not about love. It's about life. It's about me, you and all of us. We share the same air. But, we never know each other stories.

Tiada manusia yang tak pernah gagal. Gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta, gagal dalam mengejar cita-cita hidup dan banyak lagi. Dari kegagalan kita belajar untuk mencapai kejayaan. Dari kecil kita sering jatuh sewaktu mula berjalan. Namun, kita gigih dan bangun semula sehingga dapat berlari. Itulah kehidupan. Ada saatnya kita susah kemudian senang. Ada saatnya kita jatuh kemudian bangkit semula. That's the cycle of life.

Persoalannya sekarang, apakah kita cuba bangkit dan cuba berjalan semula selepas jatuh terduduk? Terpulang kepada kamu untuk memilih. Allah telah tetapkan takdir kita semua. Bukan semua orang yang lulus itu tak pernah gagal. Dan bukan semua orang yang gagal itu tiada peluang untuk lulus. Aku? Ya, aku pernah gagal. Tetapi, sekarang aku sedang berusaha untuk mencapai cita-cita aku. In sha Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Aku hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya. Doakan untuk aku. Permudahkan segalanya, Ya Rabb.

Allah, Allah, Allah. Ingatlah, kita masih ada Dia. Mengadulah, menangislah di hadapan Dia. Usah malu. Apa yang terpendam, luahkan. Jika tidak diluahkan sekali pun, Dia tetap tahu apa yang ada dalam hati kita. Be strong. He already prepared something better for us in future. Please, don't stop trusting Him. He knows everything. Believe in Him. In sha Allah, He will gives you someone better and good future.

Don't just stay. Move on. Walk away from the past. Make a good start. Allah tidak akan memberi dugaan kalau kita tak mampu nak hadapi. Dia beri dugaan mengikut kemampuan kita. Tidak kurang dan tidak lebih. Dia Maha Mengetahui bahawa kita sebenarnya mampu. Berserahlah. Mohon pada Dia agar hati kita tabah dan kuat mengharungi setiap dugaan dan ujian dariNya.

It's hard to move on. But, it gets harder if you never take even a step forward. (Gadis Kaca Mata - February 10, 2013)

Wednesday, February 6, 2013

Rahsia Di Sebalik Senyuman

Tidak perlu aku sorakkan kesedihan ini,
Tiada yang simpati,
Malah ada yang mengeji,
Seperti aku tiada erti lagi.

Hidup dalam dunia gelap,
Tiada cahaya penyuluh diri,
Yang tinggal hanyalah cahaya pada nama,
Noor, cahaya yang kekal sehingga aku mati.
Mengharapkan cahaya dari Dia,
Agar aku bisa lihat jalan dengan jelas,
Jalan yang penuh berliku,
Penuh cabang.

Halusnya, aku bahagia.
Kasarnya, aku kecewa.
Konklusinya, hanya aku dan Dia yang tahu kebenarannya.

Tidak perlu aku hebahkan kebahagiaan,
Jika bahagianya cuma aku yang rasa,
Tiada siapa untuk berkongsi jiwa,
Kerana kamu akan memilih dia.
Sakit memendam perasaan ini.
Tapi, aku redha, aku bersyukur,
Kerana Allah menemukan aku dan kamu,
Menjadi rapat dan bersahabat,
Adat hati jika ada yang mengambil berat,
Pasti tersungkur di lembah kasih sayang.

Mengorak langkah satu per satu,
Melihat mereka bergerak seiring,
Biarlah aku yang terlambat,
Kerana Allah sudah tentukan haluan aku, kamu dan kita semua.

Kepada kamu,
Aku cinta padamu.
Biarlah dari jauh sekalipun,
Aku tetap sayangkan kamu.

Perancangan tidak berjaya,
Gagal dan bangkit semula,
Buktikan pada kuman bakteria,
Kau tak mampu lumpuhkan aku.
Biarpun hilang satu kaki,
Aku masih gagah berlari,
Bersama tongkat sakti,
Doa penyembuh diri.

Ayahanda dan bonda,
Maafkan anakanda,
Tiada kudrat untuk meluahkan rasa,
Apa yang terpendam selama ini,
Biarlah senyuman ini menyejukkan hati kalian,
Agar kalian tahu aku baik-baik saja.

Tersenyum.
[AnimePaper]wallpapers_Tsubasa-Reservoir-Chronicle_Child-of-the-Desert_-edit469
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...