Wednesday, February 18, 2015

Warkah Hati

Kesayangan,

Pengalaman tertinggal ETS balik ke Ipoh betul buat saya sedar satu perkara. Hati saya berat sebenarnya nak tinggalkan kamu. Ini jujur dari hati saya. Dan kamu patut tahu saya bukan seorang yang suka berterus terang.

Ada bahagia menanti bila aku kembali lagi ke kotaraya ini. Itu aku pasti.

Aku tak pernah sedar ayat aku ini menjadi satu kenyataan di mana memang benar ada kebahagiaan menanti di kotaraya itu. Terkejut sebenarnya. Tapi, macam biasa la. Berlakon cool. Haha.

Awak, saya ada keraguan. Bilamana saya kata ya, saya takut di penghujungnya duka. Dan bilamana saya kata tidak, saya khuatir di penghujungnya saya mahukan awak. Jadi, apa jawapan yang harus saya berikan kepada awak?

Bertemu mereka, hadiah terindah buat aku. Dan disebalik indah itu terselit bahagia yang aku tak pernah impikan akan hadir. Terima kasih Imah, Shida dan Mika. *lap hingus

Bermula episod perjalanan hidup yang baru. Aku tinggalkan kenangan bahagia di sana. Aku yakin, suatu hari nanti aku pasti ke sana semula. Dan mengimbau kembali memori bersama mereka. Siapa tahu, benar bahagia itu milik aku. In sha Allah. Aku hanya mampu berdoa moga ditunjukkan jalan agar aku tidak menyesal dengan pilihan hati aku. Kerana aku tak mahu disakiti lagi dan tak mahu menyakiti orang lain pula. Awak boleh tunggu saya, kan?

Saya sayang kamu, Imah. Halalkan makan minum saya sepanjang bersama. Dan saya terlupa, saya hutang kiss dekat kamu. Haha. Saya tahu kamu sedih saat hantar saya naik bas. Saya pun sedih. Tapi, buat cool je. Saya janji, saya pasti akan ke sana lagi. Kita kira bintang okay.

Salam sayang,
NFHZA

Biarpun gelap terkadang beri secebis bahagia. Namun, setiap cahaya ternyata memberi senyuman. Dan cahaya ini buat aku terjebak dalam kancah kebahagiaan yang tiada pintu masuk untuk mana-mana kegelapan. (Gadis Kaca Mata - Februari 12, 2015)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...