Saturday, September 17, 2011

Allah Maha Mengetahui

Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya.Aku redha.Aku pasrah.Semua yang terjadi pasti ada hikmah tersendiri.Dulu aku pernah bahagia.Kebahagiaan yang aku kecapi selama 3 tahun itu diakhiri dengan perpisahan yang takku duga.Aku tak pernah pinta perpisahan itu berlaku.Namun,takdir telah tertulis bahawa aku dan dia tiada jodoh.Kehidupan aku berubah sekelip mata selepas ditinggalkan.Aku jadi murung dan sering meratapi pemergian dia.Sehingga aku lupa akan kewujudan Allah.Hinanya aku waktu itu.Aku sering menangis tanpa hiraukan siang dan malam.Hidupku jadi tidak teratur.Aku tewas.Aku tewas dengan perasaan aku sendiri.

"Tersedar aku dari lamunan dan terus beristighfar.Bodohnya aku kerana tidak menyedari kehadiran Allah di kala aku susah mahupun senang."

Sehingga kini aku masih tidak percaya dia telah pergi tinggalkan diriku.Dan sehingga kini juga aku masih menunggu dia kembali.Ahh,bodohnya aku.Kenapa mesti aku tunggu dia sedangkan dia dah lupakan aku dan buang aku jauh dari hidupnya?Lama aku merana.Lama aku bersedih.Lama aku menangis.Lama aku berduka.Hampir kesemua senyuman,gelak tawa dan kerianganku adalah PALSU belaka.Sudah lama aku tidak ketemu semua itu sejak kehilangan dirinya.Aku SEPI.

"Aku belagak gembira kerana aku tidak mahu orang sekeliling tahu keadaan sebenar aku.Biarlah aku dan Allah saja yang tahu segala yang tersurat dan tersirat di hati ini."

'Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum temukan kita dengan orang yang betul.' Ayat ni buat aku terdiam seketika.Sesungguhnya Allah dah tetapkan jodoh kita dengan siapa.Dalam percintaan pasti ada pasang surut.Aku redha andai dia bukan jodoh aku.Aku berdoa agar Allah temukan aku dengan lelaki yang mampu membimbing aku ke jalanNya,jalan ke syurga.Aku bukanlah gadis yang baik dan aku juga bukanlah gadis yang jahat.Aku hanya gadis biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Ajal maut,jodoh pertemuan.Semua itu Dia yang tentukan.Sehebat mana kita merancang,Allah saja yang tentukan.

"Kun faya kun."

Thursday, September 15, 2011

Miss My Panda

Dialah BINTANG yang menyinari hidupku.Dialah PANDA gemok yang comel.Dialah KEKUATAN aku.Tanpa dia,aku tak mampu tersenyum sehingga hari ini.Dialah segala-galanya bagi aku.Dialah pemberi semangat kepada aku selama 7 bulan ni.

Aku tak pernah duga dia hadir dalam hidupku.Tapi kehadirannya mewarnai hidupku.Dia menerangi malam-malamku yang suram.Walau apa pun yang terjadi,dia tetap BINTANG hatiku.Biarpun dia pergi tinggalkan aku,dia tetap PANDA comel kesayanganku.Dulu aku tak mampu hidup tanpa dirinya.Tapi kini dia semakin jauh dari diriku.Dan aku harus cuba hidup tanpa dirinya.

"Teringat waktu pertama kali berjumpa dengannya.Pertemuan yang singkat itulah yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan dalam hidupku."

Aku tak mampu nak baca isi hati orang lain.Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat.Aku nak dia berjaya dalam hidup.Dia dah jadi sebahagian dari hidup aku.Dia sedih,aku sedih.Dia gembira,aku gembira.Dia bahagia,aku tumpang bahagia.Dia sakit,akulah yang paling risau even dia tak pernah tahu.Mungkin dia anggap aku tak ambil berat.Hanya Allah yang tahu betapa gelisahnya aku kalau tahu dia tak sihat.

"Saya nak kamo tahu bahawa saya ♥ kamo.Saya sentiasa ada untuk kamo walaupun kamo tak pernah pandang saya."

Tak kisahlah jika kamo dah buang saya dari hidup kamo.Tapi saya takkan pernah sekali-kali buang kamo dari hidup saya.Sekali saya sayang,selamanya saya sayang.Cukuplah saya dapat pandang kamo dari jauh.Asalkan saya tahu kamo berada dalam keadaan yang selamat dan sihat.Saya selalu stalk Facebook kamo.Saya selalu tengok gambar-gambar kamo.Saya selalu baca mesej-mesej kamo.Saya rindu kamo sangat-sangat.Saya rindukan kita yang dulu.

"Tak ada apa yang mampu aku ingat selain kenangan terindah yang pernah kami ukir bersama."

Mimpi-mimpi indah itu membuatkan aku tidur lena dan tak mahu bangun selamanya.Perkara yang paling aku rindu ialah bebelan dia.Dia suka pot pet pot pet tak kiralah atas motor ke dalam kereta ataupun bila-bila masa.Dia banyak bercakap dan aku tak pernah bosan walaupun dia dah cerita banyak kali pasal sesuatu perkara tu dekat aku.Kalau orang lain mesti dah bosan tak pun mengantuk.Tapi aku tak pernah jemu dengar dia bercerita.Kalaulah kamo tahu apa yang sedang saya rasakan sekarang.Kalaulah kamo juga turut rasa apa yang saya rasakan.Kalaulah.......

"Aku sanggup buat apa saja demi mereka yang aku sayang.Aku sanggup korbankan nyawa aku demi keluarga,para sahabat dan adik."

-->Kita tak sedar bila kita mula menyayangi seseorang.Kita hanya sedar bila kita tak mampu kehilangan dirinya walaupun sesaat.(GaDiS KaCa MaTa - September 15,2011)

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday

Tuesday, September 13, 2011

Masih Bertahan

Sehingga sekarang aku masih mampu bertahan dan mengukir senyuman di hadapan mereka yang aku sayang.Aku tak nak mereka tahu apa yang sedang aku lalui.Kesedihan,kesakitan dan kekusutan yang aku lalui biarlah aku dan Allah saja yang tahu.Aku jenis seorang yang suka memendam perasaan.Ada yang kata tak elok pendam seorang diri.Kalau boleh luah,luahkanlah.Tapi aku luahkan pun macam tak ada guna.Memang aku rasa lega tapi itu semua hanya untuk sementara waktu saja.Dulu selalu cerita dengan adik.Tapi adik sekarang dah busy.So,tak naklah ganggu dia.Dia mestilah penat.Yang penting aku tahu adik sihat dan selamat.Alhamdulillah.

Teringat kata-kata seorang sahabat sewaktu sesi luahan perasaan dengannya tempoh hari.'Semakin kita dewasa,semakin kita rasa sunyi.Tak ada dah kawan-kawan nak hiburkan kita.Kita nak mengadu masalah pun dah tak tahu dekat siapa'.Ya dan aku sedang melalui fasa kesunyian itu.Cuma aku tak tunjukkan bahawa aku sedang kesunyian.Selagi aku mampu tersenyum,aku akan senyum seikhlas hatiku.Masalah yang ada biarlah aku pendam seorang diri.

"Kawan untuk gelak bersepah-sepah.Kawan untuk nangis susah nak dapat."

Monday, September 12, 2011

1 Syawal 1432 / 30 Ogos 2011

Agak lambat aku post blog.Aku tak ada masa dan kemalasan menguasai diri.Asyik makan je.hehe.Alhamdulillah aku berjaya menyempurnakan Ramadhan tahun ni.Aku bersyukur kepadaMu,Ya Allah kerana tahun ni Syawal yang paling bermakna.Kami dapat berkumpul satu keluarga tanpa ada adik-beradik yang tercicir.Alhamdulillah.Tak banyak tangkap gambar.Semua sibuk nak pergi beraya.
Hero

Heroin

Ayahanda & Bonda

Kakak & anak-anak

Ayahanda & Bonda bersama anak-anak bujang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...