Eh,jangan salah anggap pula.Ni tajuk cerita slot Samarinda pukul 10.30 setiap Selasa hingga Khamis.Tajuknya Ramadan Terakhir.Cerita yang sangat menyentuh hati.Menitis jugalah air mata ni dengan jalan ceritanya.Sangat-sangat menyentuh hati.Lakonan Esma Daniel yang sangat berkesan.Membawa watak seorang suami dan juga bapa yang sesat dan ingin kembali ke jalan Allah.Dia berusaha dan sabar dalam mengajak isterinya insaf dan bertaubat.Even kena marah dengan isteri dia cool je.Lakonan Fazlina Ahmad Daud pula memang bagi sesetengah orang wataknya amat mengjengkelkan.Watak perempuan kaya yang hidup mewah dan sering bergelumang dengan dosa.Dia berubah di saat akhir Ramadhan.Alhamdulillah.Lakonan Tasha Shilla Razak pula tidak kurang hebatnya.Dia sabar dalam melayan kerenah majikannya.Tak pernah merungut.Kalaulah aku seorang penyabar macam Sakinah dalam cerita ni.InsyaAllah.Sabar tu ada cuma tidak sekuat Sakinah.Cerita 15 episod ni memberi banyak pengajaran.
-->Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara.Bila tiba saatnya kita akan nampak dan sedar.InsyaAllah.(GaDiS KaCa MaTa - Ogos 26,2011)
No comments:
Post a Comment