Wednesday, February 6, 2013

Rahsia Di Sebalik Senyuman

Tidak perlu aku sorakkan kesedihan ini,
Tiada yang simpati,
Malah ada yang mengeji,
Seperti aku tiada erti lagi.

Hidup dalam dunia gelap,
Tiada cahaya penyuluh diri,
Yang tinggal hanyalah cahaya pada nama,
Noor, cahaya yang kekal sehingga aku mati.
Mengharapkan cahaya dari Dia,
Agar aku bisa lihat jalan dengan jelas,
Jalan yang penuh berliku,
Penuh cabang.

Halusnya, aku bahagia.
Kasarnya, aku kecewa.
Konklusinya, hanya aku dan Dia yang tahu kebenarannya.

Tidak perlu aku hebahkan kebahagiaan,
Jika bahagianya cuma aku yang rasa,
Tiada siapa untuk berkongsi jiwa,
Kerana kamu akan memilih dia.
Sakit memendam perasaan ini.
Tapi, aku redha, aku bersyukur,
Kerana Allah menemukan aku dan kamu,
Menjadi rapat dan bersahabat,
Adat hati jika ada yang mengambil berat,
Pasti tersungkur di lembah kasih sayang.

Mengorak langkah satu per satu,
Melihat mereka bergerak seiring,
Biarlah aku yang terlambat,
Kerana Allah sudah tentukan haluan aku, kamu dan kita semua.

Kepada kamu,
Aku cinta padamu.
Biarlah dari jauh sekalipun,
Aku tetap sayangkan kamu.

Perancangan tidak berjaya,
Gagal dan bangkit semula,
Buktikan pada kuman bakteria,
Kau tak mampu lumpuhkan aku.
Biarpun hilang satu kaki,
Aku masih gagah berlari,
Bersama tongkat sakti,
Doa penyembuh diri.

Ayahanda dan bonda,
Maafkan anakanda,
Tiada kudrat untuk meluahkan rasa,
Apa yang terpendam selama ini,
Biarlah senyuman ini menyejukkan hati kalian,
Agar kalian tahu aku baik-baik saja.

Tersenyum.
[AnimePaper]wallpapers_Tsubasa-Reservoir-Chronicle_Child-of-the-Desert_-edit469

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...