Monday, April 29, 2013

Penghujung April

Menangis. 2 perkara yang membuat aku menangis. Kedukaan dan kebahagiaan. Tiada apa yang mampu aku ungkapkan tentang 2 perkara itu. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya. Hebat perancangan yang Dia aturkan. Aku akur dan aku pasrah. Dalam duka, Dia hadiahkan kebahagiaan buat diriku. Walaupun hanya menumpang rasa bahagia mereka. Ya, mereka. Aku masih begini. Tetap dengan rasa kekal itu. Dan tetap berduka dengan kisah lalu. Aku...masih mampu tersenyum. :)

Aku bahagia melihat orang-orang kesayanganku bahagia. Dan ketiga-tiga mereka kini bahagia. Alhamdulillah. Kalian tahu siapa diri kalian yang aku maksudkan BERTIGA itu. Ya, kamu bertiga. :)

Pernah aku tuturkan kata hati. Aku akan sentiasa ada dan cuba membahagiakan orang-orang kesayanganku selama mana aku mampu. Dan bila mereka menemui kebahagiaan yang mereka cari, aku akan berlalu pergi dalam kesamaran cahaya untuk mencari kebahagiaan aku sendiri. Itu...janji aku.

Ingin aku kembali ke pantai itu. Aku ingin dibuai sekali lagi dengan alunan ombak yang mendendangkan lagu ketenangan. Suasana kampung yang mendamaikan. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Walaupun dihujani oleh warga asing berpakaian separa bogel, berpimpin tangan, berpelukan, bersantai di tepi pantai, itu tidak pernah menjadi masalah bagiku. Aku hanya inginkan...ketenangan.


Aku pergi dalam keadaan berduka. Dan aku harap, bila aku pulang, aku pulang dengan senyuman. Biarpun senyuman pada wajah aku yang sudah kaku. (Gadis Kaca Mata - April 29, 2013)

Wednesday, April 24, 2013

Sedetik Cinta

Mungkin agak lambat. Dan ramai sudah tahu tentang lagu tema drama Sedetik Cinta yang ditayangkan di slot Akasia, tv3. Tentiba, episod kali ni agak seronok. Dan tentiba lagi, terdengar lagu ni. Asyik dengar lagu Judika tu je. Ada keluar lagu Agnes Monica ni. Mendayu.

Ya, post cerita ni agak lambat dan mungkin hambar. Cuma ingin post entri tentang lagu je. :)

Agnes Monica - Rindu


Dalam hati ku panggil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan


Saturday, April 20, 2013

April Ke-20

Lama makan hati. Lama. Sudah post satu entri. Kemudian, padam. Kasar bahasa yang aku gunakan. Sebab aku dalam keadaan tertekan, serabut.

Kalau kau hadir hanya ingin menyakitkan hati aku, lebih baik kau pergi. Kau hanya perhati dan tak pernah selami dan fahami. Kau tak layak untuk hati ini. Di awal perkenalan kau dah buat aku makan hati begini, tiada guna aku bertahan lagi. Penagih dadah pun tahu menjaga hati perempuan. 

Senyum sinis

Kali ini, aku pacak sedalam mungkin tiang ego aku. Cukup sekali aku tunduk. Kini, aku nak dongak kepala dan lihat musibah yang kau katakan itu. Musibah yang kau tuju pada aku.

Aku mungkin botol air kitar semula kau. Dah kau kemek, pijak, kau buang. Bila mana kau mahu, kau bentuk semula menjadi botol. Namun, takkan pernah sama dengan keadaan asal botol itu. Tidak mengapa, aku sudah biasa diperlakukan begini. Sudah lali. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...