Semakin hari hubungan semakin erat.Aku bahagia tapi adakah kebahagiaan aku ini akan kekal lama?Tidak lama lagi kami akan berpisah.Hanya beberapa hari kami kenal,dia sudah menjadi sebahagiaan dari hidupku.Selepas ini dia akan pergi jauh.Entah dapat berjumpa lagi atau tidak,aku pun tidak pasti.Amat sukar untuk aku berjauhan darinya.Suka duka,tangis tawa,kami dah lalui semua itu bersama dalam masa yang singkat ini.Segalanya kami kongsi bersama.Dia suka tidur di bahuku,nangis di bahuku sampai basah baju aku.haha...Selepas ni,aku akan merindui semua tu.Aku akan rindu pelukan dia,tangisan dia,senyuman dia,gelak tawa dia,bau losyen dia,bantal peluk oren dia,bebelan dia & dengar dia berdengkur.hehe...Sorry busuk,terngumpat pula.Semua tu aku akan rindu bila dia dah tiada nanti.Perkenalan yang singkat,perpisahan yang lama.Aku akan ingat segala-galanya yang berkaitan dengan kami.Walaupun selalu gaduh tentang hal remeh,aku bahagia.Biasalah,gaduh antara adik-beradik.hee...Saya sayang kamo,PANDA GEMOK.Thanks buat hari-hari saya kembali ceria.Saya doakan moga kamo lakukan yang terbaik untuk final exam & juga MP kamo.Lepas ni tiada lagi BINTANG di sisi saya.Jaga diri baik-baik ya.
Kawan-kawan banyak membantu aku.Mereka bantu dalam mencari semula semangat aku yang pernah hilang suatu ketika dahulu.Kini,aku tampil lebih ceria dari sebelum ni.Mungkin luaran aku nampak ceria tapi hati aku hanya Allah yang tahu.Sakit & sedih kehilangan orang yang amat aku sayangi masih belum hilang.Namun,aku gagah jua menempuh hari-hariku dengan senyuman & semangat yang berkobar-kobar.Aku tahu banyak lagi cabaran di masa akan datang.Aku harus bersedia dari sekarang.Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada untuk menyokong aku.Aku hargai kebaikan kalian.Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa baik kalian terhadap aku selama ini.Wish you all best of luck.Sayang kalian semua.
-->Setiap perkenalan akan berakhir dengan perpisahan.(T___T)
No comments:
Post a Comment