Aku tak pernah duga dia hadir dalam hidupku.Tapi kehadirannya mewarnai hidupku.Dia menerangi malam-malamku yang suram.Walau apa pun yang terjadi,dia tetap BINTANG hatiku.Biarpun dia pergi tinggalkan aku,dia tetap PANDA comel kesayanganku.Dulu aku tak mampu hidup tanpa dirinya.Tapi kini dia semakin jauh dari diriku.Dan aku harus cuba hidup tanpa dirinya.
"Teringat waktu pertama kali berjumpa dengannya.Pertemuan yang singkat itulah yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan dalam hidupku."
Aku tak mampu nak baca isi hati orang lain.Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat.Aku nak dia berjaya dalam hidup.Dia dah jadi sebahagian dari hidup aku.Dia sedih,aku sedih.Dia gembira,aku gembira.Dia bahagia,aku tumpang bahagia.Dia sakit,akulah yang paling risau even dia tak pernah tahu.Mungkin dia anggap aku tak ambil berat.Hanya Allah yang tahu betapa gelisahnya aku kalau tahu dia tak sihat.
"Saya nak kamo tahu bahawa saya ♥ kamo.Saya sentiasa ada untuk kamo walaupun kamo tak pernah pandang saya."
Tak kisahlah jika kamo dah buang saya dari hidup kamo.Tapi saya takkan pernah sekali-kali buang kamo dari hidup saya.Sekali saya sayang,selamanya saya sayang.Cukuplah saya dapat pandang kamo dari jauh.Asalkan saya tahu kamo berada dalam keadaan yang selamat dan sihat.Saya selalu stalk Facebook kamo.Saya selalu tengok gambar-gambar kamo.Saya selalu baca mesej-mesej kamo.Saya rindu kamo sangat-sangat.Saya rindukan kita yang dulu.
"Tak ada apa yang mampu aku ingat selain kenangan terindah yang pernah kami ukir bersama."
Mimpi-mimpi indah itu membuatkan aku tidur lena dan tak mahu bangun selamanya.Perkara yang paling aku rindu ialah bebelan dia.Dia suka pot pet pot pet tak kiralah atas motor ke dalam kereta ataupun bila-bila masa.Dia banyak bercakap dan aku tak pernah bosan walaupun dia dah cerita banyak kali pasal sesuatu perkara tu dekat aku.Kalau orang lain mesti dah bosan tak pun mengantuk.Tapi aku tak pernah jemu dengar dia bercerita.Kalaulah kamo tahu apa yang sedang saya rasakan sekarang.Kalaulah kamo juga turut rasa apa yang saya rasakan.Kalaulah.......
"Aku sanggup buat apa saja demi mereka yang aku sayang.Aku sanggup korbankan nyawa aku demi keluarga,para sahabat dan adik."
-->Kita tak sedar bila kita mula menyayangi seseorang.Kita hanya sedar bila kita tak mampu kehilangan dirinya walaupun sesaat.(GaDiS KaCa MaTa - September 15,2011)
No comments:
Post a Comment