Saturday, December 31, 2011

The Last Day For 2011

IMG_1050 copy

Everything will change. But the name remains the same. Remember the sweet memories that you've made for this year. I've been single for this year but my heart always with my beloved ones. They are my strength, my happiness, my laughter, my everything. Hope next year will be just fine and bring happiness for everyone. Me? I rather choose to see them happy first. And then, I'll just walk away from them and find my own happiness. InsyaAllah. May Allah bless us.

Wednesday, December 28, 2011

Pantai Itu

IMG_0176 copy

Bila lagi dapat kita bertemu dan bercanda di tepi pantai seperti dulu? Aku rindukan lagu yang dimainkan oleh ombak itu. Lagu yang tiada suara namun cukup mendamaikan hati. Angin sepoi-sepoi bahasa itu seakan membelai jiwa yang sedang bergelora. Di bawah terik sang mentari, kita bersantai sambil bergelak tawa. Sesungguhnya aku amat merindui semua itu.

Tuesday, December 27, 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang


Layan movie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.Nurul Elfira Loy,I adore your kening lebat.Jalan cerita,not bad.Penghujung jalan cerita agak err...touching.Tapi tak nangis ok.Tak nangis la cuma bergenang je.Berkaitan Randy Pangalila,he's cute.Ni penangan tonton drama Nada Cinta la ni.haha.Overall,cerita dia best dan tak rugi tengok banyak kali.

'Kalau nak mimpi,biar mimpi sampai ke bintang.Kalau tak tergapai pun,dapat capai langit pun jadilah.'
Alia (Nurul Elfira Loy) - Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Friday, December 23, 2011

S I N G L E

Officially single and available.Dalam FB in relationship dengan adik.Kalau ada yang nak salah anggap,terpulanglah.Hanya yang rapat saja kenal kami.I still have friends that always give me support and make me smile.Senyuman mereka penyejuk hati ini.Sekurang-kurangnya aku tahu mereka bahagia.Dan aku bahagia begini.

"Sejujurnya aku tidak lagi berada di dalam kesedihan.Dan seikhlasnya aku bahagia."

IMG_0254copy

This two person is my strength.They always with me wherever I go.We always stick together,share knowledge,experiences and laughing all the time.I love both of them.I can't pay back their kindness.All I can do is pray for their happiness.Hope you guys happy and stay together until Jannah.InsyaAllah.My pray always with you and thanks for everything.

"Saya tak pernah cemburu dengan kebahagiaan mereka.Malah saya bersyukur kerana mereka telah menemui kebahagiaan yang mereka cari."

IMG_0308

Hati masih terkunci untuk mana-mana lelaki.Terima kasih kepada mereka yang pernah meluahkan perasaan sayang kepada saya.Bukan saya terlalu memilih tapi saya takut untuk jatuh cinta lagi.Kalian berhak dapat gadis yang lebih baik dari saya.Namun,hanya satu kata-kata dari kamu yang saya ingat.Kamu ingin saya mendapat yang lebih baik.InsyaAllah.Terima kasih kepada kamu kerana mengingatkan saya tentang sesuatu.Dan InsyaAllah,sesungguhnya saya sedang berusaha berubah ke arah kebaikan.Terima kasih atas dorongan kamu kepada saya.

And I feel I need some guidance
And my heart will let it show
In a world we're always finding
I'm gonna make it on my own
(Yasmin - On My Own)

-->Tiada siapa yang akan mengubah kita melainkan diri sendiri.Mereka hanya membantu melalui perkataan bukan perbuatan.Semuanya bergantung kepada diri sendiri.(Gadis Kaca Mata - Disember 23,2011)

Tuesday, December 20, 2011

Value of Life


To realize The value of a sister
Ask someone Who doesn't have one.

To realize The value of ten years
Ask a newly Divorced couple.

To realize The value of four years
Ask a graduate.

To realize The value of one year
Ask a student who Has failed a final exam.

To realize The value of nine months
Ask a mother who gave birth to a still born.

To realize The value of one month
Ask a mother who has Given birth to a premature baby.

To realize The value of one week
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize The value of one hour
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize The value of one minute
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

To realize The value of one-second
Ask a person
Who has survived an accident.

To realize The value of one millisecond
Ask the person who has
Won a silver medal in the Olympics.

To realize The Value of a friend
Lose one.


Source - http://bestquotesfb.blogspot.com/2011/12/value-of-life.html

Sunday, December 18, 2011

Pengalaman Itu Lebih Bernilai

Hidup di kota itu memberi aku pengalaman yang tak mungkin aku lupakan.Pengalaman itu mematangkan aku.Dari seorang pelajar lepasan SPM,yang tidak pernah keluar dari kampung halaman,menjadi pelajar lepasan diploma,dan terus meneroka kota itu untuk menuntut ilmu dan hanya menunggu waktu untuk bergelar pelajar lepasan ijazah.

"Kejayaan itu bukan untuk aku tapi untuk semua yang menyokong aku dari awal.Dan kejayaan itu untuk si dia juga."

Suka duka,tangis tawa.Itu semua lumrah kehidupan.Sewaktu di bangku sekolah,aku hanya tahu berseronok.Sehinggalah aku mula melangkah kaki ke kota itu.Di situ aku mula belajar hidup berdikari.Dan di kota itu juga aku belajar mengenal erti persahabatan.

"Kenangan pahit disimpan di dalam kotak hitam.Manakala kenangan manis dimasukkan di dalam album khas.Dan diselit di dalam hati."

IMG_1061

Awan itu saksi perjalanan kami.Biarpun di dalam pekat malam,awan itu masih memerhatikan gerak geri kami.Dan awan itu jugalah yang menyinari hari-hari kami biarpun awan sedang menangis.Manusia tidak mampu memujuk awan yang sedang menangis.Tapi awan mampu memujuk manusia yang sedang bersedih dengan menghadiahkan pelangi.Di kala itu,manusia akan tersenyum kerana awan jarang-jarang menghadiahkan pelangi kepada penghuni bumi.

"Aku berharap aku ialah awan.Mampu membuat orang-orang kesayanganku tersenyum saat mereka sedang bersedih.Tapi,aku tahu,aku tak mampu.Dan kadang,aku gagal."

kakiku

"Di mana kaki ini berpijak,aku masih di bumi Allah.Setiap penat lelah kita,jika kita bersabar,InsyaAllah,Dia akan hadiahkan sesuatu yang berharga."

Pengalaman itu mengajar aku untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.Dan mengajar aku supaya bijak memilih agar aku tidak kecewa di kemudian hari.Sekali lagi,aku bakal berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku.Sedih tapi kenangan menuntut ilmu bersama mereka takkan aku lupakan.Di kejauhan ini,aku berdoa agar mereka akan mencapai kejayaan yang mereka impikan.

Thursday, December 15, 2011

Senang Atau Susah?

Nak terima satu kenyataan itu senang atau susah?Jawapannya tanyalah pada diri sendiri.Hanya diri kamu yang tahu.Bagi aku nak terima satu kenyataan yang pahit tu bukanlah senang juga bukanlah susah.

Bila ianya berkaitan soal hati,semuanya menjadi susah.Terutamanya bila hati masih menyayangi si dia.Sukar untuk melupakannya.Semakin kita cuba hendak lupakan dia,semakin kuat rindu kita terhadapnya.Semakin kita lari jauh,semakin dekat bayangnya dengan kita.

"Sekejap saja untuk menyayangi seseorang,tapi untuk melupakannya mengambil masa yang lama."

Terlalu banyak kenangan bersamanya membuatkan kita sukar untuk melupakannya.Dia mungkin sudah bahagia dengan pilihan hatinya.Tapi kita pula yang merana kerana tidak dapat melupakannya.Bagi lelaki mungkin mudah untuk melupakan tapi bagi perempuan,melupakan bukanlah perkara yang mudah.Walaupun telah mencuba,tetap teringat.Kerana rasa sayang itu kekal di dalam hati.

"Kita boleh usir seseorang itu dari hidup kita tapi bukan hati kita."

Aku tak mungkin akan melupakannya.Tapi rasa sayang itu mungkin akan hilang sedikit demi sedikit suatu hari nanti.Biarpun lama,namun aku akan tetap mencuba kerana aku tahu rasa sayang yang aku simpan lama-lama akan jadi sia-sia.Mengapa aku harus sayang pada dia yang sudah pergi jauh dari aku?Mudah untuk berkata-kata,tapi untuk melakukannya umpama mengangkat beban berjuta-juta tan.

"Lelaki suka berkata bahawa perempuan ni sensitif sangat.Sesungguhnya Allah yang mencipta kami untuk menjadi sensitif agar kamu peka terhadap perasaan kami dan janganlah kamu lukakan perasaan kami sesuka hati.Kerana kamu tidak akan tahu bahawa perempuan sanggup melakukan apa saja termasuklah membunuh diri...demi kamu,wahai lelaki."

Kelalaian dan kealpaan itu membuatkan kita merasa jauh dari DIA.Kita lupa akan kewujudan DIA di sisi kita.Kita terlalu mengejar duniawi.Bila terasa sedih,kecewa,kita akan mula mencari DIA.Walaupun kita sering mengabaikan DIA,DIA tetap setia di sisi kita.Tak kiralah kita susah mahupun senang.

'Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.'
[Qaf 50:16)

Janganlah salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melupakannya.Itu lumrah manusia.Sentiasalah dekatkan diri denganNYA.InsyaAllah.Menangislah sepuas-puas hati dihadapanNYA.Kerana hanya DIA saja yang tahu dan faham perasaan kita.Hanya DIA...

"Hargailah mereka yang ada di sekeliling kita.Kelak,jika mereka tiada lagi,kita akan merasa sunyi.Ketika itu baru kita akan sedar bahawa kita tak sanggup untuk kehilangan mereka walau sesaat."

IMG_0544

Senyumlah selagi ada nafas.Dan senyumlah sehingga ke akhir nafas kamu.Kerana kelak jika kamu tiada lagi di dunia ini,senyuman kamulah yang akan menjadi kenangan bagi orang-orang kesayanganmu.Sesungguhnya senyuman itulah yang akan dirindui oleh mereka.Walaupun kamu sedang bersedih,senyumlah.Senyum itu pengubat segala duka.Biarpun tiada siapa yang tahu atau memahami perasaan kamu,percayalah bahawa Allah ada di sisimu.

-->Kita ialah pelakon dan DIA ialah pengarah.Setiap pelakon ada kisahnya.Dan disebalik setiap kisah pasti ada pertemuan dan perpisahan.Namun,di setiap perpisahan itu,DIA gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.(Gadis Kaca Mata - Disember 15,2011)

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday

IMG_1358

Monday, December 12, 2011

It's Yuna

Amazing! She's very talented because she can sing this song on her own style.And I like it.I adore her before she became an artist.She make cover for Nirvana's song,Come As You Are.Some people may not like the melody,rhythm and the way she sang this song.But for me,as long as you appreciate local artists,sure you will like this song.If not us,who will be supporting the music industry in Malaysia?

Tuesday, December 6, 2011

Kunang-kunang

Rindu pada kunang-kunang.Rindu pada cahaya di badannya.Setiap kali blackout,kunang-kunang pasti datang memberi cahaya sewaktu semua orang berada di dalam kegelapan.Semasa aku kecil,aku gemar mengejar kunang-kunang.Seronok bila kunang-kunang hinggap di tanganku.Sekejap menyala,sekejap tak menyala cahaya di badannya.Mungkin kunang-kunang penat dan ingin berehat sebentar.

Sumber gambar - http://blog.indojunkers.com/2011/02/bagaimana-kunang-kunang-bercahaya/

Keputusan itu sangat berat untuk aku laksanakan.Namun,demi hati ini aku teruskan jua.Aku ingin lihat siapa yang akan sedar.Bukan niat aku untuk menyakiti hati orang-orang kesayanganku.Bukan niat aku untuk meninggalkan mereka.Aku hanya inginkan ruang untuk bersendiri.Bulan Disember ialah bulan di mana aku akan di duga.Dan dugaan yang Allah berikan semuanya berkaitan dengan orang-orang kesayanganku.Bukan aku ingin lari dari masalah.Kadang-kadang aku penat menyelesaikan masalah yang sama...berulang kali.

"Kehilangan aku tiada siapa yang sedar.Melainkan yang benar-benar rapat,sayang dan faham perangai aku saja yang akan sedar.Saya yakin,KAMU takkan sedar."

Jangan fikir aku menangis kerana KAMU.Aku menangis kerana diri sendiri.Aku salahkan diri sendiri kerana tak mampu nak buat KAMU senyum di saat KAMU sedang sedih.Aku tak mampu nak buktikan bahawa aku percaya setiap kata-kata KAMU.Aku GAGAL!! Aku gagal sebagai seorang kawan.Dan aku juga gagal sebagai seorang KAKAK.Maaf...

"Aku pergi bukan sebab aku dah tak sayang kalian.Tapi aku pergi untuk rawat luka sendiri dan cuba perbaiki kelemahan aku.Aku pasti kalian takkan rindukan aku."

Mereka jauh dari mata aku.Ya,aku sangat rindukan mereka.Rindukan senyuman,gelak tawa dan keriuhan mereka.Mereka bahagia,aku juga bahagia.Merekalah buah hati pengarang jantungku.Mesej dengan seorang sahabat.Beritahu beliau bahawa aku tidak akan menggunakan kehidupan maya aku buat sementara waktu.Ternyata beliau terkejut dan bertanya siapakah aku.haha.Maaf,aku sudah tukar semuanya.Sampaikan sahabat baik aku sendiri tidak kenal itu aku.Hanya yang RAPAT saja akan tahu itu aku. ^_^

P9270134

-->Aku umpama seekor kunang-kunang.Kehadiran aku untuk menyinari kehidupan mereka yang gelap.Apabila cahaya yang mereka nantikan sudah tiba,aku akan terbang di dalam pekat malam mencari mereka yang memerlukan cahaya.Biarpun orang kagum melihat cahaya di badanku,namun akhir nanti apabila aku mati,tiada lagi cahaya itu.Dan mereka akan melupakan aku.(Gadis Kaca Mata - Disember 6,2011)

Sunday, December 4, 2011

Count On Me

I love my friends.No matter how sweet when I'm smiling,they still know the pain I'm going through.Deep inside my heart,I still waiting for him.I know his not coming back.I still try to learn how to accept the fact.It's not easy.Before this I keep listening to Adele's songs.Now,when I feel lonely,I listen to Bruno Mars' song - Count On Me.This song reminds me of my friends.

'You can count on me like 1, 2, 3.I'll be there.And I know when I need it.I can count on you like 4, 3, 2.And you'll be there.'Cause that's what friends are supposed to do.'

Nice lyrics,right.Even though I don't have boyfie,I still have my lovely and crazy friends.Only them can make me smile all day long.We always talking crap and shit.Condemn each other.haha.I miss that moment.Laugh,laugh and laugh.

'You'll always have my shoulder when you cry.I'll never let go.Never say goodbye.'

To my Bintang,this lyrics just for you.Remember that night,you cried on my shoulder.I miss when you sleep on my shoulder.Hear you snoring.hehe.

"Yeah,I'm happy.See,I'm smiling. ^_^"

I love this quote,'Best friends.They know how crazy you are and still choose to be seen with you in public'.I'm not fashionable but they still with me.I'm not pretty but they still with me.They're the reason I smile.

"Ok,no photo for this entry.Just a video from Bruno Mars - Count On Me."

For my friends who read this entry,I promise to all of you that I'll be a good friend that accept all your weaknesses.InsyaAllah.I'll try my best.Love you guys.♥♥♥

Thursday, December 1, 2011

30 Hari

Back to December...again.Bakal genap setahun.Aku lupa tarikhnya tapi aku ingat tarikh terakhir kami keluar bersama.Lepak di Olden Days Kopitiam.Minum chocolate ice.Rindu?Itu sudah pasti.Kenapa 30 hari?Hari ni hari pertama bulan Disember.Ada lagi baki 30 hari.Baki 30 hari yang aku akan lalui tanpa air mata.InsyaAllah.Disember juga bulan di mana aku akan kenang semua kenangan yang tercipta sepanjang tahun 2011.Tahun kedua yang sangat bermakna dan banyak menduga aku.Tapi aku lebih gemar mengingati saat-saat manis aku bersama orang-orang kesayanganku.

Apa khabar kamu di sana?Lama sangat tak dengar khabar berita dari kamu.Mungkin aku sudah dilupakan.Cuma aku saja yang tak sanggup untuk melupakannya.Bodoh?Aku tak bodoh.Aku berpegang pada prinsip aku.Sekali aku sayang,selamanya aku sayang.

"Jauh di sudut hati,saya masih sayangkan kamu.Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini dan memberi kebahagiaan kepada diriku.Walaupun ianya hanya sementara waktu,saya tetap bersyukur."

Sesungguhnya...
Takdir penentu segala
Bahagia yang dicipta
Hanya sedetik jaraknya
(Jamal Abdillah - Takdir Penentu Segala)

Mempunyai dua keluarga yang besar cukup membuatkan aku bahagia sehingga sekarang.Alhamdulillah.Aku bersyukur ada mereka semua.Keluarga pertama ialah ahli keluargaku sendiri.Semasa di wad,mereka yang menjaga aku.Mak,terima kasih untuk dua malam itu.Dua malam tu Baby tahan air mata.Baby tatap wajah Mak ketika Mak sedang tidur.Tampak kesedihan dan keletihan Mak menjaga Baby semasa Baby sakit.Tapi Mak tak pamerkan kesedihan Mak depan Baby.Baby sayang Mak sangat-sangat.Terima kasih untuk segalanya.Terima kasih juga kepada Abah yang ulang alik dari rumah ke hospital melawat Baby.Terima kasih juga kepada Bang Boy dan Kak Yang sebab gilir-gilir jaga Baby.Hanya Allah yang mampu balas segala jasa baik kalian semua.

Para sahabat ialah keluarga keduaku.Mereka sentiasa ada di waktu senang mahupun susah.Dari dulu aku belajar hidup susah seorang diri.Semakin dewasa aku semakin kenal erti persahabatan.Baru sekarang aku dapat rasa senang dan susah bersama mereka.Alhamdulillah.Aku kini bahagia walaupun hati aku masih belum dimiliki oleh sesiapa.

"Aku ingin kecapi cinta dari DIA.InsyaAllah DIA akan datangkan seseorang yang akan mencintai aku kerana DIA."

IMG_1210
Alangkah indahnya jadi kanak-kanak semula.Tak perlu fikirkan apa-apa masalah.Namun,suatu hari nanti mereka juga akan dewasa dan mula memikirkan masalah satu per satu.Lumrah manusia.

-->Buih-buih sabun itu umpama masalah.Pecah satu tapi apabila ditiup makin banyak yang keluar.Begitu juga masalah.Selesai satu tapi masih banyak lagi masalah lain yang bakal timbul dan perlu diselesaikan.(Gadis Kaca Mata - Disember 1,2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...