Thursday, December 15, 2011

Senang Atau Susah?

Nak terima satu kenyataan itu senang atau susah?Jawapannya tanyalah pada diri sendiri.Hanya diri kamu yang tahu.Bagi aku nak terima satu kenyataan yang pahit tu bukanlah senang juga bukanlah susah.

Bila ianya berkaitan soal hati,semuanya menjadi susah.Terutamanya bila hati masih menyayangi si dia.Sukar untuk melupakannya.Semakin kita cuba hendak lupakan dia,semakin kuat rindu kita terhadapnya.Semakin kita lari jauh,semakin dekat bayangnya dengan kita.

"Sekejap saja untuk menyayangi seseorang,tapi untuk melupakannya mengambil masa yang lama."

Terlalu banyak kenangan bersamanya membuatkan kita sukar untuk melupakannya.Dia mungkin sudah bahagia dengan pilihan hatinya.Tapi kita pula yang merana kerana tidak dapat melupakannya.Bagi lelaki mungkin mudah untuk melupakan tapi bagi perempuan,melupakan bukanlah perkara yang mudah.Walaupun telah mencuba,tetap teringat.Kerana rasa sayang itu kekal di dalam hati.

"Kita boleh usir seseorang itu dari hidup kita tapi bukan hati kita."

Aku tak mungkin akan melupakannya.Tapi rasa sayang itu mungkin akan hilang sedikit demi sedikit suatu hari nanti.Biarpun lama,namun aku akan tetap mencuba kerana aku tahu rasa sayang yang aku simpan lama-lama akan jadi sia-sia.Mengapa aku harus sayang pada dia yang sudah pergi jauh dari aku?Mudah untuk berkata-kata,tapi untuk melakukannya umpama mengangkat beban berjuta-juta tan.

"Lelaki suka berkata bahawa perempuan ni sensitif sangat.Sesungguhnya Allah yang mencipta kami untuk menjadi sensitif agar kamu peka terhadap perasaan kami dan janganlah kamu lukakan perasaan kami sesuka hati.Kerana kamu tidak akan tahu bahawa perempuan sanggup melakukan apa saja termasuklah membunuh diri...demi kamu,wahai lelaki."

Kelalaian dan kealpaan itu membuatkan kita merasa jauh dari DIA.Kita lupa akan kewujudan DIA di sisi kita.Kita terlalu mengejar duniawi.Bila terasa sedih,kecewa,kita akan mula mencari DIA.Walaupun kita sering mengabaikan DIA,DIA tetap setia di sisi kita.Tak kiralah kita susah mahupun senang.

'Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.'
[Qaf 50:16)

Janganlah salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melupakannya.Itu lumrah manusia.Sentiasalah dekatkan diri denganNYA.InsyaAllah.Menangislah sepuas-puas hati dihadapanNYA.Kerana hanya DIA saja yang tahu dan faham perasaan kita.Hanya DIA...

"Hargailah mereka yang ada di sekeliling kita.Kelak,jika mereka tiada lagi,kita akan merasa sunyi.Ketika itu baru kita akan sedar bahawa kita tak sanggup untuk kehilangan mereka walau sesaat."

IMG_0544

Senyumlah selagi ada nafas.Dan senyumlah sehingga ke akhir nafas kamu.Kerana kelak jika kamu tiada lagi di dunia ini,senyuman kamulah yang akan menjadi kenangan bagi orang-orang kesayanganmu.Sesungguhnya senyuman itulah yang akan dirindui oleh mereka.Walaupun kamu sedang bersedih,senyumlah.Senyum itu pengubat segala duka.Biarpun tiada siapa yang tahu atau memahami perasaan kamu,percayalah bahawa Allah ada di sisimu.

-->Kita ialah pelakon dan DIA ialah pengarah.Setiap pelakon ada kisahnya.Dan disebalik setiap kisah pasti ada pertemuan dan perpisahan.Namun,di setiap perpisahan itu,DIA gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.(Gadis Kaca Mata - Disember 15,2011)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...