Wednesday, February 25, 2015

The Fault In Our Stars

The Fault In Our Stars.

Mengharapkan cerita ini sesedih sinopsis yang aku baca. And I end up crying out loud. Dah la feeling tengok seorang diri waktu tengah malam. Syahdu. Pilu. Lama tak tonton filem sedih macam ni. Hambik kau, nangis !

Tidak selamanya bahagia itu milik kita.

Cliche kan. But, that's the truth. Tak semestinya yang kita cinta itu jodoh kita. Dan tak mustahil yang kita benci itu sebenarnya jodoh dari Tuhan. *mengelamun

Aku sedar satu perkara pagi ini. Bila minda diketuk hebat seorang sahabat--lupakan yang sudah pergi. Kita tak tahu kewujudan status dia. Adakah masih lagi sendiri atau sudah berbini. Hanya kerana janji, aku makan hati sendiri. Hanya kerana janji, aku tutup pintu hati. Hanya kerana janji, hati mati.

Duhai sang arjuna, datanglah dan tiupkan nyawa buat hati mati ini. Kerana aku sudah tiada rasa lagi.

Maaf. Aku sudah melakukan kesilapan yang tidak patut aku lakukan. But, I chose this path. I have to deal with it. Dan sekali lagi, minda diketuk hebat sang sahabat--you have to try. Oh, I'm trying darling. I'm trying... Saya menangis setiap kali mengingatinya. Susahnya seorang Fareeza bila berhadapan dengan perasaan bebal babi ini. Yang tidak mahu mengerti hati sendiri.

I'm trying...

Sesungguhnya aku rindu nak lihat bintang bersama kesayangan. Hanya memerhati kerlipan bintang tanpa sepatah kata. Kerana saat itu kami sangat tenang. Setenang air di lautan. Hanya bergelora apabila ditiup angin sepoi-sepoi language. Bahagia.

Wednesday, February 18, 2015

Warkah Hati

Kesayangan,

Pengalaman tertinggal ETS balik ke Ipoh betul buat saya sedar satu perkara. Hati saya berat sebenarnya nak tinggalkan kamu. Ini jujur dari hati saya. Dan kamu patut tahu saya bukan seorang yang suka berterus terang.

Ada bahagia menanti bila aku kembali lagi ke kotaraya ini. Itu aku pasti.

Aku tak pernah sedar ayat aku ini menjadi satu kenyataan di mana memang benar ada kebahagiaan menanti di kotaraya itu. Terkejut sebenarnya. Tapi, macam biasa la. Berlakon cool. Haha.

Awak, saya ada keraguan. Bilamana saya kata ya, saya takut di penghujungnya duka. Dan bilamana saya kata tidak, saya khuatir di penghujungnya saya mahukan awak. Jadi, apa jawapan yang harus saya berikan kepada awak?

Bertemu mereka, hadiah terindah buat aku. Dan disebalik indah itu terselit bahagia yang aku tak pernah impikan akan hadir. Terima kasih Imah, Shida dan Mika. *lap hingus

Bermula episod perjalanan hidup yang baru. Aku tinggalkan kenangan bahagia di sana. Aku yakin, suatu hari nanti aku pasti ke sana semula. Dan mengimbau kembali memori bersama mereka. Siapa tahu, benar bahagia itu milik aku. In sha Allah. Aku hanya mampu berdoa moga ditunjukkan jalan agar aku tidak menyesal dengan pilihan hati aku. Kerana aku tak mahu disakiti lagi dan tak mahu menyakiti orang lain pula. Awak boleh tunggu saya, kan?

Saya sayang kamu, Imah. Halalkan makan minum saya sepanjang bersama. Dan saya terlupa, saya hutang kiss dekat kamu. Haha. Saya tahu kamu sedih saat hantar saya naik bas. Saya pun sedih. Tapi, buat cool je. Saya janji, saya pasti akan ke sana lagi. Kita kira bintang okay.

Salam sayang,
NFHZA

Biarpun gelap terkadang beri secebis bahagia. Namun, setiap cahaya ternyata memberi senyuman. Dan cahaya ini buat aku terjebak dalam kancah kebahagiaan yang tiada pintu masuk untuk mana-mana kegelapan. (Gadis Kaca Mata - Februari 12, 2015)

Wednesday, February 11, 2015

Bintang Di Langit

Meredah sesak kotaraya. Bersama si intan payung sayang. Oh. Sungguh bersabar melayan kerenahnya. Sangat bersabar. Terkadang terluah juga segala patah kata yang boleh buat patah hati, rabak jiwa. Tapi, dia tak kisah. Sebab jiwa masing-masing kental-kebal terhadap ayat maki-sumpah-carut.

Bahagia.

Terima kasih atas layanan mesra-bahagia-senyum-tawa selama 4 hari di kotaraya besar ini. Saya tahu perkara paling bahagia bila tengok kamu baring lihat bintang di Taman Tasik Titiwangsa. Itu cukup mendamaikan hati saya. Saya tahu kamu sangat tenang walaupun banyak isi yang tersirat dan tersurat dalam minda kamu.

Saat kamu pejam mata, saya tahu kamu melalui fasa dugaan hidup yang tak siapa tahu.

Masih ingat, saya pernah berkata saya tak mampu hadiahkan jam Casio. Tapi, saya akan luangkan masa bersama. Dan saya sentiasa ada di saat suka duka kalian walaupun hanya memerhati dari jauh.

Senyuman kalian, kebahagiaan saya. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...