Thursday, October 13, 2011

Air Mata Untuk Mereka

"Buatlah aku risau agar bila aku mati tiada siapa nak risau pasal aku."

Aku sayang sahabat-sahabat aku.Aku risau kalau jadi apa-apa dekat mereka.Aku nak yang terbaik untuk sahabat-sahabat aku.Aku nak mereka berjaya di dunia dan juga di akhirat.Biarlah mereka fikir aku tak risau.Biarlah mereka tak tahu tidur aku tak lena disebabkan mereka.Biarlah mereka tak tahu bahawa aku menangis kerana risaukan mereka.Aku bahagia begini.Yang penting aku sayangkan mereka walaupun mereka sering buat aku risau.Aku bahagia begini.

"Ya,aku bahagia asalkan mereka bahagia.Biarpun aku merana aku tetap bahagia."

Aku tak mampu nak buat sahabat-sahabat aku happy sepanjang masa.Aku buat setakat yang aku mampu saja.Aku bahagia dikurniakan sahabat seperti mereka.Aku berdoa agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke nafas terakhir.Aku hanya mampu membahagiakan orang disekeliling aku kerana aku tak mampu nak bahagiakan diri sendiri.Aku sepi.Aku tiada kekasih hati yang boleh berkongsi suka duka aku.Aku hanya ada mereka.Biarpun mereka bahagia bersama pasangan masing-masing,aku tidak cemburu.Bahkan aku tumpang bahagia kerana aku dapat lihat senyuman mereka.Cukuplah.Biar aku tak bahagia asalkan mereka bahagia.

"Jangan risaukan tentang diri aku."

Teruslah buat aku risau sehingga kaki ini tidak lagi mencecah bumi Allah ini.Waktu itu mungkin aku sudah tiada lagi di sisi kalian.Doakanlah kesejahteraan aku.Jangan sekali-kali risaukan diri aku bila aku sudah tiada di sisi kalian lagi.Biar aku yang risaukan kalian.Jangan kalian risaukan aku.Aku bahagia begini.Tolong jangan lupa satu perkara ini,AKU SAYANG KALIAN.

"Aku menangis kerana risaukan kalian.Bila aku sudah tiada lagi,janganlah menangis kerana aku ingin melihat kalian semua senyum sebelum aku menutup mata buat selamanya."

"Aku tak ingin melihat air mata kalian kerana air mata kalian membuat aku bertambah sedih dan risau.Senyumlah agar hati aku tenang."

3 comments:

  1. hmm...bole remove x entry ni?? mcm nak nagis dulu :(

    ReplyDelete
  2. Jangan la bersedih macam ni... Mesti kawan-kawan awak pun sedih bila diorang baca entry ni... (-_-")

    ReplyDelete
  3. Saya tak jangka mereka akan menangis bila membaca entry ni.Kalau mereka menangis sekalipun,takkan sama macam mana saya menangis kerana mereka. =(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...