Friday, November 28, 2014

Benar Kata Awak

Benar kata awak
Lama-lama rasa itu akan hilang.

Kini, saya sedang merasainya
Hilang rasa sayang.

Saya mampu memendam rasa bertahun lama
Tapi hilang sekejap saja
Apa jika diluah rasa itu umpama membuang segalanya?
Hingga tiada setitis rasa sayang yang tinggal?
Jika begitu, saya rela memendam berabad lama
Biar rasa itu kekal.

Kekal seperti pertama kali aku menjumpainya -- sayang.

Monday, November 17, 2014

Jatuh

Berteleku belakang pintu
Apa bebal babi jiwa aku
Rasa mahu hantuk pada batu
Ingat yang itu, aku kaku.

Tuhan
Kuatkan aku
Aku jatuh lagi...

Aku rindu
Aku sayu
Aku pilu
Aku....aku....

Tuhan
Tabahkan aku
Aku tak mahu jatuh lagi...

Hey, jiwa yang bebal
Aku penat.

Thursday, November 13, 2014

Aku Sedang Kuat

Aku terima qada dan qadar. Aku lepaskan yang sudah pergi. Aku tahan tangis sendiri. Namun, aku tak mampu bertarung dengan jiwa saat mencium sekujur tubuh kaku di depan mata. Kerana aku tahu itu ciuman terakhir untuk mereka di dunia. Hakikatnya, aku belum bersedia untuk semua ini.

Percayalah. Aku sedang kuat. (NFHZA - November 13, 2014)

Kehilangan

Untuk kedua kalinya. Kami kehilangan insan yang disayangi pergi menghadap Sang Pencipta. Kali pertama, kami memandikan si adik. Kali kedua, kakaknya pula pergi dan kami hanya memerhati sebagai saksi. Sayu. Pilu. Sekujur tubuh kaku di hadapan mata.

Saat Atok berkata, "Aku redha dia pergi dari tengok dia sakit macam ni. Aku pun sakit." Atok menangis dan kami turut menangis depan jenazah nenek saudara. Inilah si tua yang kami ziarah setiap kali pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin nenek sedih sebab adiknya pergi dahulu meninggalkannya.

Nenek sekalian, tenanglah kalian di sana. Doa kami mengiringi kalian berdua. Kami kehilangan kalian berdua pada masa 6 bulan dalam tahun ini. 12 Mei dan 12 November 2014. Tarikh yang akan kami ingat. Semadilah dengan tenang. Anak-anak, cucu-cucu kalian mendoakan kesejahteraan kalian di alam sana. Kami akan menyusul nanti.

"Akak kan kuat." - Imah (12 Mei 2014)
"Sama-sama kuat." - Adik (12 November 2014)

Terima kasih, kesayangan.

Adik, kita sama-sama kuat hadap dugaan yang ini. Dan saya sentiasa mendoakan mak Adik. Be strong. Stay strong.

Monday, November 10, 2014

Untitled

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Kamu pernah berkata, "Ada jodoh tak ke mana."

Sekarang kamu ada di mana? Hilang tanpa dikesan. Pergi tiada pesan. Senyap. Sunyi. Saya rindukan kamu. Saya lupa masalah bila bersama kamu. Hidup saya dipenuhi senyuman dan gelak tawa. Dan saya gelar kamu, bahagia.

Kenapa pergi jauh? Kenapa senyap tanpa khabar berita? Jika kamu kembali, sayalah manusia paling gembira.

"Makcik rindu Pakcik." :')

Tuesday, November 4, 2014

Terbang

Aku punya cita-cita. Mahu menjadi penerjun udara. TUDM, pernah menjadi salah satu pilihan utama aku. Kerana rabun, terbatal niat yang itu. Abah pesan, carilah kerja yang lain sebab sekali masuk bukan senang berhenti. Mungkin ada benar katanya. Rezeki kita tiada siapa yang tahu. In sha Allah. Jika niat baik, Allah tunjukkan jalan. Mana tahu dapat sampai ke Jugra dan buat paragliding. Terbang. Merentasi langit biru. Itu. Impian. Aku.

Sudah tertulis segalanya buat kita. Dan aku bersyukur kerana ditemukan dengan kesayangan. Buah hati pengarang jantung. Alhamdulillah.

Satu per satu memori muncul kembali. Saat pertama kali bertemu mereka. Hingga saat di mana aku hadir pada hari konvo mereka bertiga. Meraikan detik kejayaan mereka. Bahagia.

Saat berbicara dengan Nurul dalam perjalanan pulang ke Ipoh, aku menahan getar suaraku saat mendengar dia menangis. You don't know the feeling when you have to hold your tears in front of your loves. Think of your future. Be strong. I love you, girls.

Problem is like our own shadow. It will follow us until we find the best solution to stop it from following us. But, never run from it. Face it and solve it. (NFHZA - November 4, 2014)

Sunday, October 26, 2014

Surround You

"I kept passing by every sign. Hoping one day I'd make you mine. We'd be laughing side by side. Darling I'm thrilled to have you by, by my side."

I wish I could stay with you the whole night. Just you. And yes, I fall in love with you. Over and over again. I just learn to love even you don't feel the same way for me.

Tuesday, October 14, 2014

Hati-hati, Hati

Cukup bagi aku hanya satu sudut kecil dunia
Mengintai-jenguk sang arjuna di celah himpitan sesak manusia
Kalau-kalau dia terperasankan jiwa
Datang mendekati dan beri secebis rasa bahagia
Biarpun hanya duduk bersebelahan tanpa sepatah kata.

Jiwa ini sedang rabak
Bukan kerana cintanya ditolak
Tapi kerana sakit dihempap harapan tinggi melangit
Tiada manis, hanya pahit.

Hati
Aku bawa kau pergi
Menganyam kembali
Dan membentuk semula hati.
Hati-hati wahai hati
Jangan tergoda lagi
Kelak merana diri sendiri
Jangan sampai ia mati
Sekali lagi.

Thursday, July 17, 2014

Aku Di Dalam Aku

Pemendam. Kadang berdendam. Sukar memaafkan. Apatah lagi melupakan. Pernah ditinggalkan kawan kerana kawan yang lain. Pernah merasakan tikaman dari sahabat baik. Dibuang dari hidup yang tersayang. Lari dari keluarga. Makan tak mahu semeja. Memberontak di hadapan Mak dan Abah. Dianggap anak yang sangat bebal.

Pemaaf. Lebih gemar membiarkan dari mengungkit. Sikap ambil mudah. Terlalu baik sehingga ditipu oleh mereka yang baru kenal. Dan gemar berdiam diri dari cuba menyelesaikan konflik dalaman. Lebih selesa melihat dan mendengar dari cuba masuk campur. Walaupun masalah diri sendiri. Dan sangat pendiam bila bermasalah.

Berbeza. Sangat berbeza. Dan aku sendiri terkejut dengan perubahan diri sendiri. Seorang yang panas baran bertukar kepada gadis yang sangat cool. Rela dimarahi orang sekeliling. Gemar sangat tinggalkan masalah yang tak diselesaikan kerana tahu masalah tu bukan mudah nak diselesaikan. Sendiri. Sepi. Senyum seorang diri bila berada di alam fantasi. Melayan kerenah kesayangan yang jarang bertemu. Dan game mahjong yang sudah melebihi level 100 dalam masa 3 hari.

How I miss the old me. The happy me. Ceria. Penuh gelak tawa. Serupa manusia tiada masalah jiwa. Baru aku mengerti, usia semakin lanjut. Bukan kerana perubahan hormon. Tapi, perubahan persekitaran di mana semakin dewasa, semakin bertalu masalah datang menjengah dalam hidup. Dan itu mematangkan fikiran aku. Tapi, aku masih belum cukup matang. Kerana akan ada satu masa datang perangai tiga suku aku.

Rindunya aku pada jimbitz dan kesayangan. Rindu yang mampu buat air hangat itu mengalir di pipi. Dan awak, rindu ini juga mampu buat air jernih ini gugur ke bumi. Aku rindu.

Wednesday, July 9, 2014

Day 190

Speechless. Clueless. Stupid.

Help me, I'm holding on for dear life, won't look down, won't open my eyes.

I just....don't know what to do. I want to cry. I want to shout out loud. I want to release stress. I just want to be....alone. I just want to sit behind the door and cry. Sleep for over 24 hours or more. I fell down and I'm trying to get up back. I'm trying...

I'm gonna fly like a bird through the night, feel my tears as they dry. I'm gonna swing from the chandelier, from the chandelier.

Please tell me how to forget all these things and start a new life. I had enough. I'm just tired.

Monday, July 7, 2014

Masih Ingat Bahu Saya?

Saya yang selalu memberi bahu pada kamu. Ingat lagi masa kamu menangis di bahu, saya pesan jangan lap hingus di baju saya. Tak ingat, saya kasi lempang 2 kali. Saya gadis yang tak boleh lihat kesayangan dan teman rapat saya menangis. Sakit, tahu? Ingat di hari ulang tahun kelahiran kamu pada tahun 2011. Di mana saya memberi sekuntum bunga ros setiap seorang. Dan saya tunggu ucapan terima kasih kamu di webcam. Tapi, sayang seribu kali sayang. Bayang pun tiada. Saya nak lempang 3 kali nanti.

HAPPY BIRTHDAY, PUTERI NORAINI MEGAT IBRAHIM.

Saya tak mampu nak hadiahkan handbag Louis Vuitton. Saya tak mampu nak belikan jam tangan Gucci. Dan saya tak mampu nak berikan sepasang kasut Pedro.

Tapi, saya doakan semoga apa yang kamu hajati dimakbulkan Allah. Semoga diberi kesihatan yang baik. Semoga pencarian rezeki diperluaskan olehNya. Dan semoga kamu beroleh kebahagiaan yang diimpikan.

Saturday, June 28, 2014

29 Jun 2014

Kita tak rapat. Tapi, keselesaan bergurau merapatkan kita bila bersama. Tak banyak yang kita kongsikan. Tapi, kita banyak gelak ketawa bersama. Bahagia, kan.

Happy Birthday, Nurul Jannah Mohamed.

Saya pernah melalui puasa pertama jatuh pada hari jadi beberapa tahun yang lalu. Kini, giliran kamu pula. Semoga semakin tabah melalui liku dunia yang penuh duri. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang kamu impikan. Semoga diperluaskan pencarian rezeki. Jangan gundah gulana atas kehilangan sesuatu. Kerana Dia akan menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kamu dan keluarga kamu.

Sunday, June 15, 2014

Mampu Dan Tak Mampu

I may not the first to show up but I know I'm not the last. Thanks for the days you shared your problems with me. Thanks for your time listening to my problems. Thanks for being there when I lost my grandma. Thanks for the strength you gave to me.

HAPPY BIRTHDAY, NORAZAMAH NOOR.

Saya tak mampu bagi hadiah kereta Audi. Tapi saya mampu bawak kamu ronda-ronda naik Kura-kura Biru saya. Saya tak mampu belanja minum di Starbuck. Tapi saya mampu belanja ais kacang lori kecik di musim panas ni. Saya tak mampu hadiahkan jam tangan Casio. Tapi saya mampu luangkan masa saya bersama kamu.

Semoga kamu sentiasa di bawah lindunganNya. Semoga kamu diberi kesihatan yang baik. Semoga pencarian rezekimu diperluaskan olehNya. Semoga lebih tabah menempuh dugaan dan cabaran di masa akan datang. Semoga kamu memperoleh kebahagiaan yang dijanjikan oleh Allah.

Saturday, June 14, 2014

Entah

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outer space?
Now I'm learning you.

Entah. So many things I want to say. Sudahnya, entah. Kadang, aku rasa sayang. Kadang, aku tak rasa apa. And it keeps looping everytime I think about it. About you.

Dulu, aku terpaksa memilih. Sekarang, aku tak pasti dengan pilihan aku sendiri. Sayang? Pasti ada. Kerana aku pernah mencipta kenangan bersama dia. Setiap kali fikir dia, pasti ada kenangan yang menjelma. Pastikah aku dengan pilihan ini? Pilihan yang aku pilih tanpa pengetahuan dia mahupun kesayangan. Entah.

Deeper conversation, maybe. Maybe dalam mimpi. Entah. Untuk kesekian kali.

Pok dahi mau? Heh !

Thursday, June 12, 2014

Dia Dan Rasa

Rasa yang ditanam sedalamnya. Panas baran. Sensitif. Kuat terasa. Cengeng. Emosional. Ego tinggi.

Akibat desakan tekanan di tempat kerja dan desakan tekanan manusia sekeliling, dicari gali semula semua rasa itu. Dan dimuntah luahkan semuanya. Pernah kau tanya pada dia bagaimana dia menyimpan segala rasa itu dan hidup ceria dan bahagia? Pernah kau tanya begitu hebat dia bersabar dalam segala hal yang berlaku?

Mohon, jangan jadikan dia seperti 'dia' yang dulu. Cukup kecewa yang dia lalui. Dia sangat bahagia dengan kamu semua. Takkan pernah hadir dia yang sekarang tanpa kamu semua. Mohon, mohon lenyapkan 'dia' yang dulu selamanya. Kerana dia tahu jika muncul yang dulu, dia akan kehilangan kamu semua. Kesayangan dia.

Maaf atas segala keterlanjuran kata. Maaf atas segala kasar bahasa. Maaf jika ayat yang dianggap menghina. Maaf atas baran yang tak disangka. Dan dia tahu maaf takkan menyembuh luka di hati. Namun, tetap dia mohon ampun dan maaf. Kerana dia khuatir ini maaf yang terakhir dari dia.

Maaf, kesayangan.

Wednesday, May 14, 2014

Tenanglah Disana, Nenda.

11 Mei 2014 - Sekitar jam 11.20 malam, aku menerima panggilan dari abang mengatakan nenek di hospital. Disyaki dijangkiti kuman dan peluang pembedahan 50-50.

12 Mei 2014 - Berkira-kira sama ada mahu pergi kerja atau ikut Mak balik KL. Sudahnya aku ambil keputusan ambil emergency leave. 8 pagi bergerak ke KL bersama Mak, kakak dan anak-anak saudara. 

Sampai di Sentul sekitar jam 11.20 pagi. Makcik beritahu pihak hospital telefon mengatakan nenek sudah kritikal dan minta ke hospital secepat mungkin. Bergegas kami ke sana. Tinggalkan anak-anak saudara di kondo. Masalah utama di hospital ialah parking.

Tingkat 2. Wad 6. Di kanan, alat bantuan pernafasan. Di kiri, mesin mengesan tekanan darah. Makcik pegang tangan dan panggil nenek tapi tiada jawapan. Dan makcik menangis. Dada aku makin sempit. Sebak. Aku mula rapat dengan nenek. Mengusap tapak tangan nenek yang agak sejuk. Dengan harapan nenek buka mata melihat anak-anak dan cucu-cucunya datang melawat. Tapi, tetap begitu.

Hampir habis waktu melawat, doktor ingin mengambil darah. Mak, kakak, makcik dan aku menunggu di pintu masuk wad. Seorang doktor perempuan, masih muda, mendekati kami dan memberitahu keadaan nenek kritikal di mana denyutan nadinya sangat lemah dan tekanan darah rendah.

"Kami sudah melakukan cpr tetapi kami hanya mampu berusaha." Mak membalas, "Takpe. Nak buat macam mana. Selebihnya kita berserah." Tenang suara Mak. Tapi, hatinya hanya Dia yang tahu. Dari situ baru kami tahu nenek sudah tidak sedarkan diri. Koma.

Mak dan aku ke bilik air, menemani Mak mengambil wuduk untuk bacakan Yasin untuk nenek. Usai Mak mengambil wuduk, aku lihat kakak dan makcik menangis. Mak cakap nak bacakan Yasin untuk nenek. Tapi makcik kata nenek dah takde. Lemah kaki aku. Lemah kaki Mak. Air mata kami tidak dapat diselindungkan lagi. Dan Mak, meraung seketika di situ sambil di tangannya memegang Yasin. Allahu. Sebak hati ini.

Menunggu doktor keluarkan surat kematian, berzaman. Biasalah, gomen. Disebalik langsir yang menutupi katil nenek, aku lihat nurse mengeluarkan tiub dan segala macam benda tajam yang dicucuk pada tubuh nenek. Dan aku lihat nurse-nurse muda itu mengkafankan nenek sebelum dibawa ke bangunan forensik. Disebelahnya bilik untuk mandikan jenazah. Dan kami dibenarkan untuk melihat nenek seketika.

Apa yang paling sebak, saat diberitahu nenek dah tiada, hujan mula turun. Seakan menangisi pemergian makhluk bumi bergelar manusia. Allahu.

Insan pertama aku beritahu ialah Imah. Sebab hanya dia tahu aku berada di KL sebab aku teringin nak jumpa dia dan adik walaupun sekejap. Saat berbicara, aku tahan sebak di dada. Sempit. "Akak kan kuat." Itu la ayat Imah yang aku ingat sampai saat ini. Waktu tu aku sedang berperang menahan air mata. Tidak mahu dia dengar tangis dan esakan aku. Terima kasih Imah. Saya kan kuat.

Selesai hal di wad, kami bergerak ke bilik mandikan jenazah. Aku pernah terdetik mahu belajar cara memandikan jenazah. Tetapi, masih tiada kesempatan. Di saat makcik yang bertugas memandikan jenazah memanggil waris, aku masuk dengan kakak. Lutut aku menggeletar. Itu, pertama kali aku masuk ke bilik berbau kapur barus dan cendana. Kuat baunya. Bilik aircond pulak tu. Dan, pertama kali aku memandikan jenazah, membantu makcik tadi. Aku pun lupa hendak bertanyakan namanya. Dari saat mandi hinggalah saat mengkafankan. Nenek bertuah kerana dimandikan oleh anak, menantu dan 3 orang cucu nenek.

Urusan selesai. Biarlah apa yang terjadi di bilik mandikan jenazah itu aku simpan sendiri. Kerana setiap detik, setiap saat di dalam bilik tu, membuatkan aku menangis. Memandang wajah mereka semua, pilu.

Aku pulang ke kondo bersama kakak. Mak dan makcik menaiki van jenazah untuk bawa nenek pulang ke rumah lamanya di Datuk Keramat. Awalnya dikatakan hari itu tak sempat untuk kebumikan nenek kerana hujan lebat. Atas pertolongan cucu-cucu nenek menimba air keluar dari liang lahad, sebelum Maghrib sudah selesai pengebumian nenek. Aku dan kakak sesat. Maklumlah, bukan orang KL. Salahkan waze sebab kami sesat. Sampai di rumah, semua sudah selesai. Walaupun sedikit terkilan tak dapat lihat nenek kali terakhir, tapi aku puas sebab dapat mandikan dan kafankan nenek.

Abang sulung antara cucu nenek yang terjun dalam liang yang dipenuhi air. Sepupu yang lain juga sama menolong. Nenek, Allah mudahkan urusan nenek di dunia kerana nenek dikurniakan cucu-cucu yang sangat rajin dan sayangkan nenek.

Nenek pergi dengan mudah. Tiada penyakit langsung. Hanya kerana tulang yang dah lama patah akibat jatuh dahulu, tulang menjadi reput. Meninggalkan kesan pada daging yang dianggap luka melecet. Rupanya luka itu semakin merebak dan menyebabkan jangkitan kuman. Siapalah nak tahu keadaan akan jadi begini. Nenek sendiri menahan sakit. Tidak beritahu sesiapa. Jiran nenek bercerita kepada kami bahawa nenek pernah bersembang dengannya. Dalam apa jua keadaan sekalipun, nenek tak mahu susahkan sesiapa. Kami pasrah. Kami redha. Setiap yang hidup pasti akan mati.

"In sha Allah raya nanti kami balik la Mak." Ucap Mak masa pulang ke KL cuti sekolah yang lalu. "Baliklah. Raya nanti Mak dah takde." Kata nenek sambil menangis.

Nenek, Baby bawa Mak pulang bersama. Baby kotakan janji. Tenanglah nenek disana. Doa kami mengiringimu. Sayang nenek. :')

Selamat Hari Ibu, Nenek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...