Allah Maha Mengetahui.Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk melihat dunia.Alhamdulillah juga tiada apa yang serius berlaku selepas aku mengalami kesakitan yang berpanjangan.Selepas dinasihat,dimarah,dibebel,aku pun pergi check up dekat hospital.Doktor kata kemungkinan besar ianya jangkitan kuman.Tapi ia tak serius.Alhamdulillah.
"Mak,Abah,maafkan Baby sebab selalu buat kalian risau tentang keadaan kesihatan Baby.Baby sayang Mak dan Abah."
Dua kali Abah call tanya keadaan aku.Menitis air mata aku di bulan Ramadhan ni.Ya Allah,aku sayangkan kedua ibu bapaku.Petang baru Mak call tanya keadaan aku.Lega dapat dengar suara Mak.Menangis...Itu saja mampu aku lakukan.Aku sayangkan mereka.
"2 kali buat ujian ECG untuk check jantung aku ok ke tak,dapat pula suntikan di punggung.adeh.Yazid dan Yus teman aku dekat hospital.Mereka gelak bila dapat tahu aku kena suntik.haha."
Sakit...Masih sakit bila aku bawa benda-benda berat.Even aku pegang helmet pun masih terasa dada di tekan-tekan.Sakit sangat.Hanya Allah yang tahu sakit yang aku tanggung selama ini.InsyaAllah tiada apa yang serius.Walaupun masih sakit,aku tak fikirkan sangat.
"Ramadhan kali ni banyak dugaan.Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan kehidupan macam biasa dan sentiasa berdoa agar segala urusan dipermudahkan."
No comments:
Post a Comment