Sehingga sekarang aku masih mampu bertahan dan mengukir senyuman di hadapan mereka yang aku sayang.Aku tak nak mereka tahu apa yang sedang aku lalui.Kesedihan,kesakitan dan kekusutan yang aku lalui biarlah aku dan Allah saja yang tahu.Aku jenis seorang yang suka memendam perasaan.Ada yang kata tak elok pendam seorang diri.Kalau boleh luah,luahkanlah.Tapi aku luahkan pun macam tak ada guna.Memang aku rasa lega tapi itu semua hanya untuk sementara waktu saja.Dulu selalu cerita dengan adik.Tapi adik sekarang dah busy.So,tak naklah ganggu dia.Dia mestilah penat.Yang penting aku tahu adik sihat dan selamat.Alhamdulillah.
Teringat kata-kata seorang sahabat sewaktu sesi luahan perasaan dengannya tempoh hari.'Semakin kita dewasa,semakin kita rasa sunyi.Tak ada dah kawan-kawan nak hiburkan kita.Kita nak mengadu masalah pun dah tak tahu dekat siapa'.Ya dan aku sedang melalui fasa kesunyian itu.Cuma aku tak tunjukkan bahawa aku sedang kesunyian.Selagi aku mampu tersenyum,aku akan senyum seikhlas hatiku.Masalah yang ada biarlah aku pendam seorang diri.
"Kawan untuk gelak bersepah-sepah.Kawan untuk nangis susah nak dapat."
No comments:
Post a Comment