Tuesday, December 6, 2011

Kunang-kunang

Rindu pada kunang-kunang.Rindu pada cahaya di badannya.Setiap kali blackout,kunang-kunang pasti datang memberi cahaya sewaktu semua orang berada di dalam kegelapan.Semasa aku kecil,aku gemar mengejar kunang-kunang.Seronok bila kunang-kunang hinggap di tanganku.Sekejap menyala,sekejap tak menyala cahaya di badannya.Mungkin kunang-kunang penat dan ingin berehat sebentar.

Sumber gambar - http://blog.indojunkers.com/2011/02/bagaimana-kunang-kunang-bercahaya/

Keputusan itu sangat berat untuk aku laksanakan.Namun,demi hati ini aku teruskan jua.Aku ingin lihat siapa yang akan sedar.Bukan niat aku untuk menyakiti hati orang-orang kesayanganku.Bukan niat aku untuk meninggalkan mereka.Aku hanya inginkan ruang untuk bersendiri.Bulan Disember ialah bulan di mana aku akan di duga.Dan dugaan yang Allah berikan semuanya berkaitan dengan orang-orang kesayanganku.Bukan aku ingin lari dari masalah.Kadang-kadang aku penat menyelesaikan masalah yang sama...berulang kali.

"Kehilangan aku tiada siapa yang sedar.Melainkan yang benar-benar rapat,sayang dan faham perangai aku saja yang akan sedar.Saya yakin,KAMU takkan sedar."

Jangan fikir aku menangis kerana KAMU.Aku menangis kerana diri sendiri.Aku salahkan diri sendiri kerana tak mampu nak buat KAMU senyum di saat KAMU sedang sedih.Aku tak mampu nak buktikan bahawa aku percaya setiap kata-kata KAMU.Aku GAGAL!! Aku gagal sebagai seorang kawan.Dan aku juga gagal sebagai seorang KAKAK.Maaf...

"Aku pergi bukan sebab aku dah tak sayang kalian.Tapi aku pergi untuk rawat luka sendiri dan cuba perbaiki kelemahan aku.Aku pasti kalian takkan rindukan aku."

Mereka jauh dari mata aku.Ya,aku sangat rindukan mereka.Rindukan senyuman,gelak tawa dan keriuhan mereka.Mereka bahagia,aku juga bahagia.Merekalah buah hati pengarang jantungku.Mesej dengan seorang sahabat.Beritahu beliau bahawa aku tidak akan menggunakan kehidupan maya aku buat sementara waktu.Ternyata beliau terkejut dan bertanya siapakah aku.haha.Maaf,aku sudah tukar semuanya.Sampaikan sahabat baik aku sendiri tidak kenal itu aku.Hanya yang RAPAT saja akan tahu itu aku. ^_^

P9270134

-->Aku umpama seekor kunang-kunang.Kehadiran aku untuk menyinari kehidupan mereka yang gelap.Apabila cahaya yang mereka nantikan sudah tiba,aku akan terbang di dalam pekat malam mencari mereka yang memerlukan cahaya.Biarpun orang kagum melihat cahaya di badanku,namun akhir nanti apabila aku mati,tiada lagi cahaya itu.Dan mereka akan melupakan aku.(Gadis Kaca Mata - Disember 6,2011)

4 comments:

  1. Be strong wahai "kunang-kunang".... Dirimu akan menjadi kenangan yang terindah kepada yang menerima cahayamu tatkala mereka dalam kegelapan seperti mana kamu mengingati kunang-kunang yang kamu kejar sewaktu kecil dahulu...

    ReplyDelete
  2. Kalaulah benar mereka akan mengenang diri saya.Kerana tiada siapa yang mencari saya di kala saya menghilangkan diri.Umpama saya ini beban kepada mereka.Mungkin mereka suka bila saya tiada lagi. =(

    ReplyDelete
  3. Think positive... Maybe mereka perasan akan kehilangan diri awak cuba tidak mempunyai kesempatan untuk mencari... Mungkin mereka busy or something... Just think positive.... Chill.... Hadapi lah dugaan ini dengan penuh tabah... Kawan Leen penah pesan kat Leen, "Allah menduga kita mengikut kemampuan kita... Tidak akan lebih mahu pun kurang" ^_^

    ReplyDelete
  4. Ok.Saya akan cuba berfikiran positif.Terima kasih kerana selalu memberi semangat kepada saya.Saya hargai sangat-sangat.Walaupun kita tak pernah bersua,namun saudari seakan-akan memahami apa yang saya rasakan.Terima kasih sekali lagi. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...