Hidup di kota itu memberi aku pengalaman yang tak mungkin aku lupakan.Pengalaman itu mematangkan aku.Dari seorang pelajar lepasan SPM,yang tidak pernah keluar dari kampung halaman,menjadi pelajar lepasan diploma,dan terus meneroka kota itu untuk menuntut ilmu dan hanya menunggu waktu untuk bergelar pelajar lepasan ijazah.
"Kejayaan itu bukan untuk aku tapi untuk semua yang menyokong aku dari awal.Dan kejayaan itu untuk si dia juga."
Suka duka,tangis tawa.Itu semua lumrah kehidupan.Sewaktu di bangku sekolah,aku hanya tahu berseronok.Sehinggalah aku mula melangkah kaki ke kota itu.Di situ aku mula belajar hidup berdikari.Dan di kota itu juga aku belajar mengenal erti persahabatan.
"Kenangan pahit disimpan di dalam kotak hitam.Manakala kenangan manis dimasukkan di dalam album khas.Dan diselit di dalam hati."

Awan itu saksi perjalanan kami.Biarpun di dalam pekat malam,awan itu masih memerhatikan gerak geri kami.Dan awan itu jugalah yang menyinari hari-hari kami biarpun awan sedang menangis.Manusia tidak mampu memujuk awan yang sedang menangis.Tapi awan mampu memujuk manusia yang sedang bersedih dengan menghadiahkan pelangi.Di kala itu,manusia akan tersenyum kerana awan jarang-jarang menghadiahkan pelangi kepada penghuni bumi.
"Aku berharap aku ialah awan.Mampu membuat orang-orang kesayanganku tersenyum saat mereka sedang bersedih.Tapi,aku tahu,aku tak mampu.Dan kadang,aku gagal."

"Di mana kaki ini berpijak,aku masih di bumi Allah.Setiap penat lelah kita,jika kita bersabar,InsyaAllah,Dia akan hadiahkan sesuatu yang berharga."
Pengalaman itu mengajar aku untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.Dan mengajar aku supaya bijak memilih agar aku tidak kecewa di kemudian hari.Sekali lagi,aku bakal berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku.Sedih tapi kenangan menuntut ilmu bersama mereka takkan aku lupakan.Di kejauhan ini,aku berdoa agar mereka akan mencapai kejayaan yang mereka impikan.

Suka entri yang ini =) Btw, salam ziarah ya.
ReplyDeleteTerima kasih. =) Salam ziarah juga untuk kamu.
ReplyDelete