Thursday, February 16, 2012

Mati Itu Pasti

Sumber gambar - http://puteraduyong.com/blog/2011/03/lu-nak-mati-ke.html

Hidup hanya sekali. Mati hanya sekali. Tidak akan ada yang kedua kali. Hanya sekali. Hargailah sekali itu sebaik-baiknya. Bila sekali itu pergi, tiada ganti lagi.

"Tiada janji yang pasti melainkan mati."

Tiada manusia yang tidak di duga. Allah Maha Mengetahui. Memetik kata-kata sahabat blog sewaktu berbalas komen iaitu Cik Leen - Allah menduga kita mengikut kemampuan kita... Tidak akan lebih mahu pun kurang. Ya, Allah memberi dugaan kerana Dia sayangkan kita. Supaya kita sentiasa taat perintahNya. Kadang-kadang, dugaan yang Allah beri itu mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Bergantunglah kepada diri kita untuk menangani dugaan itu.

"Tabahkan hatimu, kuatkan semangatmu, wahai sahabat. Aku sentiasa ada di waktu kamu memerlukan seseorang. InsyaAllah."

Sedihkan bila kita dapat tahu orang yang kita sayang menghidapai penyakit yang berbahaya. Siapa tak sedih bila orang tua kita menghidapi penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Di usia yang sudah lanjut, tiada apa yang akan dipinta selain membiarkan mereka meninggalkan dunia disamping anak-anak. Hendak berubat sekali pun, andai sudah ajal, mereka akan pergi juga.

Kepada sahabatku, bersabarlah. Andai orang tuamu dijemput Malaikat Maut, itu tandanya Allah amat menyayangi orang tuamu. Selagi hayatnya masih ada, ikhtiarlah untuk mencari penawar bagi penyakitnya. InsyaAllah, aku akan membantumu. Setakat ini aku masih mampu untuk membuat dirimu tersenyum. Cukuplah untuk menyejukkan hatiku ini. Aku tak sanggup melihat air mata orang-orang kesayanganku gugur di hadapanku. Aku sedih, aku pilu. Sudahnya, aku menangis seorang diri dalam bilik sambil menyumbat tisu dalam hidung. Jangan ingat aku tak ambil berat, cuma aku seorang yang sukar untuk meluahkan kata-kata secara lisan. Be strong, girl. I love you. ♥

Friday, January 27, 2012

S E K O L A H

4ST2

Rindu rasanya nak masuk sekolah balik. Rindu dengan kenangan ambil exam, hari sukan, merentas desa, sambut macam-macam perayaan, mengantuk masa dengar pengetua bagi ucapan waktu perhimpunan, spotcheck besar-besaran, kawad kaki, pergi kem dan bla bla bla. Rindu semua tu.

"Yang paling aku rindu ialah kayuh basikal pagi-pagi lalu sebelah kubur sambil pandang kubur-kubur yang ada."

Dulu aku nakal. Nama je pengawas. Asal spotcheck aku dengan kawan aku rajin sebar dekat kawan-kawan yang lain. Ada pulak la yang sanggup gigit kuku tak nak kena demerit punya pasal. haha. Konon nak panggil cikgu masuk kelas. Masuk pintu depan bilik guru, keluar pintu belakang terus pergi toilet. Gosip-gosip dulu baru masuk kelas.

"Rindu kelas biologi. Walaupun SPM cukup-cukup makan je, aku rindu cikgu dan subjek tu. Asal masuk topik yang menarik, semua khusyuk, diam je. Bila exam je semua gagal. haha."

Cikgu biologi paling sporting. Nak mengelakkan kitorang mengantuk semasa dia mengajar, dia galakkan kitorang makan gula-gula atau asam. Jangan bawak nasik lemak sudah la. Aku ingat lagi, subjek hari Rabu. Pasar malam tempat aku hari Selasa. Kawan-kawan semua pesan beli asam yang manis. Masuk je kelas, makan asam. Ada sekali tu, kitorang baling bijik asam dekat tingkap. #ketingg# Alamak, bijik asam kena tingkap, kitorang buat dek je. haha. Lepas tu gelak-gelak. Serius, aku dengan 3 lagi kawan nakal sangat. Tapi bab kawad kaki, kitorang rajin, bersungguh-sungguh. hehe.

"Dulu waktu sekolah budak lelaki kata aku garang. Asal bising dalam kelas, suara aku la yang kuat suruh diorang diam. Aku tak suka bising sangat. Tu pasal diorang kata aku garang kot. hehe."

Sekuat mana kamu kata benci sekolah, tak suka sekolah, bila dah dewasa sekolah tu la yang paling kamu rindu. Dan kamu nak sangat kembali ke zaman persekolahan. Sebelum masuk kelas hadir roll call dulu. Siapa lambat berdiri dekat pentas. Apa yang best masa sambutan bulan Merdeka ke 49. Gambar aku dengan kawan-kawan baik aku masuk majalah sekolah. haha. Masa tengah nyanyi tu la cikgu snap gambar. haish. Yang lain sempat pulak senyum. Pantang nampak kamera.

ogos

Seperti semalam kita bersua
Lima tahun berlalu sudah
Suka duka hadapi bersama
Susah mu susah ku jua
Tiada rahsia antara kita
(Aiqa - Seperti Semalam)


Rindu korang semua. Sedar tak sedar dah 6 tahun kita tinggalkan zaman persekolahan. Ramai dah kahwin, bertunang. Semoga jodoh korang berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah. Amin. Terima kasih atas segalanya. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Maaf andai selama persahabatan kita, aku banyak buat korang sakit hati, menangis, bergaduh, terkutuk, terpukul. Sampai sekarang masih terbayang-bayang kita semua dalam kelas belajar sama-sama, tidur ramai-ramai, menguap tu tak payah cerita la. Asal cikgu masuk je dan-dan semua menguap. haha. Rindu korang sangat-sangat.

p/s : banyak lagi gambar korang tapi aku malas nak pergi kedai scan gambar. :)

Thursday, January 26, 2012

Ingatkah Kamu



Dear my ex-best friend,

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat dekat kamu. Rindu pula dengan keakraban kita dulu. Asal ada masalah je mesti aku cari kamu. Kamu pun begitu. Walaupun kita dah tak rapat macam dulu, aku still ingat semua kenangan kita. Rindu kenangan lalu. Apa yang berlaku dulu, aku maafkan dan aku harap kamu maafkan segala salah dan silap aku. Aku gagal jadi kawan terbaik kamu. Sekarang kamu dah bahagia dan aku hanya mampu pandang kamu dari jauh. Aku tahu kamu ada mereka yang mampu buat kamu happy. Dan aku tumpang bahagia. Seronok dapat lihat senyuman dan gelak tawa kamu. Memang aku sayangkan kamu dulu. Tapi aku tahu kita umpama langit dan bumi. Dapat jadi kawan baik kamu pun aku dah bersyukur. Terima kasih sebab selalu ada di waktu aku memerlukan kamu dulu. Entah macam mana aku boleh rapat dengan kamu pun aku tak tahu. Terima kasih atas segalanya. Aku doakan kamu bahagia di dunia dan juga di akhirat. Aku doakan kejayaan kamu kerana aku tahu kamu seorang lelaki yang serba boleh. Walaupun terkadang aku cemburu dengan kebolehan kamu, tapi aku bersyukur kerana aku ada sahabat seperti kamu. Sesungguhnya aku sudah lupakan segala sengketa kita dulu. Dan aku tahu keadaan takkan kembali seperti dulu lagi. Kamu ada mereka dan aku ada mereka. Masing-masing bahagia dan semoga kamu bertemu jodoh dengan si dia yang telah Allah tetapkan. InsyaAllah. Last but not least, aku rindukan kamu, sahabat. :D

From your ex-best friend.

Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita ikhlas dalam kehidupan. (Encik Mimpi)

Jika tiada pertemuan maka perpisahan takkan terjadi. Perpisahan itu umpama titik permulaan bagi kehidupan yang baru. (Gadis Kaca Mata - Januari 26, 2012)

Thursday, January 19, 2012

Ya Sudahlah



Lagu ni mesti ada yang pernah dengarkan. Siapa yang petang-petang pukul 6.30 dah tercongok depan tv, tengok Nada Cinta mesti tahu la lagu ni. hehe. Aku pun terjebak sekali. Anak-anak saudara layan cerita ni. Suka benor deme nengok Randy Pangalila tu ye. (speaking Perak pulak)

Apa yang aku suka sangat tentang lagu ni ialah lirik dia. Maklum la, aku jenis menghayati lirik-lirik lagu. Tak kisah la orang kata lagu tu tak best. Bagi aku penyampaian lirik tu penting. Dan sesetengah lirik lagu tu ada kena-mengena dengan hidup aku.

Ketika mimpimu yg begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Tak perlulah berbalah. Setiap orang ada citarasa dia sendiri. Kalau kamu tak suka, boleh cari orang lain yang mempunyai citarasa yang sama dengan kamu. Senang kan. Belajarlah menghormati pandangan orang lain. :)

Apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih ’cause everything’s gonna be okay

Tuesday, January 17, 2012

Just For You, You and You. ILY!!


You said I'm your everything. But now seems like I'm nothing to you. I miss the old you. I miss everything about you.

But I never told you
What I should have said
No I never told you
I just held it in
(Colbie Caillat - I Never Told You)


Terasa mahu putar kembali ke masa saya mula-mula mengenali kamu. Perkenalan yang singkat itu memberi kebahagiaan yang berpanjangan dalam hidup saya. Walaupun saya mungkin telah dilupakan, saya tetap bahagia. Saya minta maaf kerana saya jadi begini. It's not because of you but this is what I want to.

Come up to meet you, tell you I'm sorry
You don't know how lovely you are
I had to find you, tell you I need you
Tell you I set you apart
(Coldplay - The Scientist)

Ingat lagi lagu yang saya pernah bagi kamu dengar? Setiap kali saya rindu, saya akan dengar lagu tu. Ingat lagi tak? Eh, lupa. Tak letak lirik lagi. heh -.-'

Dan kau terus berkelip
Seolah memanggil
Bintang
(Statik - Bintang)


Kenangan itu. Saya rindu sangat akan kenangan bersama kamu, kamu dan kamu. Masih terngiang-ngiang gelak tawa kamu, riuh rendah kamu, celoteh kamu.

Segala kenangan kita tersemat indah di minda
Kan ku jadi kan azimat berharga
Buat ku hadapi hidup ini
(Aiqa - Seperti Semalam)


Hanya satu pinta saya kepada kamu. Terpulanglah jika kamu sudi ataupun tidak untuk melakukannya. Tidak tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat pun. Semuanya terpulang kepada kamu sendiri. ^_^

Bila aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku
(Hujan - Bila Aku Sudah Tiada)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...