Rindu pada dia.Apa khabar dia sekarang?Adakah Mak dia dah pulih sepenuhnya?Soalan-soalan itu masih tiada jawapan sejak hampir 6 bulan lalu.Rindu untuk bermimpi tentang dirinya.
"Tolong jangan biar saya rindu kamo.Setiap kali rindu saya akan mimpikan kamo.Dan sesungguhnya mimpi itu membuat saya tak mahu bangun dari tidur."
Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita
(Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi)
Realiti atau mimpi?Aku sedang berada di dunia realiti tapi hatiku sentiasa di alam mimpi.Sering rindukan dirinya.Selalu terbayang-bayang wajahnya.Aku sentiasa berharap agar dia juga berperasaan sama sepertiku.Semakin aku lari jauh,semakin ia datang dekat.Kuatkanlah hatiku Ya Allah.
Saat berpisah,aku masih berharap dia berada di sekitar tempatku belajar.Biarpun tidak lagi bersua muka,namun aku tahu dia masih ada di sini.7 bulan yang lalu,aku menangis semahunya di dalam bilik mandi.Mesej darinya singkat saja namun amat payah untuk aku menerima hakikat itu.Lantas aku menelefonnya bertanyakan hal itu.
"Betul ke nak berhenti kerja?"
"Ha'ah."
"Dapat kerja dekat mana?"
"Kerja kilang dekat kampung."
"Oh,stay sini sampai hujung bulan je la ea."
"Yup."
"Yup."
Lepas lama bersembang,aku mematikan talian.Aku menangis semahunya di dalam bilik mandi.Mahu saja aku menjerit tapi aku masih waras dan mampu berfikir.Menangis.Itu saja yang mampu aku lakukan.Aku masih ingat mesej dari dia.
"Jaga diri baik-baik.Belajar elok-elok."
Ringkas namun padat bagiku.Itu saja penguat semangatku untuk terus belajar dan habiskan ijazah.Kini dia tiada lagi di sisiku.Dan dia berada jauh dari tempatku belajar.Hakikat sebenarnya aku masih tidak dapat terima kenyataan dia telah pergi jauh.Dia telah tinggalkan aku bersama kenangan kami bersama.3 tahun itu sangat bahagia.3 tahun itu juga mengajar aku erti pengorbanan,kesetiaan,kebahagiaan,kejujuran dan keikhlasan.3 tahun aku belajar untuk hidup senang dan juga susah bersamanya.3 tahun itu aku lalui dengan penuh semangat.3 tahun itu aku beraya bersamanya.3 tahun itu dia telefon dan ucapkan Happy Birthday kepadaku.3 tahun itu aku dapat hadiah pada setiap ulang tahun hari jadiku.3 tahun itu aku tidak pernah murung.3 tahun itu sangat lama.
"3 tahun saya bersama kamo."
Kini,aku hanya mampu meratapi pemergian dirinya.Setiap kali aku menelefonnya,hanya bunyi deringan saja berkumandang.Akhirnya,aku letak.Tiada jawapan langsung darinya.Dia betul-betul ingin mengelak dari aku.Kenapa?Aku hanya ingin bertanyakan khabar saja.Salah ke?
Selepas 3 tahun itu hidup aku jadi tak tentu arah.Murung,sedih,menangis,meratapi,keseorangan.Tahun ini paling sepi.Tahun ini aku tak berpeluang beraya dengannya.Tahun ini aku tak berpeluang menerima panggilan telefon darinya untuk ucapkan Happy Birthday.Tahun ini aku susah seorang diri dan aku senang seorang diri.Tahun ini aku tiada tempat untuk mengadu masalah.Tahun ini aku tak dapat hadiah ulang tahun hari jadi dari dia.Tahun ini aku tak dapat berkongsi cerita gembira dengannya.Tahun ini aku banyak menangis dari ketawa.Aku SEPI.
"B,kita kahwin sama dengan tarikh kita declare ye."
"Bila?"
"27 March 2015."
"Kenapa hari Jumaat?"
"Ye la,Jumaat kita nikah.Sabtu Ahad majlis sanding.Kan afdal nikah hari Jumaat."
"Ok juga tu.Tapi sayang tak nak tunang ke?"
"Tak naklah.Tak suka jadi tunang lama-lama."
"Ala,tunang sekejap dah la.Takkan sayang tak nak merasa jadi tunang b."
'Sebenarnya,sayang nak sangat jadi tunang b.Tapi sayang tak cakap dekat b macam tu.Tak tahulah kenapa.' Aku hanya mampu berkata begitu dalam hati saja.Tepat tarikh declare tu,aku dah berjanji dengan diri aku sendiri.Biarpun dia bukan yang pertama dalam hati aku,tapi aku nak dia jadi lelaki terakhir dalam hidupku.Aku nak habiskan sisa hidupku bersama dengannya.Aku nak jadi kawan,kekasih,isteri dan ibu kepada anak-anaknya.Itu saja impian aku.Tapi........
"Belajarlah terima hakikat.Jika tidak,jadilah seperti aku.Sentiasa berharap dan berharap pada yang tak sudi."
Ingat lagi tak?Ini kali pertama kita keluar bersama dan ini gambar pertama kita berdua.Sengal sangat bila keluar dengan kamo.
"Dia rajin layan kerenah aku.Itu yang membuatkan aku sayang sangat pada dia.Dan sukar untuk aku cari pengganti yang sanggup melayan kerenah aku.Dia sangat penyabar.Dia memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku cari.Dia pelengkap hidupku."
alahai... so sweet.. abang2 yang di cari dlm si gadis ni...baca laa belog kakak2 ni... kalo dah baca...tampilkan lah diri anda... sian kakak saya yang debab ni... dh2...jgn bersedih dn berduka lara lagi ye
ReplyDeleteheh..ada aje budak ni.
ReplyDelete