Benarkah begitu?Aku hanya mampu tersenyum saja.Kenapa?Kerana aku telah pun melalui semua itu.
(i)
Dulu bila bercinta semuanya nampak indah.Umpama dunia ini kami yang punya.Tapi bila pergaduhan tercetus,perhubungan terputus,dunia ni nampak gelap saja.Semua kenangan terindah hilang sekelip mata.Kenangan pahit pula diungkit-ungkit.Kesilapan lalu diceritakan semula.Hati diguris tanpa rasa belas kasihan.Sakitnya hanya Allah yang tahu.Semua kenangan manis lenyap begitu saja.Bagaikan semuanya tiada erti lagi.Semuanya menjadi pahit.
(ii)
Bila bersahabat,semuanya dikongsi bersama.Tiada rahsia antara kita.Masalah diselesaikan bersama.Kalau boleh,tidur pun nak sekatil,sebantal.Tapi itu semua hanya sementara.Adatlah manusia ni.Pasti akan bergaduh walaupun hanya sekejap.Itulah lumrah kehidupan manusia di muka bumi Allah ini.'Kita hanya pelakon di pentas ini.'Ya,kita semua sedang berlakon.
(iii)
Satu perkara yang buat aku sedar tentang kehidupan ini.'Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah & yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.'Aku kini mampu tersenyum lebar.Kenapa?Kerana aku telah jumpa semula semangat aku yang hilang suatu ketika dulu.Semangat yang kian luntur kini kian mengorak langkah maju ke hadapan.Alhamdulillah.Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana di kurniakan adik yang memahami,kawan-kawan yang menyokong & family yang banyak memberi dorongan kepada diriku.Aku ingin menjadi diriku yang dulu.
(iv)
Bintang,kamolah segala-galanya bagiku.Percayalah,tidak terniat untuk saya mengguris hati & perasaan kamo.Sesungguhnya kamolah yang paling saya sayangi.Semua kenangan manis kita yang pernah kita ukir,saya semat & simpan di dalam hati & kotak fikiran ini.Tidak akan sekali-kali saya memadamkan semua memori kita bersama.Bagi saya,kamolah yang terbaik.Saya minta maaf kerana telah buat kamo kecewa dengan saya.Mungkin saya terlalu mengikut perasaan saya.Trust me,saya tak mahu kehilangan kamo walaupun seminit.Please,saya sayang kamo.Jangan tak pedulikan saya.Saya perlukan kamo.IMYSM Panda Gemok.
-->Jadikan kenangan manis itu sebagai diari lama & jangan diungkit kenangan pahit.Sekali diungkit,ia akan berterusan.Maka segala kenangan manis akan lenyap begitu saja kerana yang pahit telah menguasai semua.(GaDiS KaCa MaTa - April 20,2011)
-->Belajarlah terima buruk seseorang kerana bila dia tiada lagi,kita akan mula mencari yang baik tentang dirinya.(GaDiS KaCa MaTa - April 20,2011)