Aku cemburu melihat kamu semua ada tempat mengadu. Aku ada ahli keluargaku. Tetapi aku lebih suka memendam segala perasaan aku daripada mereka. Aku ingin mereka melihat aku sebagai anak dan adik yang kuat dan tabah dalam menempuhi hidup ini. Aku tidak ingin membebani mereka dengan masalahku. Cukuplah sekadar melihat senyuman mereka. Ia sudah memadai untuk meredakan segala kekusutan aku.
"Rindu pada Encik Spongebob. Waktu sedih, aku akan peluk dia sambil nangis."
Aku gagal menjadi sahabat baik kamu semua. Dan maaf, aku tak mampu nak puaskan hati kamu semua. Aku hanya buat apa yang aku mampu. Jika aku tidak mampu, itu bermakna aku ada masalahku sendiri. Kamu semua beruntung kerana masih ada mereka yang sudi membantu kamu di waktu kamu kesusahan, menjadi pendengar setia segala masalah kamu dan setia di sisi kamu di saat kamu memerlukan sahabat. Aku? Aku hanya seorang diri. Cukuplah aku pendam masalah aku seorang diri. Biarlah aku susah seorang diri. Kerana aku tidak mahu menyusahkan kamu semua lagi. Aku bahagia begini.
Percayalah pada hukum karma. Apa yang kita buat, pasti akan dibalas balik. Antara kita sedar atau tak sahaja. (Gadis Kaca Mata - April 28, 2012)
"Rindu pada Encik Spongebob. Waktu sedih, aku akan peluk dia sambil nangis."
Aku gagal menjadi sahabat baik kamu semua. Dan maaf, aku tak mampu nak puaskan hati kamu semua. Aku hanya buat apa yang aku mampu. Jika aku tidak mampu, itu bermakna aku ada masalahku sendiri. Kamu semua beruntung kerana masih ada mereka yang sudi membantu kamu di waktu kamu kesusahan, menjadi pendengar setia segala masalah kamu dan setia di sisi kamu di saat kamu memerlukan sahabat. Aku? Aku hanya seorang diri. Cukuplah aku pendam masalah aku seorang diri. Biarlah aku susah seorang diri. Kerana aku tidak mahu menyusahkan kamu semua lagi. Aku bahagia begini.
Gambar sekadar hiasan. :)
Maaf sekali lagi. Tidak pernah terniat untuk menyakiti hati kamu semua. Jika aku salah, katakan salah. Sekurang-kurangnya aku boleh meminta maaf atas kesalahan aku itu. Jika kamu semua tidak memaafkan, aku tidak kisah. Janji aku sudah melakukan bahagian aku. Selebihnya urusan aku dengan Allah. Maaf...Percayalah pada hukum karma. Apa yang kita buat, pasti akan dibalas balik. Antara kita sedar atau tak sahaja. (Gadis Kaca Mata - April 28, 2012)
No comments:
Post a Comment