Thursday, January 26, 2012

Ingatkah Kamu



Dear my ex-best friend,

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat dekat kamu. Rindu pula dengan keakraban kita dulu. Asal ada masalah je mesti aku cari kamu. Kamu pun begitu. Walaupun kita dah tak rapat macam dulu, aku still ingat semua kenangan kita. Rindu kenangan lalu. Apa yang berlaku dulu, aku maafkan dan aku harap kamu maafkan segala salah dan silap aku. Aku gagal jadi kawan terbaik kamu. Sekarang kamu dah bahagia dan aku hanya mampu pandang kamu dari jauh. Aku tahu kamu ada mereka yang mampu buat kamu happy. Dan aku tumpang bahagia. Seronok dapat lihat senyuman dan gelak tawa kamu. Memang aku sayangkan kamu dulu. Tapi aku tahu kita umpama langit dan bumi. Dapat jadi kawan baik kamu pun aku dah bersyukur. Terima kasih sebab selalu ada di waktu aku memerlukan kamu dulu. Entah macam mana aku boleh rapat dengan kamu pun aku tak tahu. Terima kasih atas segalanya. Aku doakan kamu bahagia di dunia dan juga di akhirat. Aku doakan kejayaan kamu kerana aku tahu kamu seorang lelaki yang serba boleh. Walaupun terkadang aku cemburu dengan kebolehan kamu, tapi aku bersyukur kerana aku ada sahabat seperti kamu. Sesungguhnya aku sudah lupakan segala sengketa kita dulu. Dan aku tahu keadaan takkan kembali seperti dulu lagi. Kamu ada mereka dan aku ada mereka. Masing-masing bahagia dan semoga kamu bertemu jodoh dengan si dia yang telah Allah tetapkan. InsyaAllah. Last but not least, aku rindukan kamu, sahabat. :D

From your ex-best friend.

Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita ikhlas dalam kehidupan. (Encik Mimpi)

Jika tiada pertemuan maka perpisahan takkan terjadi. Perpisahan itu umpama titik permulaan bagi kehidupan yang baru. (Gadis Kaca Mata - Januari 26, 2012)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...