Lama terpisah. Rasa itu masih kekal. Lama tidak bertegur sapa, rasa itu tetap kekal. Ya, rasa itu kekal. Cukuplah aku perhatikan kamu dari jauh. Meski hati ini sakit memendam rasa yang kekal itu.
Hanya kerana sebuah janji.
Itu rahsia antara kami. Biarlah segalanya hanyut dibawa arus masa. Dan aku harap, saat rahsia itu hanyut, aku sedang leka. Dan aku terlupa segalanya. Sakit memendam segala rasa sayang, rindu dan mungkin, cinta.
Sayang?
Rasa yang muncul setelah sekian lama. Sehingga aku terlupa akan kemanisan sebelumnya. Rasa yang membuatkan aku seakan baru lahir ke dunia. Baru mengenal erti rasa sayang, rindu dan cinta. Puitis bukan?
I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me
I thought you'd want the same for me
(A Fine Frenzy - Almost Lover)
Lagu yang tiada kaitan kerana tidak pernah jadi almost lover pun. I am just his secret admirer. Berdiri di sebalik awan, memerhati kamu dalam diam. Menurunkan hujan di saat panas terik dan cuba menghadiahkan pelangi buat kamu.
I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
(A Fine Frenzy - Almost Lover)
Kata orang, cinta tidak semestinya dimiliki. Kata aku, jodoh di tangan Allah. Kata kamu, ada jodoh tak ke mana.
Tidak susah untuk memendam perasaan selama bertahun-tahun. Yang jadi susah bila kamu tidak meluahkan kepada Dia di saat kamu tiada arah tuju untuk berkongsi rasa. Percayalah, Dia Maha Mendengar segala keluh resah kamu. (Gadis Kaca Mata - Mac 27, 2013)
singgah n follow...follow sy ^-^ http://cweetykadbury91.blogspot.com/
ReplyDelete