19/10/2010 - Suspek appendik
18/10/2011 - Appendik
Sakit yang berlainan.Tapi masih di bahagian yang sama.Alhamdulillah.Pembedahan selamat dan aku juga selamat.Nasib baik appendik tu tak pecah.Nurse ada tunjuk spesimen appendik tu.Dah bengkak dan tunggu masa nak pecah.Alhamdulillah sekali lagi aku selamat.
"Mak jaga aku sepanjang 2 malam di wad.Terima kasih Mak."
Kecil saja tapi sakitnya Allah saja yang tahu.Kesukaran yang aku alami dibantu oleh Mak,kakak dan nurse yang bertugas.Sangat sakit.Namun aku gagah jua untuk bergerak agar otot-otot dalaman turut bergerak.Tidaklah aku lenguh berbaring saja.
3 hari aku di wad.Di rumah aku dilayan seperti puteri.Mak larang aku bongkok,tunduk.Takut jahitan terbuka.Mak sangat prihatin dalam soal pemakanan.Tak ada can langsung aku nak mencuba.Aku hormat Mak sebab aku sayangkan Mak.Dan Mak buat semua tu untuk kebaikan aku dan semoga luka dalaman aku cepat sembuh.Terima kasih Mak.
"Terima kasih Yus,Zue dan Yazid kerana datang melawat aku di kampung.Terharu."
"Hampir nak nangis dengar Mak bersembang dengan kawan-kawan bahawa Mak menangis masa nurse telefon beritahu aku dah nak operate.Mak,cukuplah Mak menangis kerana Baby.Baby minta maaf sebab selalu sangat buat Mak,Abah dan adik-beradik risau pasal kesihatan Baby.Maaf..."
Aku ingat lagi lepas operation aku mengigau.Banyak kali juga terjaga namun aku terlelap semula.Mungkin kesan bius tak habis lagi.Tidur di wad pun asyik terjaga.Sekali nurse suntik,terus tidur nyenyak sampai pagi.
"Tak boleh lupa aku menangis sepanjang malam tahan sakit sementara tunggu Mak datang ambil pagi tu.Sakit sangat-sangat sampai muntah-muntah."
Luka kecil tapi nak pulih macam biasa mengambil masa yang agak lama.Redha sajalah dan aku anggap itu ujian yang Allah beri.Alhamdulillah aku selamat dan masih diberi peluang untuk melihat dunia.Kepada mereka yang masih bernasib baik,bersyukurlah.Jangan kufur nikmat yang diberi.Bila nikmat itu ditarik,baru kita akan menyesal.Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya.InsyaAllah.
"Hampir seminggu aku berkain batik sejak lepas operation.Harap lepas ni aku tak lupa bagaimana hendak memakai seluar. ^_^"
alahai... 18/10 tu :(
ReplyDeletehaish...mengigau atas wad..kacau pesakit lain nak tido..hehe
ReplyDelete18/10 tu kalau tak sakit mesti ada budak chumil bermandikan tepung dan telur. =)
ReplyDeletejaga kesihatan agar tidak akan merisaukan orang kesayangan lagi.. ^_^ semoge cepat sembuh
ReplyDeleteTerima kasih Cik Leen.^_^
ReplyDelete