Wednesday, April 4, 2012

Aku, Kamu Dan Mereka Punya Hak Untuk Bersuara

IMG_0751 copy

Hidup umpama roda. Kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. Bila berada di bawah, kita ingin berada di atas. Bila berada di atas, kita lupa bahawa kita pernah berada di bawah.

Manusia ini sama saja. Semuanya hasil ciptaan Allah. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Bukan menghina sesama kita. Jika kamu menghina mereka ia umpama kamu menghina Allah. Bukankah Islam itu indah. Kenapa mesti mengaburi keindahan Islam itu dengan kata-kata hinaan kamu?

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "


IMG_1358 copy

Setiap yang hidup pasti akan mati. Janganlah bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, orang akan ingat kata-kata hinaan kita saja. Kalau boleh, biarlah orang ingat kata-kata nasihat, kata-kata yang memberi perangsang dari kita. Sekurang-kurangnya kita mendapat pahala.

Bahasa itu indah. Seindah wajah kamu. Mengapa perlu berbahasa kasar sehingga mencacatkan wajah kamu? Aku bersuara kerana aku ada hak. Kamu juga ada hak untuk bersuara. Tapi gunalah akal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya. Kalau diri sendiri tidak dapat menerima teguran dan nasihat dari orang lain, adakah orang lain akan mendengar dan menerima teguran serta nasihat dari kita?

Jika perkataan maaf boleh melenyapkan sengketa itu, maafkanlah diri ini kerana terlanjur dalam berkata-kata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...