Thursday, September 29, 2011

Rindu Korang Semua

2,3 hari ni rasa sedih sangat.Rindu sangat dekat korang.Even dulu serumah semua buat hal masing-masing lepas kelas,tapi kenangan serumah dengan korang paling aku rindu sampai sekarang.Rasa nak ulang balik masa kenangan tu dicipta.SUMPAH!!Rindu sangat dekat korang.Nak nangis bila ingat telatah korang semua.Dekat kelas perangai semua macam @#$%^&*.haha.Tapi itulah perkara paling best.Kenal dengan korang buat hidup aku sempurna.Hari-hari yang aku lalui penuh dengan gelak tawa.Aku bersyukur dapat kenal dan menjalin persahabatan dengan korang.

Kak Wa dan Manje yang tak pernah buat kitorang tak gelak.haha.

Kembar kesayangan.haha.

Kenangan bersama korang indah sangat.

Roomate yang sangat sengal.Kitorang nangis sama-sama,gelak kuat-kuat tengah malam.Paling best lawan sendawa dan kentut sampai terpaksa buka tingkap nak bernafas.haha.Rindu kamo Kak Ac.

Kenangan boling bersama mereka.

Kami satu group yang menyiapkan final projek masa diploma.

Lost World mengajar kitorang erti jerit sekuat hati.haha.

Rindu nak konvo dengan korang lagi.Konvo sekejap je tapi bergambar yang lama.hehe.

Mandi-manda.Rindu nak makan ayam goreng lagi.=)

Bakal-bakal engineer.=)

Dua orang budak kecik yang comel.

"Banyak sangat kenangan dengan korang yang buat aku gelak sorang-sorang bila aku rindu.Dan kadang kala aku nangis sampai aku tertidur.Indah sangat saat bersama korang."

You are my soul,my heart,my strength,my teddy boy,my everything.I wish you're still mine.IMYSM MAAR.♥

Tiada yang indah selain kenangan bersama mereka.Membuat aku ingin kembali ke masa lalu.Kembali ke masa kenangan itu dicipta.Sekarang masing-masing dah ada life sendiri.Tak ada dah gelak tawa bersama mereka.Yang tinggal hanyalah kenangan yang terindah.Aku semat kenangan itu di dalam album hati dan simpan buat tatapan aku di kala rindu datang bertamu.Jika umur panjang,kita akan bertemu lagi.Aku rindu korang.♥

"Air hangat itu mula bertakung dan gugur ke bumi.Rindu..."

S U M P A H

"SUMPAH!!Aku rindu gila kat hang."

Tak tau pasai pa aku rindu sangat kat hang.Hang jampi apa kat aku ha.Bila aku ingat hang,mesti mesej hang masuk kat fon aku.Hang jangan sampai aku angau kat hang.haha.Lama tak jumpa hang.Sumpah,aku rindu kat hang sangat-sangat.Rindu nak mesej dengan hang.Rindu nak gelak-gelak dengan hang.Rindu nak tengok janggut kambing hang tu.haha.

Aku tak ada banyak sangat kenangan dengan hang.Tapi ada satu je la.Kenangan hang belanja aku tengok wayang.haha.Siyes,aku tak pernah keluar dengan lelaki lain selain ex bf aku dulu.Tapi pikir hang kawan aku,aku setuju je la.Lagi pun aku kenai hang dah lama jugak la.hehe.

"Tak salahkan aku rindu hang.hehe."

p/s : Maaflah,entry kali ni guna bahasa utara.Entry ni saja,okie.(^,^)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday

Tuesday, September 27, 2011

Always Be There

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Cause, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there
(Maher Zain - Always Be There)

Aku hanya manusia biasa.Aku manusia yang sentiasa mengharapkan bantuan dari Allah.Susah senang aku DIA yang tahu.Aku ingin sentiasa berada dengan orang-orang kesayanganku.Tak kiralah diwaktu mereka senang mahupun susah.

"Aku tak mampu buat begitu.Namun doa aku sentiasa mengiringi mereka.Merekalah kesayanganku."

Waktu senang ramai yang dekat.Waktu susah ada berapa kerat je yang tolong.Itu lumrah kehidupan.Senang sama-sama,susah sendiri-sendiri.Tak ada manusia yang sempurna.Aku tak mungkin selalu ada untuk mereka.Tapi aku selalu doakan kesejahteraan,kesenangan dan kebahagiaan untuk mereka.Walaupun aku jauh,doa sentiasa aku iringkan bersama mereka.

"Allah itu Maha Mengetahui."

Aku sayangkan mereka.Bila senang mereka ada di sisi.Bila susah mereka masih setia di sisi.Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka.Kami merasa susah senang bersama-sama.Tiba-tiba aku teringatkan si dia.Rindu padanya.Dulu aku sering merasa susah senang bersamanya.Kami tak pernah merungut akan kekurangan sesama sendiri.Bahkan kami bersyukur kerana dapat berkongsi kebahagiaan bersama.Tapi itu semua hanyalah sementara.Jodoh kami tak berpanjangan.Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kami berdua.Aku bersyukur dapat mengenali dirinya.

"Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNYA tak kiralah di waktu susah atau senang,sedih atau gembira,kecewa atau bahagia."

-->Allah sentiasa ada untuk kita diwaktu kita memerlukanNYA.DIA tak pernah jemu mendengar doa kita.Malah DIA memakbulkan doa hamba-hambaNYA.Kita saja tak sedar akan kewujudan DIA di sisi kita selama ini.(GaDiS KaCa MaTa - September 27,2011)

Saturday, September 24, 2011

Kata-kata Dusta

Dia pernah beritahu dia sayangkan aku dari kecil.Kami berkawan dari tadika.Semua kata-kata dia aku simpan elok-elok dalam hati ni.Sampai sekarang aku masih ingat bait-bait cintanya.Aku baru ingin menyelami isi hati dia.Tapi entah kenapa dia diam seribu bahasa.Bukan main lagi nak rapat dengan aku.Bila aku baru nak bagi respon positif,dia pula yang pergi.Pergi tanpa sebarang sebab.Dan sampai sekarang aku masih tak tahu apa salah aku.Setahu aku tak ada pula aku buat apa-apa salah.Tapi dia pergi macam tu saja.Bila ditanya,dia tak bagi jawapan.hm.Nampaknya bukan jodoh aku.

source : http://mysticalskepticalme.blogspot.com/2011/02/hello-and-love-to-all-my-readers-happy.html

Aku masih ingat ayat-ayat manis dia.Dia kata sanggup tunggu aku sampai habis belajar.Dia tunggu aku dah lama.Ok,aku pun percaya.TAPI...........Sekarang dia dah berpunya.Habis,kenapa luahkan semua tu dekat aku?Ingat aku ni perempuan yang senang kau nak buli.Konon sayang aku dari kecil.Konon tunggu aku dah lama.Ah,lelaki semua sama saja.Manis hanya di bibir.Tapi dalam hati tak pernah ikhlas.Apalah nasib aku dipermainkan lelaki yang bajet HOT macam kau.heh.

"Aku dipermainkan atau aku yang bodoh kerana percayakan lelaki?"

Mak,sampai hati dia buat Baby macam tu.Apa salah Baby?Baby tak sakitkan hati dia langsung Mak.Baby baru nak sayang dia.Dia dah tinggalkan Baby.

"Belum sempat aku ungkap perkataan SAYANG,dia dah berlalu pergi.Mungkin dia bukan jodohku."

Rasa nak menangis bila stalk Facebook dia.hm.Tak ada jodoh.Nak buat macam mana.Sekarang tak mau percaya kata-kata lelaki lagi.Tambah-tambah dari mulut dia yang macam @#$%^&* tu.haha.Kemon Baby,wake up!! Jauh lagi perjalanan.Tak mati pun kalau tak ada kekasih hati buat masa sekarang.Fokus dan habiskan ijazah dulu.InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.Cuma sekarang bukan masanya untuk aku mencari kasih sayang seorang lelaki.Aku hanya mencari keredhaan dan cinta dariNya saja.

"Semoga kamo bahagia bersama pilihan hati.Janganlah hancurkan hati dia sebagaimana kamo pernah menghancurkan hati kawan baik saya suatu ketika dulu.Saya sayang kamo tapi sayangnya tak kesampaian.Mungkin saya bukan tulang rusuk yang kamo cari.Semoga bahagia,sayang."

-->Kehilangan mereka yang pernah menjadi sebahagian dari hidup kita mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai mereka yang masih ada di sekeliling kita.(GaDiS KaCa MaTa - September 24,2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...