Kenapa rindu sangat ni?hm...Tak lama lagi je.Ahh,buat-buat tak tahu sudah.Lagi difikirkan lagi sedih.'Baby,kuatkan semangat anda.Perjalanan anda masih jauh.' Bayangan wajah dia semakin menghantui diri aku.Jenuh tepis tapi datang juga.Banyak pula alternatif dia.heh.Sedih oo sedih.Dia dah tak ada.Hilang tanpa dikesan.Tapi memori bersamanya tak pernah luput dari ingatan aku.Sampai bila-bila akan terus aku ingat kerana memori-memori itu saja yang aku ada sebagai tanda kenangan aku dengan dirinya.
Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku
"Kumbang yang dulu selalu hinggap pada bunga,kini telah pergi jauh."
Dapatkah bunga itu melupakan kumbang yang pernah singgah di kelopaknya dulu?Ada kumbang lain yang sering berterbangan di sekeliling bunga itu.Bunga itu kagum pada kumbang baru itu.Namun,bunga takut untuk mendekatkan diri kepada kumbang itu.Takut nanti kumbang itu terbang jauh dari bunga itu.Sebabnya kumbang itu telah ada bunganya sendiri.Bunga yang kesepian hanya mampu menanti kumbang yang lama datang kembali.Pada masa yang sama juga,bunga mula menyayangi kumbang baru itu tetapi bunga tahu bahawa kumbang itu takkan pernah menjadi miliknya.Itu yang bunga pasti.Sehingga kini bunga hanya memerhati kumbang baru itu dari jauh.Biarlah bunga menyayangi kumbang baru itu dalam diam.Bunga sayang kumbang.
Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
kalau ko ade kamera mesti da tak boring, sebab ada teman yang boleh dibawa kemana2
ReplyDeletemungkin ade betul ckp ko tu.kew mne jew mst ade kamera aku.
ReplyDelete