Cukup bagi aku hanya satu sudut kecil dunia
Mengintai-jenguk sang arjuna di celah himpitan sesak manusia
Kalau-kalau dia terperasankan jiwa
Datang mendekati dan beri secebis rasa bahagia
Biarpun hanya duduk bersebelahan tanpa sepatah kata.
Jiwa ini sedang rabak
Bukan kerana cintanya ditolak
Tapi kerana sakit dihempap harapan tinggi melangit
Tiada manis, hanya pahit.
Hati
Aku bawa kau pergi
Menganyam kembali
Dan membentuk semula hati.
Hati-hati wahai hati
Jangan tergoda lagi
Kelak merana diri sendiri
Jangan sampai ia mati
Sekali lagi.
No comments:
Post a Comment