Pemendam. Kadang berdendam. Sukar memaafkan. Apatah lagi melupakan. Pernah ditinggalkan kawan kerana kawan yang lain. Pernah merasakan tikaman dari sahabat baik. Dibuang dari hidup yang tersayang. Lari dari keluarga. Makan tak mahu semeja. Memberontak di hadapan Mak dan Abah. Dianggap anak yang sangat bebal.
Pemaaf. Lebih gemar membiarkan dari mengungkit. Sikap ambil mudah. Terlalu baik sehingga ditipu oleh mereka yang baru kenal. Dan gemar berdiam diri dari cuba menyelesaikan konflik dalaman. Lebih selesa melihat dan mendengar dari cuba masuk campur. Walaupun masalah diri sendiri. Dan sangat pendiam bila bermasalah.
Berbeza. Sangat berbeza. Dan aku sendiri terkejut dengan perubahan diri sendiri. Seorang yang panas baran bertukar kepada gadis yang sangat cool. Rela dimarahi orang sekeliling. Gemar sangat tinggalkan masalah yang tak diselesaikan kerana tahu masalah tu bukan mudah nak diselesaikan. Sendiri. Sepi. Senyum seorang diri bila berada di alam fantasi. Melayan kerenah kesayangan yang jarang bertemu. Dan game mahjong yang sudah melebihi level 100 dalam masa 3 hari.
How I miss the old me. The happy me. Ceria. Penuh gelak tawa. Serupa manusia tiada masalah jiwa. Baru aku mengerti, usia semakin lanjut. Bukan kerana perubahan hormon. Tapi, perubahan persekitaran di mana semakin dewasa, semakin bertalu masalah datang menjengah dalam hidup. Dan itu mematangkan fikiran aku. Tapi, aku masih belum cukup matang. Kerana akan ada satu masa datang perangai tiga suku aku.
Rindunya aku pada jimbitz dan kesayangan. Rindu yang mampu buat air hangat itu mengalir di pipi. Dan awak, rindu ini juga mampu buat air jernih ini gugur ke bumi. Aku rindu.
No comments:
Post a Comment