Tuesday, October 11, 2011

Hari Canon EOS

9/10/2011 : Tarikh yang sangat cantik.Tarikh ni ada makna bagi aku.Di mana genap 8 bulan aku ada Bintang.Alhamdulillah,hubungan kami masih baik.

Perjalanan yang tak dirancang.Ajak adik tapi dia tak nak ikut.Jadi,hanya kami berempat sajalah yang pergi ke Teluk Batik dan Lumut.Niat asal nak bermain kamera saja.Nak bawa Si Merah jalan-jalan melihat dunia.Tercapai juga hajatku nak ke tepi pantai bersama kawan-kawan.Perjalanan itu memberi aku seribu kemanisan.Alhamdulillah,sepanjang perjalanan di dalam kereta dan sepanjang kami berjalan-jalan,banyak ilmu yang dapat dikongsikan bersama.Syukur aku dapat peroleh sedikit sebanyak info tentang dslr,cara menangkap gambar yang cantik,bersembang tentang lens dan me'ranjit' sesama sendiri.haha.

"Happy sangat masa tu.Terima kasih sebab meluangkan masa mengajarku tentang dslr ni.Senang berkawan dengan mereka.Tak pernah berhenti berkongsi ilmu."

Cuaca hari tu sangat cerah.Awan dan langit cantik.Aku suka.Walaupun penat tapi aku tetap enjoy.Kini,aku tak lagi sunyi macam dulu.Aku ada Si Merah.Dia ada teman aku.Aku bahagia begini.Biarlah orang nak cakap apa pun.Aku adalah aku.Please,don't judge me if you don't really know me.Thank you.(^_^)

Salikin juga telah dapat dslr baru iaitu Canon EOS 600D.Kerjanya hanya tahu me'ranjit' kawan-kawan.Maklumlah skrin boleh buka.Jaga baik-baik dslr tu ye Salikin.Dapatkan gambar-gambar yang terbaik.

Model tidak berbayar.Terima kasih kerana sudi memberi pose yang menarik.Bukan senang nak jadi model ni.haha.

Satu saja keinginan aku.Bergambar di tepi pantai.Alhamdulillah.Tercapai juga.InsyaAllah,jika ada rezeki lebih,aku ingin ke Pulau Tioman.Pantainya sangat cantik dan air laut yang biru mendamaikan hati.Sejuk mata memandangnya.

Gambar pertama black and white dari Si Merah aku.Aku suka gambar ni.InsyaAllah,aku akan beli lens 50mm pula lepas ini.Perlu menyimpan mulai dari sekarang untuk mendapatkan apa yang aku mahu.Mudah-mudahan.Amin.

Biarpun penat,kaki ini akan tetap melangkah dalam mencari ilmu dan mencapai impian dalam hidup.Kaki ini akan berhenti melangkah buat seketika dan akan menyambung setiap perjalanan demi masa depan yang cerah.InsyaAllah.Jika diizinkan Allah,impian akan tercapai.Masa akan menentukan segalanya.Semoga semua sahabat akan dapat mencapai impian dan juga cita-cita masing-masing.Amin.

Budak Pensel.Dia banyak mengajar aku tentang dslr dan juga tentang fotografi.Alhamdulillah,aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti dia.Tidak pernah kedekut dengan ilmu yang dia ada.Apa yang dia peroleh,dia kongsikan bersama kawan-kawan.Semoga kamu berjaya.Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang suka berkongsi ilmu dan tidak belagak dengan apa yang dia ada.InsyaAllah.Mudah-mudahan kamu berjaya mencapai impian dan cita-cita kamu.Amin.

Petang waktu hendak pulang,awan kelihatan cantik.Cahaya senja mula terpancar.Kebetulan pula,belum pukul 7 lagi bulan sudah menampakkan dirinya.Alhamdulillah,bulan penuh waktu itu.Cantik sangat.Ternyata bulan yang aku nampak petang itu memancarkan sinar terangnya pada waktu malam.Indah,cantik.Itu saja dapat aku ungkapkan.Betapa indahnya ciptaan Allah.

"Thanks for the ride.Thanks for the info.Thanks for everything."

4 comments:

  1. Huhu.. sama2. aku teringin nak lihat kreativiti orang lain yang dekat2 ni, macam mana dia hasilkan satu seni gambar yang menarik untuk dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  2. nice... Maybe lepas ni u all boleh try pergi teluk cempedak pulak.. Air yang sangat jernih dan pasir yang sangat halus... Cantik... ^_^

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Budak Pensel.Tapi aku kena tahu bermain lighting juga.Mungkin angle tu aku boleh belajar sendiri dengan tengok mana2 blog photographer.

    ReplyDelete
  4. Thanks Cik Leen.Satu tempat yang menarik juga.InsyaAllah jika ada rezeki kami akan ke sana..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...