"Tersedar aku dari lamunan dan terus beristighfar.Bodohnya aku kerana tidak menyedari kehadiran Allah di kala aku susah mahupun senang."
Sehingga kini aku masih tidak percaya dia telah pergi tinggalkan diriku.Dan sehingga kini juga aku masih menunggu dia kembali.Ahh,bodohnya aku.Kenapa mesti aku tunggu dia sedangkan dia dah lupakan aku dan buang aku jauh dari hidupnya?Lama aku merana.Lama aku bersedih.Lama aku menangis.Lama aku berduka.Hampir kesemua senyuman,gelak tawa dan kerianganku adalah PALSU belaka.Sudah lama aku tidak ketemu semua itu sejak kehilangan dirinya.Aku SEPI.
"Aku belagak gembira kerana aku tidak mahu orang sekeliling tahu keadaan sebenar aku.Biarlah aku dan Allah saja yang tahu segala yang tersurat dan tersirat di hati ini."
'Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum temukan kita dengan orang yang betul.' Ayat ni buat aku terdiam seketika.Sesungguhnya Allah dah tetapkan jodoh kita dengan siapa.Dalam percintaan pasti ada pasang surut.Aku redha andai dia bukan jodoh aku.Aku berdoa agar Allah temukan aku dengan lelaki yang mampu membimbing aku ke jalanNya,jalan ke syurga.Aku bukanlah gadis yang baik dan aku juga bukanlah gadis yang jahat.Aku hanya gadis biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Ajal maut,jodoh pertemuan.Semua itu Dia yang tentukan.Sehebat mana kita merancang,Allah saja yang tentukan.
"Kun faya kun."
No comments:
Post a Comment