Tuesday, April 19, 2011

Hidup Umpama Kertas


Tak kisahlah kertas apa pun.Janji kertas.Kadang-kadang aku rasa diri aku ni umpama kertas.Bukan senang ditiup angin.Tapi senang dicampak buang.Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah aku rasa aku ni diperlukan bila kesusahan atau kesulitan melanda hidup seseorang/orang tertentu.Bukan aku hendak mengata atau menjatuhkan maruah seseorang itu.Tapi inilah apa yang aku tengah rasakan.Sampaikan ada seorang sahabat aku mengatakan,jangan terlalu jaga hati orang lain sangat tapi hati kau tak ada siapa yang jaga.Bila difikir-fikirkan balik,aku rasa betul juga.Tapi jenis aku,aku tak kisah.Biar orang itu sakitkan hati aku sekali pun,aku tetap maafkan dia dan terima dia seadanya.Biarlah aku sakit hati seorang diri.Asalkan orang itu bahagia.

Memang orang akan cari kita bila dia di dalam kesusahan.Bila senang dia mudah lupakan kita.Aku akui aku pernah mengalami situasi tersebut.Bukan sekali,bukan dua kali,tapi dah banyak kali terkena macam tu.Tapi aku just act like nothing happen.Malas nak ambil peduli sangat.Bagi aku as long dia bahagia dengan hidup dia,aku tumpang gembira.Buat apa nak cari musuh.Hati aku lembut.Mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan.Biarlah orang nak cari aku bila susah atau jadikan aku sebagai pihak ketiga sekalipun,aku terima.Tak ada manusia yang sempurna.Kita kena terima baik buruk seseorang itu dengan hati yang terbuka.InsyaAllah,silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan.Amin...

-->Hidup umpama kertas.Dicari ketika perlu,dibuang ketika habis digunakan.(GaDiS KaCa MaTa - April 19,2011)

Wednesday, April 13, 2011

Hati Ini Sayu

Tiba-tiba hari ni aku rasa sayu sangat.Aku teringat dekat dia.Apa khabar dia sekarang ni?Apa yang dia sedang buat?Sihatkah dia?Bagaimana keadaan dia?Ya Allah,rindunya aku dekat dia.Rindu yang teramat sangat.Kenapalah aku masih ingat dekat dia?Dia entah ingat aku atau tak.Rindu ni dah tak tertahan lagi.Sabarlah hati.Aku akan cari jalan supaya kau tenang kembali.Tapi bagaimana caranya?Aku buntu.Rasa hendak menangis sahaja seharian ni sampai bengkak mata.Lepas tu aku nak tidur dalam tangisan aku sendiri.Betapa aku sangat merindui dirinya.Andai dia tahu akan perasaan aku sekarang ni.hm...

Aku ada impian.Impian yang aku impi-impikan dari dulu.Di hari pernikahan aku,aku nak Abah jadi wali aku.Mak pula jadi mak andam aku.InsyaAllah suatu hari nanti akan tercapai.Bezanya cepat atau lambat saja.Aku berdoa agar Abah & Mak ada untuk menyaksikan hari bersejarah aku.Aku berdoa agar hari itu akan tiba & impian aku tercapai.InsyaAllah.

-->Tak semua kau rancang akan berlaku.Mungkin nasib tak menyebelahi aku.Entah mengapa engkau yang aku cinta.Mungkin lebih baik kau ku lepas saja.(Penakut - Yuna)

Perkenalan Yang Singkat

Keychain kami sama =)

Semakin hari hubungan semakin erat.Aku bahagia tapi adakah kebahagiaan aku ini akan kekal lama?Tidak lama lagi kami akan berpisah.Hanya beberapa hari kami kenal,dia sudah menjadi sebahagiaan dari hidupku.Selepas ini dia akan pergi jauh.Entah dapat berjumpa lagi atau tidak,aku pun tidak pasti.Amat sukar untuk aku berjauhan darinya.Suka duka,tangis tawa,kami dah lalui semua itu bersama dalam masa yang singkat ini.Segalanya kami kongsi bersama.Dia suka tidur di bahuku,nangis di bahuku sampai basah baju aku.haha...Selepas ni,aku akan merindui semua tu.Aku akan rindu pelukan dia,tangisan dia,senyuman dia,gelak tawa dia,bau losyen dia,bantal peluk oren dia,bebelan dia & dengar dia berdengkur.hehe...Sorry busuk,terngumpat pula.Semua tu aku akan rindu bila dia dah tiada nanti.Perkenalan yang singkat,perpisahan yang lama.Aku akan ingat segala-galanya yang berkaitan dengan kami.Walaupun selalu gaduh tentang hal remeh,aku bahagia.Biasalah,gaduh antara adik-beradik.hee...Saya sayang kamo,PANDA GEMOK.Thanks buat hari-hari saya kembali ceria.Saya doakan moga kamo lakukan yang terbaik untuk final exam & juga MP kamo.Lepas ni tiada lagi BINTANG di sisi saya.Jaga diri baik-baik ya.

Kawan-kawan banyak membantu aku.Mereka bantu dalam mencari semula semangat aku yang pernah hilang suatu ketika dahulu.Kini,aku tampil lebih ceria dari sebelum ni.Mungkin luaran aku nampak ceria tapi hati aku hanya Allah yang tahu.Sakit & sedih kehilangan orang yang amat aku sayangi masih belum hilang.Namun,aku gagah jua menempuh hari-hariku dengan senyuman & semangat yang berkobar-kobar.Aku tahu banyak lagi cabaran di masa akan datang.Aku harus bersedia dari sekarang.Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada untuk menyokong aku.Aku hargai kebaikan kalian.Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa baik kalian terhadap aku selama ini.Wish you all best of luck.Sayang kalian semua.

-->Setiap perkenalan akan berakhir dengan perpisahan.(T___T)

Wednesday, April 6, 2011

P.I.L.I.H.A.N.

-Happy Family-

Akan ada satu situasi yang aku tak suka.Situasi di mana aku terpaksa membuat PILIHAN.Aku tak suka berdepan dengan situasi begini.Kusut otak aku.Aku hanya mahukan life yang simple.Aku tak suka berada di dalam keadaan yang tersepit begini.Hey,saya sayang kalian semua.Tak ada yang kurang sikit pun malah makin banyak.Tolonglah,jangan buat saya terasa hati lagi.PENAT...

Susah bila jadi kesayangan ramai orang.Sampai aku takut.Takut akan ada yang terluka,terasa hati,cemburu.Asalkan saya sayang kalian,cukuplah.Jangan kusutkan kepala saya.Saya hanya mahukan yang terbaik buat kalian semua.Janji kalian dengar cakap saya,itu sudah cukup untuk saya.Tak perlu tambah yang lain.Most important thing is I LOVE YOU ALL.No matter what happen,saya ada untuk kalian di saat kalian memerlukan saya.InsyaAllah.

Sunday, April 3, 2011

S.U.C.K.E.R. P.U.N.C.H.

Hari ini aku agak enjoy lepas kelas.Dalam kelas ke'SHENGALAN' aku terserlah.haha...Lawak pula bila ingat balik.Petang lepas makan aku,Yus,Jannah & adik jalan-jalan dekat GM.Agak lama jugalah tunggu Jannah & adik.Datanglah 'dia' menaiki Myvi silver abangnya.Semangat Jannah & adik nak naik Myvi.haha...Ingat 'dia' datang naik Hilux.'Dia' belanja kami tonton wayang cerita SUCKER PUNCH.Trimas banyak-banyak kamo.Kamo dah buat saya senyum sepanjang hari.Ditambah pula keriangan ahli keluarga saya terserlah.Saya suka tengok mereka enjoy.Bahagia sangat.Kamo,trimas banyak-banyak ya.Dah banyak sangat kamo spend duit & masa untuk saya.Saya terharu tapi tolonglah jangan letak harapan terlalu tinggi.Saya tak nak kamo kecewa.Saya gembira di sisi kamo tapi saya tak mampu nak bahagiakan kamo.Cukuplah sekadar kawan.Saya terharu sebenarnya sebab kamo nak keluar dengan ahli keluarga saya yang 'shengal-shengal ubi' ni.haha...Thanks a lot.I appreciate it.

-->Ketika SEDIH berlalu pergi,BAHAGIA pula sedang menanti.Tapi,HATI janganlah terlalu gopoh.Masih banyak dugaan di masa akan datang.Bersabarlah HATI.(GaDiS KaCa MaTa - April 3,2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...